Edisi KL: Pelumba haram mohon ehsan Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN
KUALA LUMPUR: Seorang Mat Rempit yang tersenarai antara 10 pelumba haram paling dikehendaki polis dikesan menggunakan kad keahlian Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sebagai ‘lesen’ simpati sewaktu ditahan polis, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.30 malam di Jalan Ipoh, remaja berusia 21 tahun itu yang menunggang motosikal dengan aksi liar bersama teman wanitanya dikatakan segera menunjukkan kad keahlian itu kepada polis yang menahannya.
Tindakan itu dilakukan dengan harapan polis akan simpati dan membebaskannya tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
Polis bagaimanapun bertegas menahan remaja itu bersama teman wanitanya berusia 18 tahun sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Trafik Jalan Bandar untuk siasatan lanjut.
Difahamkan, remaja berasal dari Taman Ehsan, Kepong itu menjadi buruan polis sejak setahun lalu atas pelbagai kesalahan lalu lintas, selain licik lari daripada operasi polis.
Ketika ditahan, remaja yang bekerja sebagai penghantar surat itu didapati melakukan pelbagai aksi berbahaya, termasuk sengaja melanggar lampu isyarat merah di sepanjang Jalan Ipoh.
Ketua Unit Khas Cegah Lumba Haram Balai Polis Trafik Jalan Bandar, Cif Inspektor Nor Hizam Bahaman, berkata remaja terbabit sengaja menanggalkan satu daripada nombor pendaftaran di belakang motosikal RXZ miliknya untuk mengelakkan dikesan polis.
Menurutnya, remaja berkenaan sering berlumba haram pada malam Sabtu dan Ahad.
“Sukar menangkapnya sebelum ini kerana dia liar dan berani merempuh sekatan polis. Bagaimanapun, kita ada pelbagai kaedah untuk menumpaskan kumpulan lumba haram ini satu persatu,” katanya.
Menurutnya, remaja itu akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum sehingga lima tahun.
Sementara itu, polis trafik turut menangkap seorang pereka grafik yang berlumba kereta berhampiran Jalan Kuchai Lama, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, lelaki berusia 24 tahun itu didakwa menggunakan kereta jenis Proton Putra yang diubah suai untuk berlumba dengan sebuah kereta lain.
Lelaki terbabit yang dalam perjalanan ke tempat kerja terbabit dengan perlumbaan selepas dicabar pemandu kenderaan itu.
tahuuuu...sebagai nak menghormati susah payah kanda nak buka semula citer nie...orang lama Melakat kanda Butter nie....kita kena respect dia...nak peluk arab ngan kanda Butter jap...
bang butter maaf la adinda nak bergurau mohon kanda maaf kan, bang batu kurau walahh bila nak ajak jumpa bang butter ni, nak amal kan perok arab kat bang butter yang bang mas ajar kan ekekekeke bang batu kurau alaa nak ikut pekena ikan bakar nak ikut jugak ekekek, zack betul mmg tak salah kan bang kan, tapi nak salam jugak nak salam cingkuk ngan bang butter ekekek