saya ada mendengar cerita, bahawa pihak RnD akan membuat kursus induk di melaka pada penubuhan 3 daerah serentak sikit masa dulu. tak tau ar kalau ianya cite kosong dan khabar angin sahaja.
saya ada cadangan untuk pihak RnD, dengan membuat kursus induksi di setiap negeri bagi memudahkan saudara kita untuk melibatkan diri. bukan apa, tidak semua saudara kita tau kewujudan RnD.kita bertuah kerana tau menggunakan internet...macam mana ngan saudara kita yang berada di pelosok kampung dan solok.
disamping itu juga...kita akan mendapat lebih ramai penyertaan, dari semua saudara...ramai diantara saudara kita mempunyai komitmen yang lain.
wassalam
__________________
- Demi Agama -
Demi Bangsa - Demi
TanahAir - ahmadzaki@pekida.org
Jika anda yang telah berpeluang melihat kebaikan ilmiah dari web ini, dan sungguh ingin membenarkan dan merasakan orang lain patut dapat maklumat ini maka laksanakanlah amanah itu... kumpulkan mereka dan anjurkan satu sesi. kami sedia turun bila bila masa dgn notis yang wajar utk kebaikan bersama. Jangan kurang dari 30 orang dan jangan lebih dari 40 orang. Yuran rm35 seorang (utk outstation) dan sijil kami sediakan. fakskan borang induksi yang sudah siap di isi beserta online melalui mbb2u jumlah yuran yang telah di kutip untuk tindakan lanjut. Insyaallah anda akan dapati kami amat berusaha untuk membantu. Cuma nanti anda akan rasai sendiri, bahawa mereka tidak akan semudah itu dan segalak itu untuk menimba ilmu... walaupun selama ini menyalak mengatakan Pekida tidak menyediakan tarbiah utk ahli dsb...
tak percaya tanya batu kurau... andy... dll yang sudah begitu kuat berusaha.
RE: Pandangan orang luar mengenai Pekida [views: 8]
Alhamdulillah...
Bukti membenarkan (siddiq)
Anda pikul tugas (amanah)
iaitu menyampaikan (tabligh)
dengan bijaksana (fatonah)
itulah sifat seorang utusan, sifat rasul sebagai kunci perjuangan yang mantap.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Apa lah guna dok berkurun dalam perjuangan, mendabik dada kerana seniority, tapi tak buat suatu apa pun melainkan makan kenduri dan ziarah orang mati. Berbanding anak baru yang memacu, memikirkan nasib agama, bangsa, dan tanah air ditiap saat, dalam keadaan duduk, berdiri dan berbaring.
Apalah guna berkurun dalam perjuangan, jika kefahaman yang hak tentang perjuangan itu, tentang baiah itu, tentang segala tatasusila, strategi, kaedah dan prinsip perjuangan yang digariskan oleh alkitab yang dijunjung tidak diketahui sama sekali. Balik balik bercerita tentang buah itu dan ini sebagai ukuran kefahaman perjuangan... kita lupa kesan tindakan dari pelajaran dan kefahaman ilmu satu malam boleh mengatasi dari perjuangan kosong tanpa ilmu selama beribu bulan... itulah konsep lailatul qadar (ukuran atau kadar malam gelap yang di alami beribu bulan... menjadi terang benderang dengan ilmu di satu malam itu)...
Semua orang bercerita tentang tersirat dan tersurat... semuanya tesirat... mereka lupa untuk apa kita ditutus ke bumi... untuk menyatakan yang tersirat. Untuk menyatakan baiah di alam roh secara baiah dan perlaksanaan zahir, agar kesan baiah dan perjuangan itu dapat di lihat manusia dan membuatkan mereka suka kepada Islam, Melayu dan Malaysia ini. Mereka lupa bahawa segala yang tesirat sudah terbongkar, sehingga soalan dalam kubur pun kita dah tahu???...
Mereka lupa perjuangan senyap-senyap bukan selamanya. Islam adalah perjuangan progressif. Nabi Muhammad hanya memerlukan masa 13 tahun saja utk berjuang dalam senyap. Hanya untuk mengumpulkan kekuatan 100 orang dari beribu ribu yang di ajak utk menyatakan apa yang tersirat di Madinah (yang dahulunya bernama yathrib). Sehingga hasil pernyataan dan perlaksanaan tersirat yang menjadi tesurat itu mampu memikat dan membuatkan 4 puak besar yang 120 tahun bertelagah dan gagal membangunkan Yathrib itu (yahudi, nasrani, Auz dan khazraj) menyerahkan segala pengurusan dan pemerintahan yathrib kepada Islam...
Mereka lupa... mengkaji sebab terlalu sibuk mengaji dan bersyair... sibuk main buah di kedai kedai kopi... sibuk mencari seticker itu dan ini. Sanggup buang duit beratus ringgit untuk sticker dan key chain, tapi kedekut untuk belanja rm 30 pergi kursus timba ilmu yang boleh memantapkan perjuangan dalaman diri mereka sendiri. Mereka sanggup berjalan beratus batu hadiri kenduri dan keluar wang poket beri hadiah pd tuan rumah dari berkongsi kereta mengumpul ahli hadiri kursus induksi dan pengisian malam jumaat...
RENUNGKANLAH WAHAI MEREKA YANG BERGELAR PEJUANG FI SABILILLAH...
(pada jalan allah... ?)
Ye ker...? Sudahkah kita kenal pasti mana jalannya.? kemana hala tujunya. bagaimana melaluinya... dan banyak lagi...?
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***