Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Antara maksiat dan pencegah maksiat


Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:
Antara maksiat dan pencegah maksiat


Sepanjang minggu pelbagai komen dilontarkan terhadap kes serbuan anggota penguatkuasa JAWI di sebuah kelab malam eksklusif di Jalan Ampang Kuala Lumpur pada 20 Januari baru-baru ini. Hampir 100 orang penganut Islam termasuk hampir 50 peratus wanita telah ditahan kerana dikatakan berpakaian tidak senonoh dan meminum arak.


Isu ini menjadi sensasi kerana kebanyakkan yang ditahan melalui kenalan dan keluarga masing-masing yang rata-rata merupakan golongan elit dan berpendapatan tinggi di KL telah membuat bantahan dengan memberikan pelbagai reaksi buruk melalui saluran media terhadap para pegawai JAWI yang telah menjalankan tugas.



Maka akhbar media perdana termasuklah beberapa laman web khususnya yang berbahasa Inggeris telah memberikan liputan menyeluruh terhadap kejadian ini termasuklah memuatkan komen dari tokoh-tokoh politik yang membela dan mempertahankan mereka yang ditahan, kebanyakkannya tokoh-tokoh Umno belaka. Yang memberikan komen termasuklah Shahrizat Jalil, Noraini Ahmad Ketua Puteri Umno Malaysia, Rais Yatim, Shahril Samad dan lain-lain.



Siang tadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam Dr Abdullah Mohd Zain akhirnya bersuara. Dan dari kenyataan beliau maka ketahuilah kita bahawa kejadian tersebut berlaku di ZOUK CLUB. Untuk makluman di Zouk Club inilah satu ketika dahulu beberapa penari wanita Melayu pernah ditahan kerana menari separuh bogel dalam program anjuran kelab maksiat tersebut. 


  Kata Abdullah pihak JAWI bertindak kerana mendapat aduan orang-ramai lantaran PESTA ARAK yang dianjurkan pada malam tersebut di kelab itu.Dan tambah Abdullah lagi para pegawai JAWI telah bertindak berdasarkan pemahaman mereka terhadap enakmen ataupun undang-undang yang sedia ada!



Soal samada benar ataupun tidak para pegawai JAWI bertindak kasar ataupun diluar batasan undang-undang bagi saya adalah soal kedua. Yang utama yang perlu diperhatian adalah PESTA ARAK itu sendiri yang dianjurkan oleh kelab yang memang memiliki rekod melanggar peraturan yang ada. Tambahan PESTA ARAK itu dihadiri pula oleh penganut Islam yang menurut Abdullah sendiri adalah salah.


Mengapa pemimpin Umno seumpama Shahrizat, Noraini, Rais dan Shahril membela umat Islam yang bermasalah ini? Tahukah mereka bahawa yang tertuduh menghadiri PESTA ARAK yang sah bertentangan dengan Islam, agama anutan orang-orang Umno juga? Mengapa JAWI yang diserang? Sehinggakan ada pihak NGO yang terkenal keliru iaitu Sisters in Islam mengeluarkan kenyataan bahawa perlakuan individu Islam adalah masalah mereka sendiri bukannya satu jenayah sebagaimana yang dipaparkan oleh akhbar THE STAR 2 Febuari lalu di bawah tajuk:


 PERSONAL SIN NOT CRIMINAL: SISTERS IN ISLAM


Jika tidak silap saya Dewan Bandaraya KL pernah satu ketika dahulu menggantung lesen kelab bedebah ini, tapi kini ia masih beroperasi dan lebih mewah dan berani lagi.


 Kini isu ini menjadi semakin kusut dan bercelaru. Akhbar THE STAR hari ini cuba mengalihkan hakikat dengan membuat laporan di bawah tajuk:


 UMNO AND PAS SPLIT OVER DISCO RAID



Memang PAS melalui Dewan Pemudanya telah mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan JAWI khususnya dalam hal pembenterasan maksiat ini. Namun yang sebenarnya bercelaru dan berselisih pendapat adalah sesama Umno sendiri. Menteri Agama kata tindakan JAWI berasas, Menteri Wanita pula kata JAWI keterlaluan. Rais Yatim pula kata nahi mungkar adalah kerja anggota keluarga masing-masing.



Pada waktu yang sama Pak Lah pengasas Islam Hadhari pula berucap di Langkawi meminta supaya umat Islam memberikan tumpuan mempertahankan imej masing-masing di mata dunia. Mana satu yang betul ni?



Dalam keadaan maksiat berlaku di depan mata pun kita masih berdolak-dalik mempersendakan hukum Allah. Kita membela maksiat mencela pencegah maksiat. Inikah yang dikatakan ULIL AMRI MINKUM, wallahualam.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 198
Date:

udah..udah laa...bawak taubat..


dunia dah akhir zaman pon tak sedar..isk..


Ya Allah..ampunilah dosa-dosa hambamu ini..Amin..



__________________
***amar makruf nahyil munkar***


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

..........


unit kebajikan & dakwah di RnD boleh leh memberi pandangan serta jika ada kemungkinan boleh sama-sama mengambil bahagian untuk mencegah mahupun memantau perkara ini.


jika di biarkan ' AMAR MAA RUH NAHI MUNGKAR ' yang kita perjuangankan mungkin tidak dapat di laksanakan secara meluas.


 


yg baik itu dtg dari ALLAH


yg buruk itu dtg dari hamba mu



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 489
Date:

Assalamualaikum ...


Senang ceritanya macam nie ... tak yah pergi tempat tempat macam nie ... nak buat apa ? Masuk kena bayar, lebih kurang RM30 ... baik duit tu buat pi kursus kat Kajang ... mendalami perjuangan kita sebagai umat Islam ... kan lebih baik ? Disco disco nie semua hiburan duniawi, tak terfikir ke tentang "hiburan" di akhirat nanti ?


Pelajarilah ilmu di dunia untuk kegunaan di akhirat nanti ... bukannya belajar macam mana nak masuk disco free ... belajar macam mana nak masuk syurga free !!!


So diharap adik beradik dan juga semua umat Islam jauhi tempat tempat macam nie kerana di SANA nanti takkan ditanya berapa banyak disco kau dah masuk, berapa banyak botol arak kau boleh habis minum !!!


Surah Al-Baqarah ayat 28 : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).


Surah Al-Baqarah ayat 48 : Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab) dan tidak diterima syafaat daripadanya dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.


So my fellow muslims, take a deep breath and think, why are we born on this Allah's world and what are we suppose to do while we are here ...



-- Edited by Andy_9126 at 04:23, 2005-02-14

__________________
~~~@|||Andy|||@~~~


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

Sabda Rasulullah s.a.w.


Apabila kamu lihat kemungkaran... cegahlah dengan tangan (jika kamu berkuasa),


Jika tidak mampu, cegahlah dengan mulut (nasihat),


Jika tidak maka cegahlah dengan hati, dan itu adalah sedoif-doif Iman....


Ramai yang menganggap Doif hanya bermakna lemah. Padahal dalam kamus arab ada satu lagi makna doif yang menunjukkan penonjolan atau penggerak yang memberikan kekuatan. Ini lah yang telah dilakukan oleh baginda Rasulullah apabila seluruh kaumnya telah tidak minat memikirkan amar makruf dan nahyil mungkar. Masing masing leka dan lalai di buai kesenangan yang telah allah anugerahkan.


Bagaimana pencegahan dengan hati akan menjadikan atau membentuk satu kekuatan...?



  1. Cuba bayangkan dengan akal yang waras,... bolehkah tangan dan mulut berfungsi mencegah jika hati sendiri tidak mahu untuk melakukannya (mencegahnya) ..?
  2. Bayangkan pula, jika semakin ramai di antara kita yang berjaya memujuk hati ini agar membenci kemungkaran, perpecahan dan bertindak mencari wadah untuk menyatu agar mereka yang telah membenci dan ingin mencegah dengan hati ini sama sama bersatu dan menyatu untuk membentuk usaha mencegah kemungkaran. Jika mereka yang tidak berkuasa dan bertenaga ini di kumpulkan menjadi satu, bukan kah akhirnya nanti ia boleh membentuk satu suara dan kuasa yang tegas... yang datang bukan dari individu yang lemah ini, tetapi dari jemaah yang dibentuknya...

Kesimpulannya, jangan kita banyak cakap komen itu dan ini, jika kita sendiri masih enggan mengorak langkah yang serius untuk membentuk jemaah yang bersatu dengan sebenar benarnya, seikhlas ikhlasnya, berlandaskan satu faham yang jelas dan tidak bercanggah canggah seperti sekarang ini. Bukti kita bersatu ialah kita berjemaah, bermesyuarat / syuro setiap minggu dan mengatur program agar terserlah kebaikan jemaah ini... bukan sekadar mengutarakan isu dan saran dan kembali duduk mengasingkan diri, tanpa sebarang usaha untuk membantu jemaah kita.


 



-- Edited by pekida at 05:04, 2005-02-14

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Senior

Status: Offline
Posts: 489
Date:

Assalamualaikum ...


Alhamdullilah bang ... lagi terang ... Alif lam mim ...



__________________
~~~@|||Andy|||@~~~


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

a`kum...///


dunia akhir zaman ni macam2 yang berlaku...///



__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Senior

Status: Offline
Posts: 161
Date:

Assalamualaikum?


/// Bersama kita mencegah kemungkaran dan memperbanyakan kebaikkan///


anil


///



__________________
/// ANGAH /// Kulim ///


Senior

Status: Offline
Posts: 131
Date:

igat lah wahai kawan kawan semua esok atau lusa kita akan mati... oleh itu pandai pandai lah bawa diri itu jgn lh tersilap langkah... bila sekali tersilap langkah neraka jahanam lah kita ini....

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:

Dpt dr website


Menurut sebuah kajian bir Carlsberg yang berasal dari Denmark merupakan
salah satu jenama bir yang paling laris di dunia. Salah sebuah negara
dimana bir ini dikilang dan dijual secara meluas untuk pasaran Asia
Tenggara adalah Malaysia. Malah syarikat ini disenaraikan di Bursa Malaysia
dan diniagakan pada harga RM10.60 se unit yang meletakkannya di
kategori saham mewah.

Menerusi kilangnya yang terletak di Shah Alam Carlsberg menghasilkan
produk birnya yang jualannya untuk tahun 2003 sahaja mencecah RM900 juta.
Menurut Pengarah Urusannya sebagaimana dilaporkan di THE STAR hari ini
hasil pendapatan dari jualan ini mencecah RM100 juta setahun iaitu satu
pencapaian terbaik yang tidak dapat ditandingi oleh para pesaingnya
yang lain.

Demikianlah betapa industri yang menghasilkan produk yang diharamkan
oleh Islam maju, subur dan berjaya di dalam negara kita yang kononnya
mahu kembali kepada Islam. Mungkin ada yang mengatakan bahawa bir ini
dibenarkan lantaran ianya diminum cuma oleh rakyat Malaysia yang bukan
Islam, sejauh manakah kebenaran kenyataan ini ekoran peristiwa serbuan JAWI
di Zouk baru-baru ini?

Industri yang diharamkan oleh Islam ini selain dari produknya turut
dinikmati oleh masyarakat Islam, tiada larangan terhadap umat Islam untuk
bekerja di syarikat dan kilangnya. Malah sahamnya yang diniagakan di
Bursa Malaysia boleh dibeli oleh mana-mana individu atau badan korporat
Islam tanpa larangan. Orang Islam juga boleh menjadi pengarah syarikat
ini.

Sikap keterbukaan Malaysia turut menyaksikan anak-anak Melayu Islam
dibenarkan menjadi pengarah dan pemegang saham disampin pekerja diindustri
perjudian satu lagi industri yang jelas haramnya disisi Islam.

Yang membimbangkan kadangkala dalam usahanya meraih publisiti
syarikat-syarikat ini termasuklah Carlsberg turut dibenarkan terlibat dalam
kerja-kerja amal, membantu masyarakat miskin, anak-anak yatim termasuklah
yang beragama Islam! Terus sahaja hasil mungkar ini dijolok ke dalam
tembolok anak-anak serta masyarakat Islam yang dalam kesusahan kononnya
atas alasan kebajikan dan kerja amal.

Kesimpulannya bagaimana kita mahu bercakap berkenaan agenda Islam dalam
maupun luar negara sedangkan kita secara sedar memikul dibelakang bahu
kita kerja-kerja kotor yang dilarang dan dilaknat oleh Allah swt.
Carlsberg saya yakin akan terus subur dan meraih keuntungan dan kita akan
terus bertanggungjawab di hadapan Allah swt oleh kerana tangan yang Allah
kurniakan kepada kita telah kita gunakan untuk memungkinkan syarikat
ini terus maju dan makmur.


Wallahualam



__________________
wann


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:

Amar Makruf Nahyil Mungkar...jangan korang duk buek Amar Mungkar Nahyil Makruf...

__________________
"WoKeY JeR"


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

isk...isk...isk...JAWI gak kena...kalau takder JAWI,maka maksiat semakin berleluasa la disana sini...tugas pegawai Penguatkuasa JAWI amat berat kerana mereka terpaksa berdepan dgn masalah sosial yang bermacam-macam jenis di kota metropolitan ni...pegawai JAWI Disini semua adalah kenalan saya...cuba lah tanya mereka,adakah mereka bebas selepas kes2 seperti ini... mereka telah acapkali di ancam dan diugut oleh berbagai pihak yang buta Islam...cermin kereta mereka dipecahkan dan bermacam-macam lagi...Ingat lah...ini periuk nasi mereka...tugas mereka mulia...Amar Makruf Nahi Mungkar Tau...mcm jeslina hashim tu,kalau awak semua tgk melodi ahad lepas,awak semua bley tahu,dia ni memang buta agama...saya tak suka nak ulas panjang...tapi hilang respek kat dia...mati lagi baik dia tu...Sayangilah Iman Kita///

__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah... |||aJiMsEnT|||


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

salam ///


saya tertarik dengan huraian dari saudara wann,ampang ... pendapat kami tak jauh bezanya.


Tanpa tindakan menyeluruh dari setiap lapisan tak terjadi sesuatu benda melainkan datang dari hidayat allah sendiri...


Kita ambil contoh Hard Rock Cafe(HRC) ... sepanjang hidup saya menjadi remaja,salah satu tempat yang tak mungkin Jawi membuat serbuan ialah HRC.


Tk payah la saya terangkan kerana apa ... kaji sendiri sapa yang duduk di kerusi pengurusan HRC...


Saya ada adik ... so peranan saya sebagai abang tak nak adik pergi tempat itu ... kalu nak dinner tak pe... peranan jawi membenteras ranting2 maksiat....


Ape peranan org yang duduk di kerusi pengurusan HRC.... ???


 



__________________
susah susahhhh aje ... !


Senior

Status: Offline
Posts: 206
Date:

ermmm...


 



__________________
marilah bersama² berjuang demi agama, bangsa dan tanah air///


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

maksiat


patutnyer dia org nie kena siat hidup2




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:

salam///


maksiat?


hmm... maksiat kan banyak cabang....


maksiat macam mana yang di maksudkan?



__________________
"WoKeY JeR"


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

quote:

Originally posted by: noc graffin

"salam/// maksiat? hmm... maksiat kan banyak cabang.... maksiat macam mana yang di maksudkan?"


 


betul tu noc... maksiat nie macam-macam......


jgn salah hukum sudah lah...


maksiat paling banyak kat semua pub n disko.. cuba hang halang maksiat kat dalam sana tu.. mana lah tau hang jumpa rakan seperjuang kau ke ices.... boleh lah kau siat hidup-hidup .. nak port nya tak .. kau gi kat dangdut mawar biru.. otai-otai banyak beb




__________________
hamba yang kurang upaya


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

__________________
hamba yang kurang upaya


ko ni byk sangat tahu.


dah biasa ker dgn benda2 macam tu.


 



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard