Zaman Nabi Ibrahim dulu, Namrud cakap dia Tuhan. Sebab Nabi Ibrahim kata Allah itu berkuasa menghidupkan dan mematikan manusia. Lalu Namrud pun panggil 2 orang banduan, sorang dibebaskan dan sorang dibunuh. Justifikasi dia sebagai Tuhan. Zaman Nabi Musa juga sama. Ada Firaun.
Dalam Quran disebut Firaun kata, "Ana Robbukumul A'la" - Akulah Tuhan kalian yang paling tinggi. Kenapa mereka mengaku mereka Tuhan?
Antara sebab nya adalah Firaun dan Namrud fikir mereka adalah yang TERKUAT, TERHEBAT dan semua orang takut pada mereka. Sikap Namrud, dan Firaun ini diwarisi oleh kepimpinan Presiden Amerika. Lebih-lebih lagi selepas Soviet Union jatuh, Amerika menjadi kuasa unipolar.
George Bush belum cakap, "Akulah Tuhan Dunia ini." Tapi sikap Bush sudah mula menunjukkan dia mahu menjadi Tuhan. Either you are with us or them.Amerika atau pengganas. Dalam Islam, antara tanda terbesar menjelang kiamat adalah munculnya Dajjal. Boleh baca satu hadis panjang - Hadis Dajjal.
Nabi saw pesan pada umatnya, agar berdoa jauh dari fitnah Dajjal:
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari siksa neraka Jahanam. Aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah Dajjal yang pembohong. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah hidup dan fitnah mati. Aku berlindung kepadaMu dari banyaknya dosa dan hutang. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan fitnah kaya dan kejelekan fitnah fakir. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan pendengaran, penglihatan, lisan dan hatiku. Aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan kepada umur yang terlalu tua. Dan aku berlindung kepadaMu dari mati dalam keadaan ingkar kepada agamaMu."
Dalam hadis Dajjal sebelum ini, ada disebut bertapa hebatnya Dajjal itu. Diseru hujan, maka turunlah hujan. Diseru kemarau, maka jadilah panas. Diseru itu ini, maka semuanya menjadi. Lalu Dajjal menjadikan kuasa dia itu untuk menjadikan dirinya Tuhan dan memaksa manusia beriman kepada Dajjal. Dulu kalau kita dengar hadis sebegini, pastinya kita merasa Dajjal itu mempunyai kuasa magis.
Umpama 'buku amalan' yang bakal ditimbang dan dinilai di hadapan Allah kelak. Sebelum kewujudan CD, hard disk, thumb drive, digital camera dan segala benda teknologi, kita pasti terfikir bagaimana para Malaikat itu 'menulis' dalam 'buku amalan'. Kalau umurnya 60 tahun mati, maka berapa puluh buku perlu dibawa? Allah itu Maha Berkuasa.
Dialah lebih mengetahui bagaiamana. Pasca Tsunami menyaksikan pelbagai teori muncul. Antara teori yang hangat diperkatakan adalah Tsunami ini dicipta oleh Amerika Syarikat. Antara sebabnya teknologi untuk mencipta 'bencana alam' ini sudah wujud. Memang sukar untuk dipercayai. Tetapi kalau kalian suka membaca komik Doraemon atau menonton rancangan kartun tersebut, sesungguhnya Doraemon ada alat 'mencipta cuaca' dan 'bencana alam'.
Kalaulah Fujio F. Fujiko, seorang kartunis itu boleh fikir sebegitu, apatah lagi seseorang yang berkerja dalam bidang pertahanan? Yang menjadikan 'perang' dan 'kematian manusia' sebagai sumber rezeki dan ekonomi. Pakdi tidak mengatakan Tsunami 26 Disember itu memang dibuat oleh Amerika. Tetapi pakdi boleh mengatakan idea untuk mencipta 'bencana alam' sudah lama wujud. Sama ada berjaya atau tidak idea tersebut, hanya mereka yang mencuba sahaja yang tahu. Selsema burung. SARS. Dan penyakit sewaktu dengannya, tidakkah mustahil ia merupakan senjata biologi?
Barangkali ada sudah menyebut dalam hati: "Pakdi ni sudah melampau fikirannya." Bila menyebut Dajjal, Pakdi lebih cenderung menerima pentafsiran Dajjal itu adalah sebuah kuasa, dan bukannya manusia secara perseorangan. Apa pun Allah yang lebih mengetahui. Melihat apa yang berlaku dalam dunia hari ini, menguatkan andaian tersebut. Wilayah-wilayah yang iltizam untuk menegakkan syariat Islam seperti di Pattani, sudah menerima bencana Tak Bai - satu kejadian yang sudah terjadi...
Satu pendapat yang bagus untuk kita renungi dan bincangkan...
__________________
~~~Aku Adalah Pejuang Fisabilillah Di Bumi Allah~~~