Nie ada kawan perempuan saya emel kat saya ... kenapa pulak kat saya ? hmm ... entahlah, tapi saya sampaikan kepada kaum kaum hawa semua ...
Kepada teman2 seperjuangan yang dihormati moga dirahmati Allah selalu hendaknya. Amin. Kali ini mari kita persoalkan bagaimana ingin membentuk Kecantikan Muslimah zahir dan Batin.
Apakah yang dikatakan kecantikan? Iaitu sesuatu yang elok dipandang. Islam amat menekankan kecantikan yang lahir dari sifat2 mahmudah. Yang dibentuk meliputi segala aspek luaran dan dalaman. Suka saya mengingatkan kepada teman apabila berCermin ucapkanlah "Ya Allah, sebagaimana Engkau perelokkan kejadian ku, Engkau elokkanlah akhlak-ku". Kerana dengan kecantikan akhlak ada daya tarikan tersendiri dan dayanya lebih kuat daripada kecantikan wajah. Nilai paling berharga buat muslimah sejati ialah kecantikan akhlak atau budi. Akhlak sesama insan dan akhlak terhadap Allah.
Sudah menjadi fitrah manusia (wanita) untuk menampakkan diri agar kelihatan/dipandang cantik. Allah itu sendiri cantik dan suka kepada kecantikan, oleh itu manusia sendiri harus meletakkan kecantikan pada dirinya. Namun Islam ada menggariskan panduan untuk muslimah yang mementingkan kecantikan yang hakiki. Terdapat beberapa faktor dimana kecantikan itu boleh dibentuk iaitu faktor fizikal iaitu luaran, faktor mental iaitu dalaman dan faktor kerohanian iaitu membentuk roh.
Lelaki dimasa ini sering tertarik kepada kecantikan wajah, keliuran bentuk tubuh dan berharta. Kepada muslimah janganlah berasa bimbang kerana lelaki jenis ini tidak layak untuk dijadikan suami. Bak kata pepatah Melayu "Habis madu sepah dibuang". Kecantikan dari segi mental juga melibatkan pemikiran yang positif, yakin pada diri, sentiasa bersangka baik terhadap orang lain, dapat melihat kecantikan orang lain, tidak sombong, pemaaf, berlapang dada, menerima teguran secara positif, tidak mementingkan diri sendiri, suka tolong orang lain, ceria dan penyabar.
Kecantikan kerohanian pula banyak menitik beratkan hubungan kita dengan Allah. Dengan pembetukkan kerohanianlah maka terpancarlah 'Nur' cahaya yang datang akibat dari kerja amalan kita. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Solat ialah tiang agama dan mempunyai 10 fadilat salah satunya ialah Daya Penarik pada wajah. Islam menyarankan bahawa kecantikan yang hakiki berpaksi kepada iman yang kental dan sifat kesyukuran yang mendalam. Cantik dimata Allah lebih penting dari cantik pada pandangan manusia. Antara amalan yang perlu kita lakukan untuk meningkatkan kecantikan rohani termasuklah:
a. mengerjakan solat fardhu dengan sempurna.
b. membaca Al-Quran setiap hari
c. Amalkan sunnah2 nabi dalam kehidupan seharian. cthnya:menutup aurat.
d. Mengerjakan puasa sunat.
e. Banyak bersedekah
g. Bermaaf-maafan setiap hari.
Wahai teman-temanku masih belum terlewat untuk kita sentiasa merasakan kita ini memang insan yang diselubungi banyak kesilapan dan perlu banyak bertaubat kerana semulia-mulia manusia menjadi habuan tanah. Akan tiba wajah kita yang cantik tanpa diselimuti dengan akhlak dan peribadi yang mulia dikerumuni cacing dan ditimbuni tanah diliang lahad. Hanya dengan kecantikan akhlak dan amalan2 yang mulia sahaja menjadi penyeri dan teman dialam berzakh.
Muslimah-muslimahku kenangkanlah nasib diri ini penghisaban kelak. Lunakkanlah hati untuk terus memperbaiki akhlak dan amal ibadah serta berdoa, sebagaimana kita selama ini bersungguh-sungguh memperbaiki kecantikan rupa, agar diri sentiasa dipimpin dan diberi petunjuk serta hidayah dari Allah untuk menepati syariat-Nya. Diakhir kata renungilah kata-kata iini untuk dijadikan pengajaran buat kita: "Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu, dari Allah-lah datangnya dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan.
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite,
Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis mencari mana matahari kita,
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...