Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KEBESARAN ALLAH


Senior

Status: Offline
Posts: 137
Date:
KEBESARAN ALLAH


BANDA ACEH 29 Jan. - Pasukan penyelamat Malaysia semalam menemui mayat yang dipercayai sepasang suami isteri berpelukan bersama mayat empat anak mereka yang masih dalam keadaan elok, sebulan selepas tragedi tsunami melanda wilayah tersebut.


Mayat keluarga itu ditemui dalam Masjid Baiturrahim di Bhayang Kara, yang terletak di belakang sebuah hospital dekat sini, setelah dipercayai dibawa ombak besar tsunami.


Ketua Medan Ops Hati Budi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Supritendan Yusoff Md. Disa berkata, mayat si bapa ditemui sedang memeluk seorang anaknya manakala si ibu pula memeluk tiga orang anak yang lain.


Sambil mengagumi kebesaran Tuhan, beliau berkata, adalah sesuatu yang menakjubkan dan luar biasa apabila mayat yang telah lebih sebulan, masih berada dalam keadaan baik.


Menurutnya, anak-anak pasangan tersebut kesemuanya masih kecil dan yang paling besar dipercayai berusia kira-kira 12 tahun.


``Disebabkan keadaan mayat itu, usaha memisahkan mereka bagi membolehkan setiap mangsa dimasukkan dalam karung plastik gagal kerana jasad melekat antara satu sama lain,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Yusoff berkata demikian selepas menyampaikan bantuan berupa makanan seperti beras dan susu kepada 35 ahli keluarga mangsa tsunami di Gue Gajah, di sini.


Bantuan itu antara lain sumbangan dari Persatuan Keluarga Polis (Perkep) , Badan Amal Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


``Kesemua mangsa dipercayai tinggal berhampiran masjid berkenaan dan telah dibawa oleh ombak tsunami masuk ke dalam masjid.


``Mayat keluarga berkenaan kemudian dituntut oleh saudara-mara mereka.


``Walaupun anggota-anggota PDRM hiba dengan penemuan mayat-mayat tersebut yang masih berpelukan tetapi demi tugas, kami masih dapat melaksanakan amanah yang diberikan,'' katanya.


Yusof berkata beberapa mayat lain juga ditemui sepanjang operasi mencari dijalankan oleh anggota-anggota PDRM dengan kerjasama Polis Republik Indonesia (Polri).


``Antara yang ditemui ialah mayat wanita mengandung dengan keadaan masih bersih dan elok,'' katanya.


Beliau berkata, sejak pasukan kedua PDRM itu tiba pada 23 Januari lalu menggantikan pasukan pertama, sebanyak 1,354 mayat mangsa tsunami ditemui di beberapa kawasan sekitar wilayah ini.


Katanya, masih banyak lagi mayat yang tidak dapat dikeluarkan kerana kerja-kerja mencari itu memerlukan bantuan jentera pengorek.


``Sehingga kini komitmen 125 anggota PDRM tetap tinggi dan kami akan meneruskan usaha mencari mayat mangsa tsunami selain menjalankan program menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terselamat,'' katanya. - Mingguan



__________________
Tanamkan Azam dan semangatmu Setinggi Bintang Dilangit dan Rendahkan Hatimu Serendah Mutiara Di Laut...


Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:



__________________
DEAN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard