Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pelumba haram mohon ehsan - Komen Anda ???


Senior

Status: Offline
Posts: 236
Date:
Pelumba haram mohon ehsan - Komen Anda ???





Edisi KL: Pelumba haram mohon ehsan
Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN

KUALA LUMPUR: Seorang Mat Rempit yang tersenarai antara 10 pelumba haram paling dikehendaki polis dikesan menggunakan kad keahlian Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sebagai ‘lesen’ simpati sewaktu ditahan polis, malam kelmarin.


Dalam kejadian jam 10.30 malam di Jalan Ipoh, remaja berusia 21 tahun itu yang menunggang motosikal dengan aksi liar bersama teman wanitanya dikatakan segera menunjukkan kad keahlian itu kepada polis yang menahannya.

Tindakan itu dilakukan dengan harapan polis akan simpati dan membebaskannya tanpa dikenakan tindakan undang-undang.

Polis bagaimanapun bertegas menahan remaja itu bersama teman wanitanya berusia 18 tahun sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Trafik Jalan Bandar untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, remaja berasal dari Taman Ehsan, Kepong itu menjadi buruan polis sejak setahun lalu atas pelbagai kesalahan lalu lintas, selain licik lari daripada operasi polis.

Ketika ditahan, remaja yang bekerja sebagai penghantar surat itu didapati melakukan pelbagai aksi berbahaya, termasuk sengaja melanggar lampu isyarat merah di sepanjang Jalan Ipoh.

Ketua Unit Khas Cegah Lumba Haram Balai Polis Trafik Jalan Bandar, Cif Inspektor Nor Hizam Bahaman, berkata remaja terbabit sengaja menanggalkan satu daripada nombor pendaftaran di belakang motosikal RXZ miliknya untuk mengelakkan dikesan polis.

Menurutnya, remaja berkenaan sering berlumba haram pada malam Sabtu dan Ahad.

“Sukar menangkapnya sebelum ini kerana dia liar dan berani merempuh sekatan polis. Bagaimanapun, kita ada pelbagai kaedah untuk menumpaskan kumpulan lumba haram ini satu persatu,” katanya.

Menurutnya, remaja itu akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum sehingga lima tahun.

Sementara itu, polis trafik turut menangkap seorang pereka grafik yang berlumba kereta berhampiran Jalan Kuchai Lama, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, lelaki berusia 24 tahun itu didakwa menggunakan kereta jenis Proton Putra yang diubah suai untuk berlumba dengan sebuah kereta lain.

Lelaki terbabit yang dalam perjalanan ke tempat kerja terbabit dengan perlumbaan selepas dicabar pemandu kenderaan itu.

sumber - http://www.hmetro.com.my/Current_Ne...cle/indexm_html


__________________
- Demi Agama - Demi Bangsa - Demi TanahAir -
ahmadzaki@pekida.org


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Ni cerita Lama. Camne nak komen lagi, tak larat dah. Dah berbuih2 mulut bagi komen. Terpaksalah...NO KOMEN. Hehehe. Jgn marah. Gurau je.

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

Adik beradik tetap adik beradik biar camner sekalipun perangai adik beradik..kita mmg simpati dgn hukuman undang-undang yg bakal ditempuhi...pengajaran buat dia..

__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

dah basi dah citer ni bang butter, url tu pun dah tak der http://www.hmetro.com.my/Current_Ne...cle/indexm_html


The resource you requested was not found. Have a look at all sections available or search our News Archive[1991 - current].


cool



-- Edited by zerofill at 12:21, 2005-02-14

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

 


Kesian tetap kesian ... tapi apekan daya ... tak nak dengar cakap ... letih den nak ulas.



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

tahuuuu...sebagai nak menghormati susah payah kanda nak buka semula citer nie...orang lama Melakat kanda Butter nie....kita kena respect dia...nak peluk arab ngan kanda Butter jap...

__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Senior

Status: Offline
Posts: 236
Date:

maaf lah kepada semua...

__________________
- Demi Agama - Demi Bangsa - Demi TanahAir -
ahmadzaki@pekida.org


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

No hal lah tuu....kanda Butter....bile leh pekena ikan bakar kat umbai..?? den banjer takper...janji leh sembang & kenal...

__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Assalamualaikum....


Tak perlu minta maaf. Tak ada salah dan silap. Tak sengaja je kan bang.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

alamak........


dah bunyinyer pun HARAM......


buat camner pun tetap HARAM


nak minta simpati pun kenaler pada tempatnyer.........:)



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

         

__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

bang butter maaf la adinda nak bergurau mohon kanda maaf kan, bang batu kurau walahh bila nak ajak jumpa bang butter ni, nak amal kan perok arab kat bang butter  yang bang mas ajar kan ekekekeke bang batu kurau alaa nak ikut pekena ikan bakar nak ikut jugak ekekek, zack betul mmg tak salah kan bang kan, tapi nak salam jugak nak salam cingkuk ngan bang butter  ekekek

-- Edited by zerofill at 12:55, 2005-02-14

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

zerofill....brek keto nak elok ke..?? jika dah elok, leh ler samer2 kiter turun melako nanti...

__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

bang batu kurau tadi tanya wartwawan dia kata dio pun nak g, meh kita jom g sama dia...  nanti den koba kan kat yunep bang..

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

orait...nanti kita set hari nyer...

__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

 


Dah nasib badan...


Di telan mati mak..Di luah mati bapak... Itulah adik-beradik


Amar Makruf Nahi Mungkar



__________________


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 2
Date:

assalamualaikum...


jadikan ia 1 tauladan buat semua jemaah... ALLAH S.W.T tahu segalanya, siapa yang bersalah dan siapa yang tidak bersalah.



__________________
|||spg 3 s`wangsa|||
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard