Kebanyakkan kita cuma mengenali sedikit mengenai diri kita. Terlalu banyak aspek-aspek dan sumber sumber peribadi yang kita tidak ketahui. Kita masih belum kenal APA dan SIAPA sebenarnya ?
Setelah kita mengenali diri, kita akan menyedari bahawa kejayaan adalah hak mutlak kita.
Kekuatan diri datangnya dari rahmat Tuhan melalui kebolehan kita mengawal pemikiran kita.
Kita merupakan natijah dari apa yang kita fikirkan tentang diri kita.
Sejak lahir kita mengumpulkan beratus ratus idea, mengenai diri kita sama ada baik dan jahat, bijak atau bodoh, berani atau penakut dan sebagainya. Melalui ulangan identiti yang tidak mencerminkan keadaan sebenar mengenai diri kita akan terpahat dalam minda dan membentuk imej kendiri kita. Imej kendiri yang palsu ini yang menghantui diri kita sepanjang hayat.
Sebagai seorang insan, kita tidak boleh gagal dalam hidup ini. Kita dicipta bukan untuk gagal.
Ramai manusia yang gagal dalam hidup kerana mereka membesar besarkan perkara kecil.
Manusia tidak malas. Tetapi mereka mempunyai matlamat yang mati, yakni matlamat yang tidak merangsang mereka.
Kita adalah kejadian yang sempurna, tetapi apa yang kita lakukan yang selalunya kurang sempurna.
Kebanyakkan halangan dalaman dan luaran yang membantutkan kecemerlangan seseorang individu sering dibentuk oleh individu itu sendiri .
Ramai diantara kita yang sudah mati semasa muda tetapi dikuburkan sesudah tua .
Orang yang cemerlang menunjukkan hasil. Orang yang gagal memberikan alasan.
Setiap apa yang berlaku mempunyai hikmah yang tertentu.
Salah satu sifat terpenting orang yang cemerlang ialah kebolehan mendorong diri untuk bertindak.