Ramai umat Islam bersembahyang dia hendak berbohong dengan Tuhannya Bersembahyang ertinya berjanji dan berikrar, selepas sembahyang hendak hidup, mati, berjuang untuk Tuhan Setiap kali berjanji dengan Tuhan di dalam sembahyang, orang yang bersembahyang itu mungkir janji dengan Tuhan Tidak malukah dengan Tuhan berjanji mungkir, berjanji mungkir, berjanji tidak melaksanakan Buat pengakuan dengan Tuhan lima kali sehari semalam kemudian janji dilupakan Rupanya orang bersembahyang pun tidak takut Tuhan, orang yang beribadah pun tidak cintakan Tuhan
Kalaulah orang Islam yang tidak bersembahyang apakah kita hendak katakan? Susah hendak kita cakapkan Begitulah kualiti orang Islam secara umum hari ini kerana itulah Tuhan biarkan Begitulah sikap orang Islam rakyat atau pemimpin sama sahaja kerana itulah Tuhan tidak beri kemenangan dan kekuatan Orang yang bersembahyang tidak takut Tuhan, orang yang beribadah tidak cintakan apakah yang kita hendak harapkan Umat Islam tidak takut Tuhan kita tidak berbangga mereka berjuang Orang berjuang tidak takut Tuhan sekalipun gigih, sibuk siang dan malam apakah diharapkan mereka jujur di dalam perjuangan? Sekalipun tunjuk berani, cakap berdegar-degar, semangat berkobar-kobar tidak boleh diharapkan
Tidak takut Tuhan apakah boleh ikhlas? Tidak takut Tuhan apakah boleh berkorban? Tidak masuk akal, tidak munasabah bahkan boleh dipertikaikan Orang tidak takut Tuhan berjuang mesti ambil peluang Orang tidak takut Tuhan mesti berjuang kerana mencari wang Orang berjuang bukan kerana Tuhan kalau diuji dengan ujian yang berat pasti tidak tahan Pejuang-pejuang di dalam hatinya tidak ada Tuhan dia berjuang mesti ada hendak tonjolkan diri, mesti hendak nama Gigih bagaimanapun berjuang kalau tidak takut Tuhan mestilah hendakkan jawatan atau hendak pertahankan jawatan
Pejuang-pejuang umat Islam yang semacam inilah yang Tuhan biarkan Pejuang-pejuang bangsa yang Islam semacam inilah yang Tuhan tidak memberi kemenangan dan kejayaan Ini terbukti umat Islam sudah lama merdeka tidak ada sebuah pun negara umat Islam yang kuat dan disegani lagi dihormati Padahal setengah negara umat Islam sejak puluhan tahun mungkin ada yang seratus tahun sudah merdeka Mana ada negara umat Islam yang benar-benar berdaulat, disegani dan ada kekuatan Tidak ada sebuah negara umat Islam yang ditakuti oleh musuh hingga tidak berani diceroboh Amerika batuk sahaja pun umat Islam sudah ketakutan Belum lagi digertak, sudah banyak tolak ansur dan tidak ada pendirian Di depan rakyat atau bangsa sendiri berlakon macam wira Di belakang rakyat penakut dan banyak tolak ansurnya Saya hampir-hampir sudah hilang keyakinan kepada mana-mana pemimpin Islam di dunia
Mana ada pemimpin umat Islam di dunia yang sanggup miskin kerana kekayaan agama, bangsa dan negaranya? Mana ada para pemimpin kerana berkorban dapat mengkayakan agama, bangsa dan negara? Yang berlaku sekarang bangsa dan negaralah yang mengkayakan mereka Bangsa dan negaralah yang berkorban untuk mereka Tidak hairanlah kerana jawatan kepimpinan jadi rebutan Tidak hairanlah hampir seluruh dunia di antara pemimpin dengan pemimpin jatuh-menjatuhkan Bahkan ada yang sampai berbunuh-bunuhan Apakah yang terjadi? Yang terjadi bangsa yang terkorban, agama terhina, negara tidak disegani
Apakah yang berlaku? Yang berlaku bangsa diperjudi, negara tergadai, agama jadi mainan Di waktu ini para pemimpin Islam bukan masanya lagi untuk berslogan, cakap-cakap besar, yang penting tukar sikap, betulkan pendirian Para pemimpin kenalah takut dan cintakan Tuhan Kemudian didik rakyat dan bangsa takut dan cintakan Tuhan melalui pendidikan Kemudian berjuanglah atas nama Tuhan, bukan atas nama bangsa dan negara Berjuang kerana Tuhan, bangsa dan negaralah yang akan dapat faedahnya dan dapat kekuatan
Sudah lama umat Islam berjuang kerana bangsa dan negara, Tuhan diabaikan Apa sudah jadi? Yang terjadi Tuhan sudah dilupakan, bangsa dan negara tidak ada kekuatan Musuh tidak segan, umat Islam dalam ketakutan Sembahyang tidak jadi kekuatan kepada umat Islam Sembahyang hanya jasad lahir sedangkan hati tidak sembahyang, ia tidak memberi apa-apa kesan kepada kehidupan umat Islam .
__________________
"Perjalanan yang panjang menjanjikan sejuta pengalaman,
sebentar terlena menuju kesesatan"