Sekarang di bawah naungan R&D kita ada sebuah kelab kereta iaitu Charity Car Club (C3). Jadi pada yg berminat pada riadah atau sukan permotoran sambil beramal ini boleh menyertai kelab ini dgn private msg kepada saya atau call saya 016 254 2354 atau dtg ke R&D Kajang utk mengisi borang dan terus menjadi ahli kelab kereta ini. Apabila ada aktiviti,saya akan sms ahli ahli yg telah mendaftar sebagai ahli. Terima Kasih.
Utk pengetahuan, pada 20/2 ini C3 akan pergi ke rumah kebajikan area KL/SEL (tempat tak ditetapkan lagi) buat pertama kali nya kita berkonvoi sambil beramal. Jadi cepat cepat menjadi ahli kelab kereta ini dan boleh menjalan kan aktiviti riadah sihat ini. Pada 27/2 ini pula C3 bergabung bersama kelab kancil (kpkp) akan berkonvoi ke simpang 4 Tanjung Malim utk pergi bersantai mandi air terjun dan akan singgah di beberapa lokasi rumah kebajikan utk tujuan derma.
quote: Originally posted by: zackbikers "Assalamualaikum.../// Wan...20/2 tu program yang saya cadangkan ke tu? Erm..cepatnya posting. Kalau iyer, saya akan arrangekan dengan NGO-NGO yang berkenaan. Insyaallah. "
ya betul tu.. ini program yg saudara zack usul kan .. jadi saya akan ambil update dari zack nanti .. saya posting awal bukan apa .. bagi saya perancangan awal ini penting bagi sesuatu projek yg kita nak lancarkan .. supaya nanti tak kelam kabut semua nya terlaksana dgn aman.
Utk saudara civic anda boleh dtg ke R&D Kajang utk isi borang atau terus berjumpa saya di Summit Usj Subang.
Okay..pada dasarnya, program ini akan mengumpulkan konvoi kereta C3 yang beramai-ramai akan berkumpul samada di Pusat Gerakan Ehsan Tsunami di Jalan Ledang ataupun di Dewan Serbaguna Keramat (AU3) bagi memindahkan barangan sumbangan ke dalam kereta masing-masing. Kemudian konvoi akan bergerak secara teratur dan sistematik menuju ke lokasi Rumah Kebajikan (dalam perancangan saya Rumah Kenangan Cheras yang terletak di Balakong) Dan setelah menyampaikan sumbangan, konvoi akan ke Kajang bagi makan sate kajang (Sendirian Berhad tau...takde peruntukan ni) Inilah basic plannya. Dalam seminggu ini, insyaallah berlaku perubahan dan penambahan dalam mana-mana aspek perancangan bergantung pada keizinan dan budi bicara kanda Mas.
ps: Wan...hang silap taip tu. Ada ka buh aku kanda. Jangan wei...kena tegur nanti aku kang.
assalamualaikum bro wanbos....kenape saye helo2 tak diangkat.....?dah banyak kali saye call....bukan nye ape saje nak tau camne nak jumpe brother wanbos nie... kalau lepas kije boleh ke...? sebab time kije susah le nak keluar lee....
quote: Originally posted by: latok "A'kum ///, next trip ke mana Ag Wan??? Summit USJ kat belah mana saya boleh jumpa Abg???"
Next trip belum konfem lagi bila .. Masih dalam perancangan yg teliti .. Saya keja kat Summit USJ tingkat 3. Tekan lif tingkat 3 pastu hala ke bowling centre .. calling saya di situ .. saya akan jemput sedara di situ .. Sonang jer ......