Tahniah diucapkan kepada ahli2 pekida diatas pembukaan cawangan baru bukit bintang dan chow kit.saya sebagai seorang pelajar dan bukan ahli turut berbangga dengan kemajuan pertubuhan alternatif org melayu ini.PEKIDA dilihat mampu menjadi simbol penyatuan org melayu tanpa ada bau2 politik.Pertubuhan ini juga dilihat mampu menjadi teras dalam merangka strategi bagi kemajuan melayu.
Saya tidak layak untuk mengulas panjang dan disebabkan saya berasal dari ipoh, saya ingin mencadangkan kepada bijak pandai pertubuhan ini agar melihat kepada nasib yg 'bakal' menimpa melayu ipoh.Dari sudut pandangan saya yang masih mentah ini, saya melihat melayu ipoh bakal dipinggirkan kelak.Tekanan secara ekonomi bakal menjadikan melayu ipoh senasib dengan apa yg terjadi di pulau pinang.Mungkin ianya masih diperingkat awal dan jurangnya masih belum dalam skala yg besar.
Ada beberapa kawasan perniagaan yg dibina oleh org kita.Kalau dilihat dari segi prospeknya,kawasan tersebut mmg berpotensi tetapi tiada yg berminat utk melabur atau memulakan perniagaan.Akhirnya kawasan sebegini menjadi tempat benda2 yg tak elok terutamanya dikalangan budak2 yg ponteng sekolah.Banyak lagi faktor dan strategi yg dapat dibincangkan utk kemajuan melayu ipoh secara khusus dan melayu malaysia secara amnya.
Saya sebagai pihak lemah yg mana tiada lansung kemampuan dan hanya sekadar memerhatikan amat mengharapkan sesuatu dari pertubuhan ini.Ipoh agak terkenal dengan kampung melayunya dan diharap ianya tidak mati ditelan zaman.
Akhir kata saya meminta maaf jika ada terkasar bahasa dan jikalau saya tersilap ruangan dalam menulis cadangan ini.assalamualaikum.
tertarik betul dengan permasalahan yang diutarakan... tak kan melayu hilang didunia... tapi yang membezakan melayu itu sendiri ialah dari segi akidah dan pegangan terhadap agama... Melayu ipoh tak akan terhimpit jika bersatu... memang tak dinafikan ipoh town 20 tahun dulu dengan sekarang takde la bangunan tinggi2.. perancangan sebagai bandaraya terancang... tak nak melayu dihimpit dan ketinggalan kena la bersatu... mungking hang je yang masih tak nampak...
nak harap pada pihak rnd je tak boleh la..kena usaha... cari kawan buat meeting... ambil iktibar dari apa yang pihak rnd buat.. walaupun dengan berniaga kecil seperti jual burger itu pun satu sumber pendapatan dan ekonomi... di ipoh memang banyak tapak perniagaan... kita kena tengok masalh ni dari pelbagai segi..contohnya ada org melayu nak buka niaga... dia takde modal... so dari situ dia kena usaha ...melalui kawan kawan... kena bersatu..
di ipoh..kalau saudara gi kawasan hiburan... melayu ramai kan? di sayang, dan macam2 lagi... bukan org lain pun... tu jgn amik persoalan..timbulkan minat untuk berkawan... Tarik kawan yg suke enjoy tu buat benda berfaedah... lagi satu pernempatan kg melayu seperti di manjoi dan lain2 kita kena tengok perspektif lain.. nak bangunkan kawasan tu.. bagi selesa dari segi sistem perparitan..penempatan yg efectif.. kena ingat perubahan tetap ada... contohnya pada zaman dahulu tentera berkuda... sekarang ni kena la ada jet.. betul tak? effective situation and enviroment facilities must got to make malays wake up from dreaming..tapi jangan sampai asyik disuap dan dimanjakan... salah tu...
di ipoh dengan politekniknya, yg paling hampir DENGAN uni petronas, uitm, banyak org melayu... tak tertinggal kerana kita masih ada umat yg berpelajaran... mengenai pelajar ponteng...ishh kan dulu dah popular ngan high council... samseng bebudak...so dari segi pendekatan lain.. nasihat dulu... tak nak dengar report pihak yg bertanggungjawab...
kalau kata tak berkemampuan nak buat macam tu tipu laa... so jangan perhatikan dan mengharap je... bertindak mengikut akal... tepuk dada tanya iman!
Saya perhatikan masih ramai di antara ahli forum yang bijak membuat karangan dan ulasan serta cadangan dalam web kita ini masih dingin dalam menyambut seruan yang sampai pada mereka untuk melaksanakan program pembangunan.
Itu lah sikap Melayu, memang suka berforum, suka berseminar, suka buat kajian, bengkel, mesyuarat sana sini.... kumpul minit dan kertas kerja... Tapi tiada tindakan susulan untuk mengatur perlaksanaan dan pembangunan dari hasil meeting dan seminar... forum... bengkel itu.
Melayu berjemaah sana sini membaca tahlil dan doa, sembahyang hajat sana sini... termasuk mendoakan agar hancur seorang melayu lain yang dia tak berkenan. Allah suruh bersatu (surah 61 assaf, ayat 4, aliimran ayat 103), tapi melayu berdoa dan berusaha, siap solat hajat lagi agar allah hancurkan saudaranya... allah suruh (seru) bekerja keras, tuntut ilmu, sampaikan ilmu, didik masyarakat dengan lemah lembut (walyatallattof)... Melayu tak buat, tapi Melayu suruh (seru) pula Allah untuk tambahkan ilmu di dadanya, suruh Allah Satukan hati kaumnya...
Untuk naik ke bulan... ini Kisah Melayu...
American cipta teknologi roket, Cina tolong menolong, berdiri di bahu kawan hingga ke atas, Melayu susun kertas dan idea yang diperolehi dalam seminar, bengkel, kursus, mesyuarat dan forum.
Ramai yang solat, namun tak tahu apa yang mereka katakan dalam solat. Ramai yang mengaji alquran tapi tak faham dengan apa yang di baca. Ramai yang berbaiah tapi melupakan janji setia.
Surah 61 , assaf ayat 2-3 allah katakan, ...
Hai orang yang beriman (kononnya) mengapa kamu katakan apa yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian Allah pada mu bahawa kamu berkata, tapi kamu tidak laksanakannya.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***