Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kecantikan ...


Senior

Status: Offline
Posts: 489
Date:
Kecantikan ...


Assalamualaikum ...


Nie ada kawan perempuan saya emel kat saya ... kenapa pulak kat saya ? hmm ... entahlah, tapi saya sampaikan kepada kaum kaum hawa semua ...


Kepada teman2 seperjuangan yang dihormati moga dirahmati Allah selalu hendaknya. Amin. Kali ini mari kita persoalkan bagaimana ingin membentuk Kecantikan Muslimah zahir dan Batin.

Apakah yang dikatakan kecantikan? Iaitu sesuatu yang elok dipandang. Islam amat menekankan kecantikan yang lahir dari sifat2 mahmudah. Yang
dibentuk meliputi segala aspek luaran dan dalaman. Suka saya mengingatkan kepada teman apabila berCermin ucapkanlah "Ya Allah,
sebagaimana Engkau perelokkan kejadian ku, Engkau elokkanlah akhlak-ku". Kerana dengan kecantikan akhlak ada daya tarikan tersendiri dan dayanya lebih kuat daripada kecantikan wajah. Nilai paling berharga buat muslimah sejati ialah kecantikan akhlak atau budi. Akhlak sesama insan dan akhlak terhadap Allah.

Sudah menjadi fitrah manusia (wanita) untuk menampakkan diri agar kelihatan/dipandang cantik. Allah itu sendiri cantik dan suka kepada kecantikan, oleh itu manusia sendiri harus meletakkan kecantikan pada dirinya. Namun Islam ada menggariskan panduan untuk muslimah yang
mementingkan kecantikan yang hakiki. Terdapat beberapa faktor dimana kecantikan itu boleh dibentuk iaitu faktor fizikal iaitu luaran, faktor mental iaitu dalaman dan faktor kerohanian iaitu membentuk roh.

Lelaki dimasa ini sering tertarik kepada kecantikan wajah, keliuran bentuk tubuh dan berharta. Kepada muslimah janganlah berasa bimbang kerana lelaki jenis ini tidak layak untuk dijadikan suami. Bak kata pepatah Melayu "Habis madu sepah dibuang". Kecantikan dari segi mental juga melibatkan
pemikiran yang positif, yakin pada diri, sentiasa bersangka baik terhadap orang lain, dapat melihat kecantikan orang lain, tidak sombong, pemaaf,
berlapang dada, menerima teguran secara positif, tidak mementingkan diri sendiri, suka tolong orang lain, ceria dan penyabar.

Kecantikan kerohanian pula banyak menitik beratkan hubungan kita dengan Allah. Dengan pembetukkan kerohanianlah maka terpancarlah 'Nur' cahaya yang datang akibat dari kerja amalan kita. Sabda Rasulullah SAW yang
maksudnya: "Solat ialah tiang agama dan mempunyai 10 fadilat salah satunya ialah Daya Penarik pada wajah. Islam menyarankan bahawa
kecantikan yang hakiki berpaksi kepada iman yang kental dan sifat kesyukuran yang mendalam. Cantik dimata Allah lebih penting dari cantik pada pandangan manusia. Antara amalan yang perlu kita lakukan untuk meningkatkan kecantikan rohani termasuklah:

a. mengerjakan solat fardhu dengan sempurna.

b. membaca Al-Quran setiap hari

c. Amalkan sunnah2 nabi dalam kehidupan
seharian. cthnya:menutup aurat.

d. Mengerjakan puasa sunat.

e. Banyak bersedekah

g. Bermaaf-maafan setiap hari.

Wahai teman-temanku masih belum terlewat untuk kita sentiasa merasakan kita ini memang insan yang diselubungi banyak kesilapan dan perlu banyak bertaubat kerana semulia-mulia manusia menjadi habuan tanah. Akan tiba wajah kita yang cantik tanpa diselimuti dengan akhlak dan peribadi yang mulia dikerumuni cacing dan ditimbuni tanah diliang lahad. Hanya dengan kecantikan akhlak dan amalan2 yang mulia sahaja menjadi penyeri dan teman dialam berzakh.

Muslimah-muslimahku kenangkanlah nasib diri ini penghisaban kelak. Lunakkanlah hati untuk terus memperbaiki akhlak dan amal ibadah serta berdoa, sebagaimana kita selama ini bersungguh-sungguh memperbaiki kecantikan rupa, agar diri sentiasa dipimpin dan diberi petunjuk serta hidayah dari Allah untuk menepati syariat-Nya. Diakhir kata renungilah kata-kata iini untuk dijadikan pengajaran buat kita: "Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu, dari Allah-lah datangnya dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan.

Sekian Wassalam.



__________________
~~~@|||Andy|||@~~~


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:

kecantikan adalah hak milik setiap insan

__________________
"WoKeY JeR"


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:


quote:


Originally posted by: noc graffin
"kecantikan adalah hak milik setiap insan"


macam pernah dengar jer ayat tu Fit///



__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:


InsyaAllah......


 


 


- salam mesra dr Dinda Nurul  -



-- Edited by nurul at 14:38, 2005-01-28

-- Edited by nurul at 14:41, 2005-01-28

-- Edited by nurul at 14:42, 2005-01-28

__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...


Senior

Status: Offline
Posts: 213
Date:

Insyallah... :)



__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite, Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat, Puas kita menangis mencari mana matahari kita, Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

insyaAllah...


kerana Diriku begitu berharga!!



__________________
little me..


Senior

Status: Offline
Posts: 255
Date:

thank's bro andy...


 



-- Edited by ayen_langkawi at 14:53, 2005-02-03

__________________
salam perjuangan...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard