Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: hinanya hambamu ini...


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:
hinanya hambamu ini...


 



khusyuk solat .....








Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.


 Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?". Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimanakah wudhuk zahir dan





batin itu?." Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengna air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara :-



1] Bertaubat



2] Menyesali dosa yang telah dilakukan



3] Tidak tergila-gilakan dunia



4] Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')



5] Tinggalkan sifat berbangga



6] Tinggalkan sifat khianat dan menipu



7] Meninggalkan sifat dengki  

Seterusnya Hatim berkata , "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan ALLAH, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." 





Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."








Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


#courtesy of nurhiDayah portal


 



__________________
little me..


Veteran

Status: Offline
Posts: 96
Date:

Assalamualaikum...

firstly...selamat datang diucapkan kpg little india ke forum ini...

terima kasih diatas cerita diatas....

semoga sedikit sebanyak menjadi panduan utk kita InsyaAllah...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 137
Date:

InsyaAllah...


__________________
Tanamkan Azam dan semangatmu Setinggi Bintang Dilangit dan Rendahkan Hatimu Serendah Mutiara Di Laut...


Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:

subhanallah...

__________________
DEAN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard