Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ---JANJI KITA---


Veteran

Status: Offline
Posts: 42
Date:
---JANJI KITA---


Janji kita dengan Tuhan

Ramai umat Islam bersembahyang dia hendak berbohong dengan Tuhannya
Bersembahyang ertinya berjanji dan berikrar, selepas sembahyang hendak hidup,
mati, berjuang untuk Tuhan
Setiap kali berjanji dengan Tuhan di dalam sembahyang, orang yang bersembahyang itu mungkir janji dengan Tuhan
Tidak malukah dengan Tuhan berjanji mungkir, berjanji mungkir,
berjanji tidak melaksanakan
Buat pengakuan dengan Tuhan lima kali sehari semalam kemudian janji dilupakan
Rupanya orang bersembahyang pun tidak takut Tuhan, orang yang beribadah pun
tidak cintakan Tuhan

Kalaulah orang Islam yang tidak bersembahyang apakah kita hendak katakan?
Susah hendak kita cakapkan
Begitulah kualiti orang Islam secara umum hari ini kerana itulah Tuhan biarkan
Begitulah sikap orang Islam rakyat atau pemimpin sama sahaja kerana itulah
Tuhan tidak beri kemenangan dan kekuatan
Orang yang bersembahyang tidak takut Tuhan, orang yang beribadah tidak cintakan apakah yang kita hendak harapkan
Umat Islam tidak takut Tuhan kita tidak berbangga mereka berjuang
Orang berjuang tidak takut Tuhan sekalipun gigih, sibuk siang dan malam
apakah diharapkan mereka jujur di dalam perjuangan?
Sekalipun tunjuk berani, cakap berdegar-degar, semangat berkobar-kobar tidak boleh diharapkan

Tidak takut Tuhan apakah boleh ikhlas? Tidak takut Tuhan apakah boleh berkorban?
Tidak masuk akal, tidak munasabah bahkan boleh dipertikaikan
Orang tidak takut Tuhan berjuang mesti ambil peluang
Orang tidak takut Tuhan mesti berjuang kerana mencari wang
Orang berjuang bukan kerana Tuhan kalau diuji dengan ujian yang berat pasti tidak tahan
Pejuang-pejuang di dalam hatinya tidak ada Tuhan dia berjuang
mesti ada hendak tonjolkan diri, mesti hendak nama
Gigih bagaimanapun berjuang kalau tidak takut Tuhan mestilah hendakkan jawatan
atau hendak pertahankan jawatan

Pejuang-pejuang umat Islam yang semacam inilah yang Tuhan biarkan
Pejuang-pejuang bangsa yang Islam semacam inilah yang Tuhan tidak memberi kemenangan dan kejayaan
Ini terbukti umat Islam sudah lama merdeka tidak ada sebuah pun negara umat Islam yang kuat dan disegani lagi dihormati
Padahal setengah negara umat Islam sejak puluhan tahun
mungkin ada yang seratus tahun sudah merdeka
Mana ada negara umat Islam yang benar-benar berdaulat, disegani dan ada kekuatan
Tidak ada sebuah negara umat Islam yang ditakuti oleh musuh
hingga tidak berani diceroboh
Amerika batuk sahaja pun umat Islam sudah ketakutan
Belum lagi digertak, sudah banyak tolak ansur dan tidak ada pendirian
Di depan rakyat atau bangsa sendiri berlakon macam wira
Di belakang rakyat penakut dan banyak tolak ansurnya
Saya hampir-hampir sudah hilang keyakinan kepada mana-mana pemimpin Islam di dunia

Mana ada pemimpin umat Islam di dunia yang sanggup miskin
kerana kekayaan agama, bangsa dan negaranya?
Mana ada para pemimpin kerana berkorban dapat mengkayakan agama,
bangsa dan negara?
Yang berlaku sekarang bangsa dan negaralah yang mengkayakan mereka
Bangsa dan negaralah yang berkorban untuk mereka
Tidak hairanlah kerana jawatan kepimpinan jadi rebutan
Tidak hairanlah hampir seluruh dunia di antara pemimpin dengan pemimpin
jatuh-menjatuhkan
Bahkan ada yang sampai berbunuh-bunuhan
Apakah yang terjadi? Yang terjadi bangsa yang terkorban, agama terhina,
negara tidak disegani

Apakah yang berlaku? Yang berlaku bangsa diperjudi, negara tergadai,
agama jadi mainan
Di waktu ini para pemimpin Islam bukan masanya lagi untuk berslogan,
cakap-cakap besar, yang penting tukar sikap, betulkan pendirian
Para pemimpin kenalah takut dan cintakan Tuhan
Kemudian didik rakyat dan bangsa takut dan cintakan Tuhan melalui pendidikan
Kemudian berjuanglah atas nama Tuhan, bukan atas nama bangsa dan negara
Berjuang kerana Tuhan, bangsa dan negaralah yang akan dapat faedahnya dan dapat kekuatan

Sudah lama umat Islam berjuang kerana bangsa dan negara, Tuhan diabaikan
Apa sudah jadi?
Yang terjadi Tuhan sudah dilupakan, bangsa dan negara tidak ada kekuatan
Musuh tidak segan, umat Islam dalam ketakutan
Sembahyang tidak jadi kekuatan kepada umat Islam
Sembahyang hanya jasad lahir sedangkan hati tidak sembahyang,
ia tidak memberi apa-apa kesan kepada kehidupan umat Islam .


__________________
"Perjalanan yang panjang menjanjikan sejuta pengalaman, sebentar terlena menuju kesesatan"


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

salam,


islam bukan untuk ditakuti digeruni... islam tak bunuh orang.
Matboz cakap memang pandai, jadi pemimpin tengok...


__________________
mohd hawarie


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

SALAM,

SEBENARNYA BUKAN JALAN NAK CARI SALAH SESIAPA,HARUSLAH CARI JALAN SELESAIKAN MASALAH,SENDI ITU BUDI.

__________________
mohd hawarie
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard