Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: forwarded email


Member

Status: Offline
Posts: 24
Date:
forwarded email


>siapakah orang itu ?

>Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri
penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan
kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan
sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada
di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan
manusia yang sombong diri.

>Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang
diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan
cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di
dalam jiwa untuk bertaubat.

>Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang
tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan
tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan
sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

>Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan
kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

>Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan
kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada
kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

>Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang
berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan
Rasulullah s.a.w.

>Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca
dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu
mengambil pelajaran daripadanya.

>Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan
pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

>Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil
berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai
kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

>Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang
yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi
wainna illaihi rajiuun"  Lalu sambil berkata "Ya Rabbi
Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.

>Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang
yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran
Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir
airmatanya.

>Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan
apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang
sementara ini.

>Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan
nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

>Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap
untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek
sedang akhirat kekal abadi

>Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha
sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya
diabaikan.

>Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang
senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

>Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang
tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan
sesuatu perkara itu.

>Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak
sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang
memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan
sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua
ketika ia tidak siuman akalnya.

>Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat
dan amal-amal kebaikkan.

>Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang
menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang
tua.

>Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai
akhlak yang baik.

>Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah
orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana
kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

>Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi
>dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang
yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu
kuburnya menghimpitnya.

>Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang
menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal
sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

>Siapakah org yg bijak?
Orang yg bijak ialah org yg tidak membiar atau
membuang email ini begitu sahaja, malah dia akan
menyampaikan pula pada org lain.

>"The indispensable first step to getting the things
you want out of life is this: decide what you want."

>Wallahu 'alam.

>Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T...


>Yang buruk itu dari saya yang lemah dan sering melakukan kesilapan ini....



__________________
-


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

akukah "insan" itu???


terima kasih dieyaz, atas reminder ni...



__________________
little me..


Senior

Status: Offline
Posts: 213
Date:

 


Terima kasih..artikel yang begitu menarik...


Manusia tak pernah lari dari kesilapan...



 



__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite, Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat, Puas kita menangis mencari mana matahari kita, Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard