Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sahabat Dikehendaki


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:
Sahabat Dikehendaki


Hayatilah nasihat Imam Shafie ini dan jadilah ia
sebagai panduan dalam kehidupan seharian..


PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka
yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan
ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.


Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat
dalam soal
persahabatan.


Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku,
seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.


Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku
dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau
selepas aku mati.


Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang
tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika
itu aku dap! atkan, aku berjanji akan selalu setia
padanya.


Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan
kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku
peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.


Mencari sahabat pada waktu susah.


Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat
yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa
berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka
melanda, aku sering bertanya: Siapakah yang sudi
menjadi sahabatku? Pada waktu aku senang, sudah biasa
ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah
mereka pun bertepuk tangan.


Pasang surut persahabatan.


Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain
ketika nasibku sedang baik.


Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka
tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat
dengan keadaan.
Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka
mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang
menjengukku.


Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak ! orang iri
hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak
sorai.


Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan
orang jahat.


Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik
aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan
orang jahat.


Sukarnya mencari sahabat sejati.


Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman
ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi
manusia.


Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada
manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka,
kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.


Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku
temukan di dunia ini sahabat yang sejati.


Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya
dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.


Sahabat sejati pada waktu susah.


Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih
mendekati musuh daripada sebagai kawan.


Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang s! ejati
kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh
mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.
Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun
yang penduduknya berhati manusia.


Rosaknya keperibadian seseorang.


Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan
dan rayuan.


Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat
bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan
pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat
membakar duri itu.


Menghormati orang lain.


Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan
dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang
lain, tentulah dia akan dihinakan.


Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya
satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat
kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.


Menghadapi musuh.


Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa
dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada ! bara
permusuhan.


Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa
menghormatinya.


Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku
daripada kejahatan.


Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa
persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku
nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.


Tipu daya manusia.


Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku
kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.


Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan
jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti
manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi
petunjuk.


Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu
kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup
sendiri.


Tempat menggantungkan harapan.


Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang
mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun
rumah untuk Allah.


Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama
baik dirinya dan selalu mengho! rmati tamunya, baik
ketika hidup mahu pun setelah mati.


Menjaga nama baik.


Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya
kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia
dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.


Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya.
Berpisah dengannya bererti istirahat.


Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun
memerlukan daya usaha yang keras.


Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan
sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak
sopan.


Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka
tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.


Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia
akan mencampakkan cinta setelah dicintai.


Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk
dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.


Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap
hambaNya maka dijadikan dosa2 terbayang di ruang
mata..



__________________
wann
Am


Senior

Status: Offline
Posts: 337
Date:

ni copy paste ke buat sendiri ke hafal sebelum ni ...


hihi ...



__________________
http://pics-53.hi5.com/userpics/3/9144153.img.medium.jpg *********************** http://www.team-soviet.h10.ru/serp.gif
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard