Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Inilah kehidupan....


Senior

Status: Offline
Posts: 144
Date:
Inilah kehidupan....


INILAH KEHIDUPAN


Assalamualaikum....meh kita kongsi sama2...


HIDUP KITA CUMA DIDALAM 3 HARI :


1. Semalam - Sudah menjadi sejarah
2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok - Hari yang belum pasti Hisablah hari pertama semuga hari yang kedua kita lebih baik
   dari hari yang pertama.  Jangan mengharap hari yang ketiga
   kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.


HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS :


1. Nafas Naik                                                                                                            2. Nafas Turun  Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.


Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafasyang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untukmeninggalkan dunia yang fana ini.


HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :


1. Hidup dalam keredhaan Allah
2. Hidup dalam kemurkaan Allah


HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :


1. Kekal didalam neraka.
2. Kekal didalam syurga.


Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka
hilanglah ia.Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin keSYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya...lalu dia
pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :-
1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita....Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati
Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.


~Wassalam~




 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 489
Date:

Assalamualaikum ...


Alhamdullilah ... satu artikel yang menarik ...



__________________
~~~@|||Andy|||@~~~


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

insyaallah

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard