KEDATANGAN 14 Februari setiap tahun dinanti-nantikan kebanyakan remaja bagi meluah atau menyatakan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Hari Valentine atau ‘Hari Kekasih’ disambut dengan pelbagai cara dan acara dari kiriman kad dan bunga hingga parti tari menari.
Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini, turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikannya hanya suka-suka dan terikut-ikut untuk keseronokan tanpa mengetahui sejarahnya.
Dalam The World Book Encyclopedia 1998 dijelaskan bahawa hari kasih sayang sebenarnya adalah budaya bangsa Rom Kuno (ancient Roman) yang diadakan setiap 13 hingga 18 Februari untuk menghormati Dewi Cinta.
Acara ini bermula pada 13 Februari, iaitu setiap gadis akan menuliskan namanya pada sehelai kertas dan memasukkannya ke dalam sebuah kotak. Kemudian pada 14 Februari setiap pemuda akan memilih satu lipatan kertas dalam kotak itu. Mereka akan hidup bersama perempuan yang ada namanya dalam lipatan kertas itu selama satu tahun. Jika dalam masa itu mereka menganggap diri masing-masing sesuai antara satu sama lain dan saling mencintai, maka kedua-duanya akan dinikahkan. Upacara ini dikenali sebagai Lupercalia.
Selepas agama Kristian memasuki Rom, maka mereka mengambil dan mewarnai upacara tradisi ini dengan unsur Kristian serta menjadikannya sebahagian daripada ajaran agama mereka.
Menurut Encyclopedia Britanica, pada 496 Masihi, Gelasius I menjadikan upacara ini satu bentuk daripada perayaan gereja dan menukar Lupercalia kepada Valentine's Day. Ia untuk menghormati St Valentine, iaitu seorang yang dianggap suci dalam agama Kristian yang kebetulan mati pada 14 Februari.
The Catholic Encyclopedia pula menjelaskan bahawa ada tiga orang suci (saint) dalam agama Kristian yang mempunyai nama Valentine. Mereka ialah orang yang dianggap memiliki jasa besar terhadap agama itu. Antara mereka ialah St Valentine yang hidup pada zaman Claudius II.
Mengikut beberapa sumber, Valentine, seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama itu di Rom.
Pada masa pemerintahannya, Claudius II memenjara orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa dalam penjara.
Dia walaupun berada dalam penjara, tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama itu di kalangan banduan. Valentine juga membantu tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini diketahui Raja Rom dan dia diseksa. Akhirnya dia dihukum bunuh pada 14 Februari.
Orang Kristian menganggap Valentine seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati antara seorang hamba dengan tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika dalam penjara, dia jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara. Pada akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis itu yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).
Maka orang Kristian mengambil sempena 14 Februari untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka, Valentine.
Kebiasaan mengirim surat pada Hari Valentine dimulakan oleh The Duke of Orleans yang dipenjara di Tower of London pada 1415.
Pada setiap 14 Februari, dia akan mengirimkan surat berupa puisi kasih sayang kepada isterinya di rumah.
Perbuatan ini kemudian ditiru oleh masyarakat Barat.
Berdasarkan penerangan di atas, jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Hari Valentine dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang Islam menyertainya kerana ia adalah hari perayaan bagi orang Kristian.
Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.
Hakikatnya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang antara umatnya.
Dalam Islam ada tiga kategori kasih. Pertama, kasih Pencipta (Allah) kepada hamba-Nya. Kedua, kasih hamba kepada Pencipta dan ketiga, kasih makhluk sesama makhluk.
Banyak ayat al-Quran dan hadis menyatakan mengenai hikmat dan besarnya faedah berkasih sayang.
Allah menjelaskan keagungan nikmat-Nya kepada makhluk-Nya melalui nikmat kasih sayang yang tafsirnya: "Dan (Dialah) yang menyatupadukan antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di muka bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan antara (hati) mereka." (Surah al-Anfaal, ayat 63).
Firman-Nya lagi bermaksud: “Lalu Allah menyatukan antara hati (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara." (Surah Ali Imran, ayat 103).
Dengan penjelasan ayat di atas bahawa Allah sangat mencela dan mengingatkan dengan keras terhadap perpecahan sesama makhluk. Allah juga memerintahkan umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah dan dilarang berpecah belah dan bermusuhan.
Kasih sesama makhluk pada sifatnya tidak kekal, ia bergantung kepada keadaan. Tetapi kasih hamba kepada pencipta-Nya dengan iman dan takwa dan kasih Pencipta kepada hamba-Nya adalah berkekalan. Hal ini jelas seperti firman Allah bermaksud:
"Katakanlah (Wahai Muhammad saw): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui." (Surah Ali Imran, ayat 31).
Oleh itu, sebaik-baiknya hendaklah setiap orang Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih’ yang dicipta oleh orang Kristian. Sebaliknya, hendaklah menumpukan masa dan waktu kepada Allah dengan melakukan perkara yang mendatangkan manfaat, yang matlamat akhirnya menghidupkan cinta kepada Allah.
‘Hari Kekasih’ yang dibawa oleh orang Barat tanpa disedari bertujuan meleka dan merosakkan akhlak masyarakat Islam.
Bagi menjelaskan masalah sebilangan remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya asing, al-Quran memberi pengajaran dan ingatan kepada umat Islam, bahawa orang Yahudi dan Kristian akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut kehendak mereka. Allah berfirman bermaksud :
"Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar." Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (mengenai kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belit maksudnya), mereka itulah orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya, maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah al-Baqarah, ayat 120-121)
Ayat ini memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa orang Yahudi dan Nasrani itu akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka.
Pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian orang Islam. Malangnya, masih ada umat Islam yang tidak menyedari hakikat ini. Maka, bukan sedikit dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka. Kononnya, menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bersalahan dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan akhlak dan budi pekerti mulia.
Oleh itu, sebagai orang Islam kita hendaklah membuat sesuatu perkara itu dengan mengikut landasan Islam yang sebenar. Mengamalkan adat dan budaya Melayu yang sopan lagi tertib tidaklah salah, asalkan tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.
Harus diingat mengamal dan mengikut budaya asing, terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perkara seperti ini bukan saja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka.
kita ada budaya kita sendiri. sejarah telah membuktikan keruntuhan moral sesuatu bangsa itu, banyak di pengaruhi oleh sikap & budaya bangsa itu sendiri.
Pada pendapat saya, konsep Hari Berkasih Sayang ni secara umumnya baik, tetapi dari mana budaya ini datang iaitu dari agama Kristian yang dinamakan St Valentine Day mencemarkan segala-galanya.
Kita mengkritik dan menguttuk pada yang menyambutnya di negara kita, tapi adakah usaha dari kita sendiri untuk cuba mencari jalan menyelesaikannya? Berbagai fatwa dan nasihat di keluarkan, tetapi gejala ini masih berulang.
Hari Kekasih..maksudnya luas. Bukan untuk pasangan kekasih lelaki dan perempuan sahaja tetapi kita boleh andaikan kasih antara ibu dan anak, bapa dan anak, cucu dan datuk/nenek, kasih pada Allah, kasih pada binatang peliharaan, kasih pada alam semulajadi dan bermacam-macam kasih lagi. Ada yang mengatakan bahawa tak perlu satu hari sahaja berkasih, tetapi tiap-tiap hari, tapi mampukah kita tiap-tiap hari menunjukkan kasih kita secara simbolik dan istimewa lain dari hari-hari biasa. Hari Kekasih adalah simbolik kepada rasa kasih. Dimana hari tersebut sebuk semua berbuat sesuat bagi menunjukkan kasihnya pada sesuatu yang dikasihnya dengan cara yang berlainan dan istimewa selain daripada hari-hari biasa.
Jadi jika ini perkara yang baik, kenapa kita tidak Malaysiakan hari tersebut? Kenapa kita tidak boleh wujudkan satu tarikh dan hari berlainan untuk kita isytiharkan Hari Kekasih Malaysia selaras dengan konsep umum penduduk Malaysia dan tidak cenderung pada mana-mana agama.
Mana perginya Lembaga Penduduk dan Keluarga Malaysia? Mana perginya NGO? Jangan tau menegah dan mengutuk. Lakukan sesuatu untuk menyelesaikannya. Jangan biarkan belia Islam kita hanyut meraikan hari kebesaran yang diujudkan oleh pihak Kristian. Cipta hari kita sendiri dan lawan St. Valentine Day 14 Februari itu.
jangan senteng sangat fikiran kita, betul kata orang lama, bangsa melayu ni kalau sesuatu yang baru tu mmg susah nak terima asyik menentang saja, tapi bila dah terima dia pulak yang lebih lebih dari bangsa lain. cuba pandang dari sudut yang baik, jangan asyik negative saja, kalau nak ikut kan dari segi berpakaian rasa nya dah terlalu ramai yang mengikut cara kuffar tu, tapi tak de pulak yang nak membebel macam bebel tentang ari valentine ni, tapi banyak hari hari sambutan mereka yang kita war war kan, contoh ari bapa, ari ibu, ari tah apa apa hari lagi dek terlalu banyak terlupa lak nak sebut, ha sambut jer la ari kekasih masa besday bini ker, masa ari ulang tahun perkahwinan ker? masa ari ibu ker? masa ari bapa ker? ekekeke tambah lagi masa ari valentine ubah la sikit buat la doa selamat ker? insyaallah bertambah saiyang bini u all, tentu dia sudi nak sain borang lagi satu ahahahaha ekekeke jangan marah ahahahaha maaf kanda kanda dinda nak bersenda gurau ekekeke
kalau den bagi hadiah dokek kucing yang kat umah den tue boleh tak...ermmm camner maksud dikatakan meraikan sambutan hari kekasih tue...camno cara sambutan tue...cubo bagi tau skit hah...kalau kito kuar dongan pasangan kito pada hari 14 feb..adakah itu dikata menyambut hari kekasih...?
Semua bergantung pada niat Fit ... kalau kita keluar, tak semestinya kita raikan ... kalau niat nak keluar ngan kucing kau tu atas niat nak berjumpa, apa salahnya ... cuma jangan keluar ngan Nurul sudah !!!!!!!
buat pengetahuan korang aku tgh dating ngan nurul laa nie...skang nie aku ngan nurul kat depan pc pejabat R&D...takdo laa den nak bwk kuar der...bwk kuar nanti jadi maksiat..elok kita bwk gi R&D...maruah terselamat dan tiada fitnah-fitnah...cam korang...ahaks...sambil tue leh laa dapat ilmu dari abg mas...tak laa rugi masa...pembaziran masa tue Allah tak suka...
Surah Al-'Ashr(Ayat 1) Demi masa.(Ayat 2) Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, (Ayat 3) kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
bawak nurul kuar pun duit eden abih duit nurul pun abih...lopeh tue takdo keuntungan yang aku dapat..silap2 boleh ke kancah kemaksiatan...nauzzubillah
hah tue tadi buah 103 aku bagi....korang praktikan laa ngan adik beradik kat luar...tunjuk buah yang ke 103....
aku mungkin org baru dalam forommm ini tapi tak salah kan aku nk buat ulasan sikit.... sebak kita kan adik beradik sehati sejiwa...
bagi aku buat apa kita nk ikut cara barat yg tak senonoh atau boleh di katakan tak semengah... banyak lagi budaya kita yg murni yg kita boleh ikut ini budaya qafir juga kita nk folo... buat apa setakat nk buat dosa..... baik tak payah.... org org yg menyambut hari kekasih ini betul betul tak ader pendirian diri dan agam, secara tidak langsung boleh menjatuh kan maruh islam yg munir lagi bersih hanya dgn sesetengah gologan yg taksuk dgn benda benda ni.... bukan tak boleh nk foya foya ader batasnyer kalau kita nk enjoy... apa kata kita luang kan masa sikit untuk agama kita dan negara... aku cerita ni aku pun bukan kuat agama bukan baik juga pun tapi sebagai insan yg lemah aku nk juga belajar nk juga perubahan diri, masa bila nk tgk org melayu(islam) hanya dipandang kebawah je oleh org org qafir....
wahai kawan kawan ku sedarlah kan diri ini entah bila kita akan tiada di bumi allah ini oleh itu igat lah agama... jgn setakat hanya nk berfoya foya sahaja...
quote: Originally posted by: noc graffin "buat pengetahuan korang aku tgh dating ngan nurul laa nie...skang nie aku ngan nurul kat depan pc pejabat R&D...takdo laa den nak bwk kuar der...bwk kuar nanti jadi maksiat..elok kita bwk gi R&D...maruah terselamat dan tiada fitnah-fitnah...cam korang...ahaks...sambil tue leh laa dapat ilmu dari abg mas...tak laa rugi masa...pembaziran masa tue Allah tak suka... Surah Al-'Ashr(Ayat 1) Demi masa.(Ayat 2) Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, (Ayat 3) kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. bawak nurul kuar pun duit eden abih duit nurul pun abih...lopeh tue takdo keuntungan yang aku dapat..silap2 boleh ke kancah kemaksiatan...nauzzubillah hah tue tadi buah 103 aku bagi....korang praktikan laa ngan adik beradik kat luar...tunjuk buah yang ke 103...."
Alhamdullilah buat saudara Fit kita ...
Renungilah buah nie pulak, Surah Al-Baqarah ayat 165 : (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
quote: Originally posted by: noc graffin "kalau den bagi hadiah dokek kucing yang kat umah den tue boleh tak...ermmm camner maksud dikatakan meraikan sambutan hari kekasih tue...camno cara sambutan tue...cubo bagi tau skit hah...kalau kito kuar dongan pasangan kito pada hari 14 feb..adakah itu dikata menyambut hari kekasih...?"
Ala Fit, apa susah. Ko tangkap kucing tu. Ko bawak masuk bilik air, ko mandikan dia, syampukan dia wangi-wangi, hair dryer dia pastu buh bedak banyak-banyak. Pastu ko beli biskut Manja ngan ikan kembung....ko bagi dia makan sampai kenyang. Tu dah kira sayang kat kucing tu. Dapat gak pahala.
Surah Al Balad, Ayat 17
Dan dia (tidak pula) termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang.
Ikut budaya kita,berbudi bahasa,sopan santun,beradat dll...jgn duk ikut budaya Barat...org lain buat,kita pun nak ikut...fikir la baik buruk...tepuk dada,jangan tanya selera...tanya iman...
quote: Originally posted by: zackbikers " Ala Fit, apa susah. Ko tangkap kucing tu. Ko bawak masuk bilik air, ko mandikan dia, syampukan dia wangi-wangi, hair dryer dia pastu buh bedak banyak-banyak. Pastu ko beli biskut Manja ngan ikan kembung....ko bagi dia makan sampai kenyang. Tu dah kira sayang kat kucing tu. Dapat gak pahala.
tapi bro kuncing esay nie kalau nak kuar ngan esay dio nak pakai kasut bola...camno nak buek tue...