Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Peliknya Manusia


Member

Status: Offline
Posts: 17
Date:
Peliknya Manusia


Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid,
Tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir,
Tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

Pelik ya, betapa lamanya satu jam berada di masjid,
Tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah jumaat, dah rasa jemu,
Tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali – kali.

Pelik ya,dengar iklan jaulan murah dalam TV, rasa tak sabar – sabar nak pergi beli belah,
Tapi dengar laungan azan tak sabar – sabar nak tukar channel lain.

Pelik ya, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi,
Tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi.

Pelik ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat,
Tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan – kawan.

Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita,

Tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Pelik ya, rasa susah sungguh untuk habiskan al – Quran walau satu halaman,
Tapi majalah hiburan dan novel best – seller 100 halaman pun habis dilahap.

Pelik ya, ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert,
Tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
Tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.

Pelik ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di email yang laying di internet,
Tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan al – Quran.

Pelik ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam email,
Tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita…?
Tepuk dada… tanyalah iman di hati.


__________________
Gerak alamat hidup.. Diam alamat mati


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:
SEDARKAH ANDA?


> > SEDARKAH ANDA?
> >
> > 1. Sedarkah anda bahawa air yang mampu dikandung
> oleh washing machine
> > adalah kurang dari 2 kolah dan sekiranya pakaian
> anda bernajis (terdapat
> > air kencing, tahi cicak, etc), seluruh pakaian yg
> bersih pun akan turut
> > menjadi najis atau tidak suci. (berdasarkan hukum
> air mutanajjis)
> >
> > 2. Sedarkah anda bahawa hampir setiap telur ayam
> terdapat najis di
> > kulitnya dan sekiranya tangan kita basah atau
> telur itu sendiri basah
> > semasa kita hendak memecahkannya, tangan kita akan
> turut bernajis. Dan
> > sekiranya sebahagian dari telur tersebut termasuk
> dalam masakan kita,
> > maka
> > kita turut memakan najis tersebut. (Roti canai
> telur, anyone?)
> >
> > 3. Sedarkah anda bahawa lantai tandas itu kotor
> dan bernajis disebabkan
> > tempiasan, maka kita perlu memakai selipar semasa
> dalam tandas. Dan cara
> > utk memakai selipar semasa memasuki tandas adalah
> dengan meletakkan kaki
> > kiri ke atas selipar (tanpa memakainya), kemudian
> menyarungkan kaki
> > kanan
> > ke selipar kanan. Diikuti dengan menyarung kaki
> kiri ke selipar kiri.
> > (Kerana adab masuk tandas adalah kaki kiri
> manakala adab memakai selipar
> > adalah dengan kaki kanan dahulu). Ada segolongan
> yang masuk tandas
> > dengan
> > kaki kiri tapi memijak lantai, tidak memijak
> selipar (Ini akan
> > mengotorkan
> > kaki kita).
> >
> > 4. Sedarkah anda bahawa walaupun kita mengalas
> sejadah ke atas tempat yg
> > bernajis, itu tidak bermakna tempat kita sujud
> tersebut adalah suci.
> > Kita
> > perlu menyucikan najis itu terlebih dahulu. (dari
> sumber '600 Masalah
> > Agama' hasil tulisan beberapa orang ustaz dan
> ustazah, antaranya Ustaz
> > Ismail Kamus)
> >
> > 5. Sedarkah anda bahawa apabila kita membersihkan
> najis seperti darah,
> > kita
> > perlu berhati hati supaya air basuhan tersebut
> tidak memercik ke anggota
> > badan atau pakaian kita kerana air tersebut kurang
> dari 2 kolah dan akan
> > menyebabkan anggota badan kita turut bernajis.
> >
> > 6. Sedarkah anda bahawa kita perlu bernafas semasa
> minum air (utk
> > mengelakkan sakit jantung) dan udara hembusan
> pernafasan kita perlulah
> > di
> > luar gelas. (Kerana H20 + CO2 = H2CO3, maka cuka
> terhasil dan
> > menyebabkan
> > minumaan menjadi acidic)
> >
> > 7. Sedarkah anda bahawa memberi salam 'Akumzzz'
> dalam chat adalah umpama
> > menghina ucapan salam itu sendiri dan secara tidak
> langsung seperti
> > menghina Islam.


__________________
wann
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:
RE: Peliknya Manusia


As'kum,bagus info2 macam ni dibuat,mmg tak pelik kepada pandangan saya keran mmg pada zaman sekarang ni dah ramai mcm tu,lagi2 remaja dan muda mudi,semuanya rebutkan kemewahan di dunia tetapi tak nak rebutkan kemewahan di akhirat,masyaallah,makin teruk manusia sekarang hingga sanggup melepaskan AGAMA SUCI begitu saja,sama2 lah kita ubah semua itu..


"BERJUANG DEMI AGAMA , BANGSA , DAN NEGARA"


w'slm..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard