Sepanjang minggu pelbagai komen dilontarkan terhadap kes serbuan anggota penguatkuasa JAWI di sebuah kelab malam eksklusif di Jalan Ampang Kuala Lumpur pada 20 Januari baru-baru ini. Hampir 100 orang penganut Islam termasuk hampir 50 peratus wanita telah ditahan kerana dikatakan berpakaian tidak senonoh dan meminum arak.
Isu ini menjadi sensasi kerana kebanyakkan yang ditahan melalui kenalan dan keluarga masing-masing yang rata-rata merupakan golongan elit dan berpendapatan tinggi di KL telah membuat bantahan dengan memberikan pelbagai reaksi buruk melalui saluran media terhadap para pegawai JAWI yang telah menjalankan tugas.
Maka akhbar media perdana termasuklah beberapa laman web khususnya yang berbahasa Inggeris telah memberikan liputan menyeluruh terhadap kejadian ini termasuklah memuatkan komen dari tokoh-tokoh politik yang membela dan mempertahankan mereka yang ditahan, kebanyakkannya tokoh-tokoh Umno belaka. Yang memberikan komen termasuklah Shahrizat Jalil, Noraini Ahmad Ketua Puteri Umno Malaysia, Rais Yatim, Shahril Samad dan lain-lain.
Siang tadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam Dr Abdullah Mohd Zain akhirnya bersuara. Dan dari kenyataan beliau maka ketahuilah kita bahawa kejadian tersebut berlaku di ZOUK CLUB. Untuk makluman di Zouk Club inilah satu ketika dahulu beberapa penari wanita Melayu pernah ditahan kerana menari separuh bogel dalam program anjuran kelab maksiat tersebut.
Kata Abdullah pihak JAWI bertindak kerana mendapat aduan orang-ramai lantaran PESTA ARAK yang dianjurkan pada malam tersebut di kelab itu.Dan tambah Abdullah lagi para pegawai JAWI telah bertindak berdasarkan pemahaman mereka terhadap enakmen ataupun undang-undang yang sedia ada!
Soal samada benar ataupun tidak para pegawai JAWI bertindak kasar ataupun diluar batasan undang-undang bagi saya adalah soal kedua. Yang utama yang perlu diperhatian adalah PESTA ARAK itu sendiri yang dianjurkan oleh kelab yang memang memiliki rekod melanggar peraturan yang ada. Tambahan PESTA ARAK itu dihadiri pula oleh penganut Islam yang menurut Abdullah sendiri adalah salah.
Mengapa pemimpin Umno seumpama Shahrizat, Noraini, Rais dan Shahril membela umat Islam yang bermasalah ini? Tahukah mereka bahawa yang tertuduh menghadiri PESTA ARAK yang sah bertentangan dengan Islam, agama anutan orang-orang Umno juga? Mengapa JAWI yang diserang? Sehinggakan ada pihak NGO yang terkenal keliru iaitu Sisters in Islam mengeluarkan kenyataan bahawa perlakuan individu Islam adalah masalah mereka sendiri bukannya satu jenayah sebagaimana yang dipaparkan oleh akhbar THE STAR 2 Febuari lalu di bawah tajuk:
PERSONAL SIN NOT CRIMINAL: SISTERS IN ISLAM
Jika tidak silap saya Dewan Bandaraya KL pernah satu ketika dahulu menggantung lesen kelab bedebah ini, tapi kini ia masih beroperasi dan lebih mewah dan berani lagi.
Kini isu ini menjadi semakin kusut dan bercelaru. Akhbar THE STAR hari ini cuba mengalihkan hakikat dengan membuat laporan di bawah tajuk:
UMNO AND PAS SPLIT OVER DISCO RAID
Memang PAS melalui Dewan Pemudanya telah mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan JAWI khususnya dalam hal pembenterasan maksiat ini. Namun yang sebenarnya bercelaru dan berselisih pendapat adalah sesama Umno sendiri. Menteri Agama kata tindakan JAWI berasas, Menteri Wanita pula kata JAWI keterlaluan. Rais Yatim pula kata nahi mungkar adalah kerja anggota keluarga masing-masing.
Pada waktu yang sama Pak Lah pengasas Islam Hadhari pula berucap di Langkawi meminta supaya umat Islam memberikan tumpuan mempertahankan imej masing-masing di mata dunia. Mana satu yang betul ni?
Dalam keadaan maksiat berlaku di depan mata pun kita masih berdolak-dalik mempersendakan hukum Allah. Kita membela maksiat mencela pencegah maksiat. Inikah yang dikatakan ULIL AMRI MINKUM, wallahualam.
unit kebajikan & dakwah di RnD boleh leh memberi pandangan serta jika ada kemungkinan boleh sama-sama mengambil bahagian untuk mencegah mahupun memantau perkara ini.
jika di biarkan ' AMAR MAA RUH NAHI MUNGKAR ' yang kita perjuangankan mungkin tidak dapat di laksanakan secara meluas.
Senang ceritanya macam nie ... tak yah pergi tempat tempat macam nie ... nak buat apa ? Masuk kena bayar, lebih kurang RM30 ... baik duit tu buat pi kursus kat Kajang ... mendalami perjuangan kita sebagai umat Islam ... kan lebih baik ? Disco disco nie semua hiburan duniawi, tak terfikir ke tentang "hiburan" di akhirat nanti ?
Pelajarilah ilmu di dunia untuk kegunaan di akhirat nanti ... bukannya belajar macam mana nak masuk disco free ... belajar macam mana nak masuk syurga free !!!
So diharap adik beradik dan juga semua umat Islam jauhi tempat tempat macam nie kerana di SANA nanti takkan ditanya berapa banyak disco kau dah masuk, berapa banyak botol arak kau boleh habis minum !!!
Surah Al-Baqarah ayat 28 : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
Surah Al-Baqarah ayat 48 : Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab) dan tidak diterima syafaat daripadanya dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.
So my fellow muslims, take a deep breath and think, why are we born on this Allah's world and what are we suppose to do while we are here ...
Apabila kamu lihat kemungkaran... cegahlah dengan tangan (jika kamu berkuasa),
Jika tidak mampu, cegahlah dengan mulut (nasihat),
Jika tidak maka cegahlah dengan hati, dan itu adalah sedoif-doif Iman....
Ramai yang menganggap Doif hanya bermakna lemah. Padahal dalam kamus arab ada satu lagi makna doif yang menunjukkan penonjolan atau penggerak yang memberikan kekuatan. Ini lah yang telah dilakukan oleh baginda Rasulullah apabila seluruh kaumnya telah tidak minat memikirkan amar makruf dan nahyil mungkar. Masing masing leka dan lalai di buai kesenangan yang telah allah anugerahkan.
Bagaimana pencegahan dengan hati akan menjadikan atau membentuk satu kekuatan...?
Cuba bayangkan dengan akal yang waras,... bolehkah tangan dan mulut berfungsi mencegah jika hati sendiri tidak mahu untuk melakukannya (mencegahnya) ..?
Bayangkan pula, jika semakin ramai di antara kita yang berjaya memujuk hati ini agar membenci kemungkaran, perpecahan dan bertindak mencari wadah untuk menyatu agar mereka yang telah membenci dan ingin mencegah dengan hati ini sama sama bersatu dan menyatu untuk membentuk usaha mencegah kemungkaran. Jika mereka yang tidak berkuasa dan bertenaga ini di kumpulkan menjadi satu, bukan kah akhirnya nanti ia boleh membentuk satu suara dan kuasa yang tegas... yang datang bukan dari individu yang lemah ini, tetapi dari jemaah yang dibentuknya...
Kesimpulannya, jangan kita banyak cakap komen itu dan ini, jika kita sendiri masih enggan mengorak langkah yang serius untuk membentuk jemaah yang bersatu dengan sebenar benarnya, seikhlas ikhlasnya, berlandaskan satu faham yang jelas dan tidak bercanggah canggah seperti sekarang ini. Bukti kita bersatu ialah kita berjemaah, bermesyuarat / syuro setiap minggu dan mengatur program agar terserlah kebaikan jemaah ini... bukan sekadar mengutarakan isu dan saran dan kembali duduk mengasingkan diri, tanpa sebarang usaha untuk membantu jemaah kita.
-- Edited by pekida at 05:04, 2005-02-14
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
igat lah wahai kawan kawan semua esok atau lusa kita akan mati... oleh itu pandai pandai lah bawa diri itu jgn lh tersilap langkah... bila sekali tersilap langkah neraka jahanam lah kita ini....
Menurut sebuah kajian bir Carlsberg yang berasal dari Denmark merupakan salah satu jenama bir yang paling laris di dunia. Salah sebuah negara dimana bir ini dikilang dan dijual secara meluas untuk pasaran Asia Tenggara adalah Malaysia. Malah syarikat ini disenaraikan di Bursa Malaysia dan diniagakan pada harga RM10.60 se unit yang meletakkannya di kategori saham mewah.
Menerusi kilangnya yang terletak di Shah Alam Carlsberg menghasilkan produk birnya yang jualannya untuk tahun 2003 sahaja mencecah RM900 juta. Menurut Pengarah Urusannya sebagaimana dilaporkan di THE STAR hari ini hasil pendapatan dari jualan ini mencecah RM100 juta setahun iaitu satu pencapaian terbaik yang tidak dapat ditandingi oleh para pesaingnya yang lain.
Demikianlah betapa industri yang menghasilkan produk yang diharamkan oleh Islam maju, subur dan berjaya di dalam negara kita yang kononnya mahu kembali kepada Islam. Mungkin ada yang mengatakan bahawa bir ini dibenarkan lantaran ianya diminum cuma oleh rakyat Malaysia yang bukan Islam, sejauh manakah kebenaran kenyataan ini ekoran peristiwa serbuan JAWI di Zouk baru-baru ini?
Industri yang diharamkan oleh Islam ini selain dari produknya turut dinikmati oleh masyarakat Islam, tiada larangan terhadap umat Islam untuk bekerja di syarikat dan kilangnya. Malah sahamnya yang diniagakan di Bursa Malaysia boleh dibeli oleh mana-mana individu atau badan korporat Islam tanpa larangan. Orang Islam juga boleh menjadi pengarah syarikat ini.
Sikap keterbukaan Malaysia turut menyaksikan anak-anak Melayu Islam dibenarkan menjadi pengarah dan pemegang saham disampin pekerja diindustri perjudian satu lagi industri yang jelas haramnya disisi Islam.
Yang membimbangkan kadangkala dalam usahanya meraih publisiti syarikat-syarikat ini termasuklah Carlsberg turut dibenarkan terlibat dalam kerja-kerja amal, membantu masyarakat miskin, anak-anak yatim termasuklah yang beragama Islam! Terus sahaja hasil mungkar ini dijolok ke dalam tembolok anak-anak serta masyarakat Islam yang dalam kesusahan kononnya atas alasan kebajikan dan kerja amal.
Kesimpulannya bagaimana kita mahu bercakap berkenaan agenda Islam dalam maupun luar negara sedangkan kita secara sedar memikul dibelakang bahu kita kerja-kerja kotor yang dilarang dan dilaknat oleh Allah swt. Carlsberg saya yakin akan terus subur dan meraih keuntungan dan kita akan terus bertanggungjawab di hadapan Allah swt oleh kerana tangan yang Allah kurniakan kepada kita telah kita gunakan untuk memungkinkan syarikat ini terus maju dan makmur.
isk...isk...isk...JAWI gak kena...kalau takder JAWI,maka maksiat semakin berleluasa la disana sini...tugas pegawai Penguatkuasa JAWI amat berat kerana mereka terpaksa berdepan dgn masalah sosial yang bermacam-macam jenis di kota metropolitan ni...pegawai JAWI Disini semua adalah kenalan saya...cuba lah tanya mereka,adakah mereka bebas selepas kes2 seperti ini... mereka telah acapkali di ancam dan diugut oleh berbagai pihak yang buta Islam...cermin kereta mereka dipecahkan dan bermacam-macam lagi...Ingat lah...ini periuk nasi mereka...tugas mereka mulia...Amar Makruf Nahi Mungkar Tau...mcm jeslina hashim tu,kalau awak semua tgk melodi ahad lepas,awak semua bley tahu,dia ni memang buta agama...saya tak suka nak ulas panjang...tapi hilang respek kat dia...mati lagi baik dia tu...Sayangilah Iman Kita///
__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah...
|||aJiMsEnT|||
saya tertarik dengan huraian dari saudara wann,ampang ... pendapat kami tak jauh bezanya.
Tanpa tindakan menyeluruh dari setiap lapisan tak terjadi sesuatu benda melainkan datang dari hidayat allah sendiri...
Kita ambil contoh Hard Rock Cafe(HRC) ... sepanjang hidup saya menjadi remaja,salah satu tempat yang tak mungkin Jawi membuat serbuan ialah HRC.
Tk payah la saya terangkan kerana apa ... kaji sendiri sapa yang duduk di kerusi pengurusan HRC...
Saya ada adik ... so peranan saya sebagai abang tak nak adik pergi tempat itu ... kalu nak dinner tak pe... peranan jawi membenteras ranting2 maksiat....
Ape peranan org yang duduk di kerusi pengurusan HRC.... ???
quote: Originally posted by: noc graffin "salam/// maksiat? hmm... maksiat kan banyak cabang.... maksiat macam mana yang di maksudkan?"
betul tu noc... maksiat nie macam-macam......
jgn salah hukum sudah lah...
maksiat paling banyak kat semua pub n disko.. cuba hang halang maksiat kat dalam sana tu.. mana lah tau hang jumpa rakan seperjuang kau ke ices.... boleh lah kau siat hidup-hidup .. nak port nya tak .. kau gi kat dangdut mawar biru.. otai-otai banyak beb