Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Di sebalik jendela


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 4
Date:
Di sebalik jendela


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Petikan ini hanya bertujuan untuk dijadikan sebagai renungan dan iktibar kita sesama manusia dan agama. Buang yang keruh, ambil yang jernih.


Di dalam bilik sebuah hospital terdapat 2 orang
pesakit yang masing-masing mengalami penyakit yang serius. Salah seorang dari mereka yang katilnya terletak bersebelahan dengan jendela bilik tersebut perlu duduk pada setiap petang. Manakala pesakit yang seorang lagi terpaksa berbaring sepanjang masa. Mereka sering bersembang tentang pelbagai cerita.

Setiap petang pesakit di sebelah jendela akan sentiasa menceritakan kepada rakannya keindahan yang dilihatnya di luar melalui jendela itu. Rakannya sentiasa merasa bertenaga dan ceria apabila membayangkan keindahan yang diceritakan sambil memejamkan mata dan
membayangkan suasana dan pemandangan yang indah permai itu. “Jendela ini mengadap sebuah taman tasik yang sungguh indah yang dikelilingi pepohon dan bunga-bunga yang berwarna-warni. Pemandangan di sana saujana mata memandang.”

Masa terus berlalu. Pada satu pagi, jururawat bertugas telah mendapati bahawa pesakit yang bersebelahan jendela itu telah meninggal dunia dalam tidurnya. Dengan rasa sayu jururawat itu telah memindahkan mayat pesakit itu ke bilik lain. Beberapa hari selepas itu, pesakit yang kini keseorangan meminta izin jururawat agar beliau dipindahkan ke katil yang di sebelah jendela itu. Jururawat itu memenuhi permintaannya. Setelah itu, pesakit tadi dengan perlahan-lahan mengangkat badannya untuk melihat pemandangan di luar jendela yang pernah diceritakan oleh rakan sebiliknya dahulu. Setelah melihat keluar jendela itu beliau bingung kerana jendela itu sebenarnya mengadap sebuah dinding batu yang kosong. Beliau hairan dan bertanya
kepada jururawat bertugas. “Apakah yang telah
mendesak rakan saya untuk menceritakan semua keindahan dan keajaiban yang berlaku di luar jendela ini sedangkan jendela ini hanya mengadap sebuah dinding kosong?”

Jururawat itu menjawab, “Sebenarnya rakan awak itu buta dan tidak dapat melihat apa-apa walaupun dinding itu. Mungkin dia hanya ingin memberi awak kekuatan dan kata-kata perangsang!”.

p/s: Kegembiraan yang kita rasakan akan berlipat ganda, apabila kita menggembirakan orang lain.


moral of the story : jadikanlah diri seperti lilin yang sanggup berkorban membakar diri demi menerangi persekitarannya dan orang lain. ikhlaskan hati yang lebih utama



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard