Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: IBU


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 4
Date:
IBU


Kepada anak – anak dan yang akan mendirikan rumahtangga dan yang akan begelar IBU, marilah kita merenung sejenak pengorbanan SEORANG IBU. Jasa dan pengorbanan IBU wajar dikenang dan disanjung tinggi setiap waktu. Kasih sayang yang diberikan oleh IBU tidak ternilai harganya, bahkan segala pengorbanan yang IBU curahkan juga tidak mampu untuk kita balas. Ayuh marilah kita renungi dan semak diri kita.



  • "Ibu bersusah payah mengandungkan kita selama 9 Bulan 10 Hari."


  • "Ibu adalah orang yang bertanggungjawap melahirkan kita. Tanpa Ibu, tidaklah mungkin kita dapat melihat dunia ini."


  • "Ibu jugalah yang telah menyusukan kita sewaktu kita kecil bila kita lapar."


  • "Ibu juga yang menjaga, membelai kita sejak dalam kandungan hinggalah kita dewasa kini."


  • "Ibu adalah merupakan wanita pertama yang membentuk perwatakan diri kita."


  • "Ibu, Tidurnya tidak pernah lena kerana terlalu memikiran keselamatan kita."


  • "Ibu adalah pembimbing dalam pelbagai perkara."


  • "Ibu, Dalam apa jua keadaan, Ibu sanggup berkorban apa sahaja walaupun nyawa sebagai taruhan demi anak – anaknya."


  • "Ibu adalah pelindung atau payung kedua dalam keluarga selepas Bapa."


  • "Ibu juga bertanggungjawap membesarkan kita selain Bapa."


  • "Ibu tunggal, Dia adalah Bapa kepada anak – anaknya yang tersayang."


  • "Ibu sanggup tak makan asalkan anak – anaknya tidak kelaparan."


  • "Ibu adalah contoh terdekat bagi anak perempuan, manakala bagi anak lelaki, ibu adalah wanita paling ideal dan wanita pertama yang hadir dalam hidup."


  • "Ibu, kasihnya sentiasa menyinari kehidupan walaupun dalam apa jua situasi. Ketika resah, sedih, gembira serta apa jua situasi, ibu tetap bersama kita dan bila menghadapi masallah, Ibulah menjadi tempat rujukan"


  • "Ibu merupakan orang kepercayan Bapa dan kerluarga dalam menjaga struktur kewangan keluarga."


  • "Ibu juga manjadi ‘Pelindung’ bila kita dimarahi Bapa. Ibu tetap menyebelahi kita."


  • "Ibu adalah wanita yang bijak, tekun serta sabar dalam membahagikan masa antara urusan rumah tangga dan melayan suami serta kerenah anak – anak."


  • "Ibu, sokongan, nasihat dan doanya sentiasa mengiringi perjalan hidup kita."


  • "Ibu tidak pernah kedekut untuk menyalurkan dan berkongsi pendapat dan panduan, dan Ibu juga tidak pernah jemu memberikan nasihat serta tunjuk ajar kepada kita."


  • "Ibu tidak pernah meminta balasan di atas segala pengorbanannya walaupun kini kita telah dewasa, namun kasih sayangnya tetap serupa."


  • "Ibu adalah wanita yang paling ‘Sporting’ dan memahami, biarpun ada kalanya dia langsung tidak bersetuju dengan cara, tindakan ataupun keputusan yang kita lakukan."


  • "Ibu adalah pengkritik utama yang tulus iklas, dari segi pakaian, peradaban dan cara pembawan kita seharian demi kebaikkan kita serta keluarga."


  • "Ibu menjadi sumber inspirasi, biarpun tidak mempunyi pendidikan yang tinggi namun Ibu tetap berusaha untuk mendidik anak – anaknya supaya menjadi insan yang berjaya."


  • "Ibu sanggup memberikan segala yang dimilikinya demi untuk kebahagian dan kesejahteraan keluarga yang tersayang."


  • "Ibu, biarpun kita sering menyakiti dan melukai hatimu, namun Ibu tetap mendoakan kebaikan, keselamatan, kesejahteran, keampunan dan rahmat dari tuhan."


  • "Ibu, walaupun beribu batu jauhnya, namun kasih ibu tetap abadi tidak pernah luntur terhadap kita bahkan tetap bersemadi di hati."


  • "Ibu, dalam keluarga Ibulah ibarat seorang nakhoda kapal, yang menuntukan hala tuju, belayar dengan tenang atau disebaliknya."


  • "Ibu bersengkang mata siang, malam menjaga kita dan setiap dakapan Ibu itu membuatkan kita rasa selesa serta selamat."


  • Ibu, walaupun setiap saat orang lain akan meninggalkan kita, tetapi Ibu tetap sentiasa disisi walaupun kita melakukan kesalahan yang sukar untuk dimaafkan."


  • "Ibu adalah insan yang akan bersediah dan terguris hatinya jika kita tidak berjaya dalam hidup."


  • "Ibu adalah insan yang akan berdiri dihadapan untuk menjaga martabat serta kehormatan keluarganya dan tidak pernah gentar walaupun terpaksa menjadi korban."


  • "Ibu, kasih sayang mu tanpa sempadan dan telah termaktub dalam ‘Hadis, "Tempat Ibu Paling Teratas dan Syurga Itu Terletak Dibawah Telapak Kaki Ibu."

Amin..yarabal alamin...


P/S : besarnya jasa seorang ibu..hormatilah dan sayangi dan muliakanlah ibu anda



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard