NAuzubillahminzalik! Tak tahulah nak salahkan sesiapa... Kubur sendiri-sendiri.. bila dah mati, jawablah sendiri...
Sebelum anda mendengar audio ini, marilah kita mengucap dan beristirgfah. Ia nya amat mengerunkan... Semoga Tuhan menjauhkan kita, keluarga kita serta keturunan kita daripada murtad!
Turn up your speaker volume to hear what this woman speaks about.
Rakaman ini adalah pengakuan murtad seorang wanita Islam yang berasal dari malaysia bernama Hasnah di USA. Petikan audio ni kawan saya email kepada saya dan saya ingin berkongsi dengan saudara islam yg lain. Saya terasa untuk berkongsi pandangan saya tentang perkara ini setelah berulang kali mendengar rakaman ini. Mungkin boleh kita jadikan pedoman dan iktibar.
Sebelum ni, saya pernah dengar atau baca tentang org Islam Malaysia murtad, saya rasa dah beberapa kali berlaku. Tapi tidak pernah saya mendengar pengakuan sebegini. Bukan setakat satu pengakuan bahawa dia sudah masuk Christian, malah memperleceh dan mempersoalkan kebenaran Allah saya rasa amat marah, kecewa dan sedih, dan saya pasti anda juga akan rasa begitu. Terfikir saya bagaimana dia sanggup berbuat demikian. Hasnah memberi alasannya didalam rakaman ini.Bagaimana kesempitan hidup, kesusahan,kesedihan dan kesengsaraan membuat dia hilang kepercayaan terhadap tuhan dan agamanya. Salah siapa? Dirinya sendiri, keluarganya yg porak peranda atau masyarakat? Mungkin sudahtidak perlu lagi di jawab kerana mungkin sudah terlambat bagi Hasnah.
Bagaimanapun, saya ambil kisah ini sebagai satu iktibar. Hasnah menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yg dia alami. Baginya, Allah tidak menyayanginya.
Tidak menolongnya. Walauapapun, alasan yg diberikannya tidak boleh saya terima.Sebagai org islam, saya percaya, apa yg berlaku dlm hidup ini adalah ketentuan tuhan, qada dan qadar. Jika hidup kita diberikan kesenangan,kita patutlah bersyukur. Dan sekiranya bala dan kesusahan kita alami, kita haruslah redha, bersabar, tabah berusaha mengatasi dan bertawakkal. Itu adalah dugaan allah terhadap hambanya. Kadangkala, disebalik setiap kesusahan itu ada hikmahnya.
Sesungguhnya Allah sayang terhadap hambanya.Sayang sekali, bukan itu yg Hasnah nampak. Membuat saya terfikir,mungkin ada org disekeliling kita, mungkin org yg kita kenali melalui apa yg Hasnah telah lalui. Dan saya rasa kita boleh melalukan sesuatu utk mengelakkan ini berlaku lagi. Janganlah dibiarkan mereka bersendirian sehingga mereka mula mempersoalkan takdir tuhan. Kenapa tuhan tidak berlaku adil? Kenapa Tuhan memberikan kesusahan dan kesengsaraan? Kenapa tuhan tidak menolongnya? Mungkin kita boleh menolong mereka sedaya yang mampu. Dan saya rasa yangpenting ialah mengingatkan mereka supaya redha, tabah menghadapi dan bertawakkal.Jika tidak, pasti musuh Islam akan mengambil kesempatan untuk memesongkan fikiran dan jiwa mereka,sebagaimana yg telah berlaku terhadap Hasnah.
Saya harap kisah ini dapat di kongsi bersama saudara Islam kita yang lain utk dijadikan iktibar. Semoga kita berwaspada terhadap kesempatan yg diambil oleh musuh islam unutk memesongkan kita. Tulisan saya ini adalah pandangan saya, seorang yang masih banyak kelemahan. Sekiranya ada salah dan silap, sudilah kiranya ada yg menegur.Dan buat Hasnah, semoga Allahmemberi petunjuk untuknya bertaubat dan kembali kepangkuan Islam. Insyallah.
Assalammualaikum, untuk mendengar dengan lebih jelas pengakuan pelajar terbabit, saudara-saudara bolehlah surf. ke address ini:-http://www.gnwidegroup.com/hasnah/hasnah.htm
Kalau tgk hidung mmg hidung org melayu, tapi slang dia cam pure american susah jugak nak percaya tetapi sekiranya benar harap ada saudara kita disana ambil tindakan dengan membimbing beliau balik ke pangkal jalan ... inilah akibatnya kalau terlalu banyak mengkaji kitab-kitab selain dari al-quran, dengan bersenjatakan iman dan ilmu yang tipis dalam agama, sekiranya kita tak kuat ilmu didalam hal-hal agama memang susah hendak kita bahas balik apa yang dikaji tu, akibatnya ... terpesong ada yang syirik, isim, dan murtad.
" Anak ayam turun 8 mati seekor tinggal 7, Duduk berdoa kepada tuhan Supaya terang jalan bersuluh "
wassalam
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -
Kita terus menampal dunia... Tetapi terus pula mengoyak agama... Akhirnya agama hancur dan dunia pun tidak dapat kita bela.. Sangatlah beruntung orang yang memilih Allah sebagai Tuhannya.. Dan merelakan hatinya meninggalkan dunia.. Kerana ada yang ia harapkan dari sisi-Nya..
Pada hari kiamat kelak Allah akan menolak empat alasan manusia dengan empat sebab :-
1)menolak alasan orang yang kaya dengan Nabi Sulaiman.Kalau orang kaya itu berkata,"kekayaan itulah yang telah menyibukkan aku sehingga aku tidak dapat beribadat.Maka Allah berfirman,"kekayaan kamu itu tidaklah sampai dengan kekayaan Nabi Sulaiman,tapi Nabi Sulaiman tidak lalai dari melakukan ibadat.
2)Apabila hamba sahaya berkata,"oleh kerana aku hamba sahaya maka aku tidak bebas,oleh itu aku tidak dapat beribadat kepadamu."Lalu Allah berfirman,"Nabi Yusuf juga pernah menjadi hamba sahaya,tapi tidak pula ia lalai."
3)Apabila orang miskin berkata,"kemiskinan inilah yang menyebabkan kami lalai dari beribadat," lalu Allah berfirman,"kamu tidaklah semiskin Nabi Isa as,tetapi Nabi Isa tidak pula lalai."
4)Apabila orang sakit berkata,"penyakit itulah yang menghalang aku beribadat kepadamu."Lalu Allah berfirman,"Penyakitmu itu tidaklah sebagaimana teruk dari penyakit yang dihidapi Nabi Ayub."
Saya nampak benda ni dibuat oleh org negara luar yg iri hati dgn negara kita yg penduduk nya ramai islam .. dan ingin memperdaya org islam menjadi seperti pengakuan dalam video tu tadi ..Mereka membuat buat cerita bagai kan itu org malaysia .. tapi saya tidak percaya .. kalo yg selalu buat sale dan berinteraksi ngan org ramai .. dia bole mengkaji .. ok satu contoh saya kasi .. jika betul dia dah lama duduk dan belajar di sana .. dengar perkataan al-quran dia sebut bagaimana? biasa pure bukan islam akan sebut begitu .. banding tu sudah la .. rupa tak bole banding .. sebab org kulit hitam pun ada kat malaysia ni ..
Apa pun, zahirnya di Malaysia sendiri berapa banyak Melayu yang jelas Islam, sawo matang kulitnya, kemek hidungnya, bertudung pula dijumpai memakai salib, Paderi Melayunya ada, tambah di singapura, siap ada kelab atau persatuan melayu kristien lagi.
Kajian pihak rnd yang bekerjasama dengan Kekanda Zaki Segambut dalam JEMMA menguruskan event dakwah kepada orang asli, menunjukkan 95 % orang asli Malaysia telah dikristenkan. Ini jelas dapat anda lihat sendiri di pintu rumah, di gereja... Lihatlah juga kesan movement mereka di Sabah, dan yg terbaru ialah ratusan anak yatim piatu mangsa tsunami yg dilarikan utk program pengkristienan.
Kenapa mereka berjaya lakukan itu...? semuanya kerana mereka mampu. Mereka punya uwang. Telah nabi katakan, fakir menghampirkan diri kita kepada kufur. Dan ini bainat atau buktinya dari hadis itu. Masih mahu menidakkan lagi. Dan masih mahu menyorok lagi, duduk dalam hutan, tak pakai baju, tak boleh ada bangunan?... tak boleh itu dan ini, biar miskin asal bahagia... mana ada orang bahgia dan dapat beribadat jika lapar sentiasa, terutama anak isterinya. Mana ada org yang tidak mampu itu dan ini boleh menolong pembangunan agamanya, jika ada sebanyak mana... >? apatah lagi yang miskin itu negaranya... tambah parah lagi.
Ini adalah kerana kita masih sibuk dan lalai dengan agenda berikut, biarpun pahit namun penuh erti dan menjadi realiti...
sibuk menghafal buah
sibuk memilih batu cincin
sibuk mencari dan memikirkan soal rantai naga
sibuk berbangga buat kenduri kawin besar besar
sibuk mencari pelbagai jenis sticker
sibuk bercakar menuding jari semua orang lain tak betul, orang ini tak betul... kita saja yang betul
sibuk bergaduh sesama sendiri, berebut kawasan untuk perkara yang bukan bukan, bukan untuk berebut kawasan untuk melaksanakan dakwah... atau kebajikan.
sibuk membeli majalah itu dan ini, membaca novel itu dan ini, tapi lupa membeli senaskah alquran terjemahan dan membacanya sungguh sungguh hingga faham, atau cepat mencari guru jika tidak berjaya memahaminya.
sibuk mencari jadual konsert dan mengumpul duit nak beli tiket konsert tapi kedekut nak bayar yuran pengajian alquran dan mencari atau mengatur jadual untuknya.
sibuk memikirkan bagaimana nak jatuhkan apa yg dibangun orang lain, daripana memikirkan apa program pembangunan yang boleh kita anjurkan.
banyak lah lagi .... fikirlah sendiri.
Jika itulah perangai kita dulu hingga sekarang, sehingga anak bangsa sendiri jadi bingung...
DIMANA KAH KEAGUNGAN TUHAN,
DIMANAKAH KETINGGIAN ISLAM
DIMANAKAH KEJAYAAN ISLAM
DI MANAKAH KEKAYAAN ISLAM
DIMANAKAN PERTOLONGAN DARI UMAT ISLAM
DIMANAKAH KEBIJAKSANAAN ISLAM
DIMANAKAH PENYATUAN ISLAM
DIMANAKAH KEHEBATAN KEFAHAMAN ISLAM SELAIN SEKADAR SANGKA-SANGKA DAN AGAK AGAK BELAKA...? 73 ORANG MENYATAKAN KEFAHAMAN BERBEZA UTK SATU PERKARA YG SAMA
DI MANAKAH KE AMANAN DALAM ISLAM
DI MANAKAH KASIH SAYANG DALAM ISLAM
DIMANAKAH DI MANAKAH DI MANAKAH... ITU DAN INI...?
akhirnya mereka dapat membuat perbandingan dan akhirnya membuat pilihan Kristien lebih baik... dan kita yang mencemuh, kononya merasa sedih dengan kejadian ini dan merintih seketika... kekal merintih dan terus mencari sticker lagi, cari cincin lagi, cari rantai naga lagi... buang masa berjam jam melayan forum cincin, forum rantai naga, forum perdebatan apa itu 36, 30, 363, dan macam macam lagi.
Kita masih lagi buang duit buat itu dan ini lagi... dan terus kekal jahil kerana salah langkah akibat kejahilan kita (yg kononya digelar mujahid)... ada pula yang mengatakan jika kita pentingkan duit perjuangan akan tertinggal. Yes itu betul jika duit yg di cari itu untuk memenuhkan poket kita sendiri. Tetapi jika duit yg dicari utk bekalan perjuangan, itulah yang sebanarnya di tuntut... dengan duit itu kita dapat membangun, mendakwah Islam, boleh membuat kebajikan yg membuat semakin ramai suka dan tertarik pd Islam...
RENUNGKAN LAHHHH...
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Terima kasih Abang Mas, memang pedas dan sinis apa yang dikatakan/// tetapi itulah realiti sekarang ni, memang ada yang terkena pada batang hidung sendiri pun! siapa yang makan cili dialah yang merasa pedasnya. Walau apa pun, teguran itu amat bermakna dan berguna
Terima kasih Abang Mas!!!
-- Edited by ungkuomar at 15:40, 2005-01-31
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
Tepat dan berasas. Semoga melayu tidak lalai dan leka dibuai mimpi yang enak. Orang bersalib asik mencari kelemahan bangsa kita, menaburkan kasih sayang dan wang ringgit untuk mengheret kita supaya seangkatan dgn mereka ke neraka jahanam. Semoga melayu tidak hanya bersemangat di siang hari sahaja. Orang bersalib sanggup berkorbankan wang ringgit dan masa untuk merosakan akidah dan perpaduan kita. Mereka sanggup menterjemahkan kitab suci mereka kedalam bahasa kita dan diedarkan secara percuma kepada mereka yang alpa sedangkan kita sayangkan wang ringgit untuk berdakwah.
Mohon maaf sekadar ungkapan dari pandangan yang jelas.