DINDA INGAT NAK MASUK TP DINDA PUNYE TULANG MUDAH PATAH SO, DINDA POSTPONED DULU..BG KERAS DLU TULANG BELULANG PASTU HATI KAT DLM PUN NAK BAGI KERAS DLU..PASTU DINDA AKN MENDAFTAR OK..
quote: Originally posted by: WAN KAJANG "ASSALAMMUALIKUM KANDA MAS.. DINDA INGAT NAK MASUK TP DINDA PUNYE TULANG MUDAH PATAH SO, DINDA POSTPONED DULU..BG KERAS DLU TULANG BELULANG PASTU HATI KAT DLM PUN NAK BAGI KERAS DLU..PASTU DINDA AKN MENDAFTAR OK.. "
byk la ko punya tulang mudah patah wan... aku suggest ko minum nespray atau susu kambing gurun
__________________
"Action may not always bring happiness,but there is no happiness without action".
-syedezree@pekida.org-
quote: Originally posted by: car_r3nt "boleh dak sy belajaq silat dalam YM. abih tu, nak turun tiap2 minggu, jenuh jugak. ekekekeek... apa-apapun, good luck pada si peneraju, mudah-mudahan mendapat seni & pertahanan diri darinya. "silat warisan pusaka melayu" *p/s:- senda itu gurauan ketika duka. "
Bagaimana dengan latihan silat Gerak Ilham ? ada yang dah tamat latihan ke ? boleh beri sedikit info ...
askum...nak tanya skit silat gerak ilham nih bleh guna ker....takut ada unsur kesurupan....bahaya tuh lebih baik silat fizikal biasa....badan pun sihat...nak tau pendapat kengkawan plak mengenai silat gerak ilham.....
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
ni satu usahsa yang baguih kerna silat ada warisan melayu dan anak melayu harus mengambil warisan ini supaya tak hilang dek zaman,bangsa penjajah pon belajaq silat kita,inikan pulak kita yang dok kat bumi sendiri
Limau bentan di tepi tingkap Budak-budak melempar burung Harimau di hutan lagi kutangkap Inikan pula cicak mengkarung
Hang Jebat Hang Kasturi Budak-budak raja Melaka Jika hendak jangan dicuri Mari kita bertentang mata
Apa guna kepuk di ladang Kalau tidak berisi padi Apa guna keris di pinggang Kalau tidak berani mati
Banyak batang tumbuh cendawan Cendawan kukur jalan ke huma Banyak orang mengaku pahlawan Sambutlah pukul tikam pertama
Lemaknya nasi bergulai udang Lemak berbau santan kelapa Rela kumati berputih tulang Tidak kumahu berputih mata
Orang menyeberang gunakan titi Titi dibuat tinggi di atas Dalam telur lagikan dinanti Inikan pula sudah menetas
Sungguh cantik bunga yang merah Malangnya lama tidak disirami Kalau jasadku rebah ke tanah Rela aku disemadikan di sini
pekida wrote: Persilatan Seni silat Gerak Ilham anjuran unit R&D telah di buka dengan rasminya. Bagi mereka yang ingin turut serta bolehlah menghubungi Urusetia, khasnya en. Hafiz (Penganjur dan mahaguru) di talian 03-87369645, 87399645, 013-3671112, atau fitri. Faizal, Y, Zam, DJ Anna (untuk kaum hawa) dll.
Jumlah sesi ialah 44 sesi 1 sesi seminggu, 4 sesi sebulan rm 30 yuran pendaftaran (termasuk kos perasmian) bayaran 30 sebulan termsuk kos minuman. Kos untuk suit Pakaian ialah rm80 Sesi siang juga akan di adakan, terutamanya bagi kaum wanita atau sesiapa yang tidak dapat hadir untuk sesi malam hari. 2 Batch pertama akan memulakan sesi beberapa hari lagi. Jangan lepaskan peluang ini. Majlis perasmian akan di adakan setelah sesi awal bermula.-- Edited by pekida at 15:42, 2005-02-08
Dah bincang dgn ayahanda jaafar sb... kelas pertama pertengahan april. kami tukar silat. tamat dlm 21 hari saja. siap kan diri dgn ketahanan fizikal. 3 bulan lepas tempoh rihat insyaallah leh jadi barisan depan... bayaran dll sila pm kanda. Ketua tenaga pengajar ialah ayahanda sendiri... TEMPAT BELAJAR RAHSIA... AMACAM... ? APA NAK TUNGGU LAGI ...? FIRST INTAKE HANYA 20 ORG SAJA.
akum abng Masjuki, kelas 21 hari tu mcm kelas silat abg budin kg Pandan & Cik Ton kan, Hafiz RND tu bukan anak cikgu zali Terengganu, silat tok pelepat Panglima hitam ke, saya bukan apa masa & keadaan tak izin kan kalau tak saya join terus dgn Cikgu Zali, tapi sekarang training sendiri je Kirim salam kat Hafiz bagi tahu dia Kekanda dia dari tempat asal dia atau pun kampung halaman kalau dia ingat