Berjuanglah hingga orang kenal Allah itu adalah Pencipta segala-galanya
Berjuanglah sehingga orang faham Allah itu adalah Tuhannya
Berjuanglah hingga Tuhan disembah, ditakuti dan dicintai orang Berjuanglah hingga orang berbangga Bahawa Allah itu adalah Tuhannya, pemimpinnya, idolanya Bahkan kawan setianya
Berjuanglah hingga orang menyerahkan seluruh harta, tenaga dan jiwa raganya untuk-Nya
Berjuanglah hingga syariat Tuhan sahaja yang menjadi disiplin hidup mereka
Selain syariat-Nya adalah tertolak Bahkan perosak manusia dan dunia
Berjuanglah hingga manusia menyerahkan seluruh hidup matinya untuk-Nya
Berjuanglah hingga manusia merasakan bahawa Tuhan sahaja yang Maha Berkuasa Kuasanya yang diberi sedikit oleh Tuhannya Bila-bila sahaja boleh ditarik balik oleh Tuhan Pencipta manusia
Berjuanglah hingga manusia sabarnya, redhanya, syukurnya untuk Tuhannya Penyerahan diri kepada Tuhan secara total
Berjuanglah hingga manusia membawa Tuhan ke mana-mana Hingga manusia menganggap kawan setianya yang membelanya Tidur bersama Tuhan, duduk bersama Tuhan, makan bersama Tuhan Berjalan bersama Tuhan, bermusafir bersama Tuhan
Di waktu rehat bersama Tuhan Di waktu aman dan damai bersama Tuhan Di masa susah dan payah bersama Tuhan
Berjuanglah hingga dirasakan Tuhan itu amat diperlukan Bahkan manusia tidak akan selamat dan hidup, tanpa Tuhan
Berjuanglah hingga manusia merasakan Tuhan adalah segala-galanya Berjuanglah hingga manusia seluruhnya Memburu keredhaan dan kasih sayang-Nya Hingga dengan itu manusia akan berkasih sayang sesama manusia Begitulah perjuangan yang dikehendaki Tuhan
Hasil Nukilan Tuan Guru Hj Ashaari bin Muhammad.
__________________
"Perjalanan yang panjang menjanjikan sejuta pengalaman,
sebentar terlena menuju kesesatan"
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar. (Al Hujuraat Ayat 15)
__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite,
Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis mencari mana matahari kita,
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...