Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mengenal Kelemahan Lelaki


Veteran

Status: Offline
Posts: 42
Date:
Mengenal Kelemahan Lelaki


Mengenal Kelemahan Lelaki

Oleh Dr.HM.Tuah [pakar motivasi]

Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita.
Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila
berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua
tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga
jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh
pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu
wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh
wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa
wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana
pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut
sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis
apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal
dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia
boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi
berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk
dan bahasa yang digunakan turut lunak.
Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat
berkuasa dan amat perkasa.

Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda
itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan
gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan
lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah
lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa
kecintaannya sedang memuncak, dia memang
sanggup lakukan apa sahaja untuk
membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan
dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin
isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak,
mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki
juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita,
mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu,
gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang
dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu
memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah
sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh
menghalakan keperkasaannya itu untuk membina
sejarah keagungannya dengan sokongan anda.
Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah
kedunguannya dengan peranan yang anda
mainkan.

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan
nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan
akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal
dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar
berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak
nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau
mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal.
Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas,
baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-
bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya
sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu
kepada semua benda tetapi dia tidak mudah
musnah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada
keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita
akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan
berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu
kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya
ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan
terus terangsang sebab yang satu itu memang
sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang,
tiada pecahan-pecahan.

Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila
digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-
kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik
sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-
kata yang lunak, suara yang sedap didengar,
kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-
macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan
antara syahwat yang betul dengan syahwat yang
tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu
nafsu.

Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat
seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu
ghairah dia gagal membezakan antara haiwan
dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri
haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh
dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka
selalunya gagal memberi penalaan yang betul
terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki.
Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda
mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah,
ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang
sudah bergelar lelaki tua.

p/s: mudahan2 bakal isteri aku jauh dari sifat2
tercela, dan tergolong dari sifat2 yang baik dan
mulia..amin...

__________________
"Perjalanan yang panjang menjanjikan sejuta pengalaman, sebentar terlena menuju kesesatan"


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

              

__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

a`kum...///


hehehe abg batu kurau meh la okok gudang sebatang.../// kejer dah la banyak ni adoi



__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

w'salam...lamer tak jumpa kanda jepun nie...meh  lu...nak okok ke..nah  thehe...

__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

a`kum...///


hehehehe macam mana ni abg batu kurau??? jauh la pulak nak pi jln ampang 2 dah la jam tak ingatnya yer la saya pon lama dah tak jumpa abg batu kurau ni



__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

hmmm sebab wanita juga la nabi Allah Adam Alaihissalam termenung di syurga sedang Allah mengetahui isi hati nya, setelah bangun dari peraduannya dilihat hawa sudah berada disisi nya, mau nak diterkam nya tapi Allah beritau sabar dulu sebab belum dinikah kan, hmm namun setelah berpasangan terlupa baginda pesan Allah S.W.T supaya jauhi pohon khuldi.. begitu juga nabi Allah Yusuf Alaihissalam hampir hampir terjebak kalau baginda tak melihat tanda tanda kebesaran ilahi.. lalu baginda terselamat.. syaitan juga pernah beritau apa bila dia tak dapat menggoda anak adam dia akan perguna kan wanita...  peperangan yang paling besar termasuk antara nya memerangi hawa dan nafsu.. wallahualam..

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

syabas kanda zerofill...!!! nampak di dada makin berisi ilmu dan makin lebat bulu dada...Auwwwwwwwwww...!!! thehehe...



__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

bang batu kurau ihikk...  malam tadik butang tak de tu bukan bulu dada bang tu bulu roma ekeke

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

Ahakkk...bulu roma ada kat dada ke...abih, bulu dada nak dok kat mana

__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Senior

Status: Offline
Posts: 217
Date:

Salah satu Berhala di atas muka bumi ini adalah WANITA.


jadi dapat lah kita beza kan mana satu yg kita nak sembah


-lawak sungguh bulu roma bang shah tebal bagai kan bulu dadeee .. hahahahaha


 


 



__________________

~Solat Tiang Agama~
wanbos@prihatin.com
0163233036


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

assalamualikum saudara semua///, sat nak gelak dulu ahahahahaha ada guna bulu dada tu bang wanbos ekekek teringat bang mas kata even bulu idung's pun ada fungsi begitu juga sesama kita/// ekekeke

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard