Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Perkara yang Membuat Kita Susah


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:
Perkara yang Membuat Kita Susah


Perkara yang Membuat Kita Susah

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau
secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan
yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara
tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun
oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan
perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.


__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


tiada yg mudah di muka bumi ini


kesusahan itu mengajar erti kesempurnaan


 


salam....30



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 206
Date:

islam adalah agama yang mudah cuma kita sahaja yang mengambil susah untuk mengerjakan...


jadi saya ingin menasihatkan diri saya terutama skali, dan sahabat˛ yg lain buatla aper yg


disuruh jauh kan benda yg dilarang...


[[Amar Makruf Nahyil Mungkar]]



-- Edited by Ranger at 22:45, 2005-02-16

__________________
marilah bersama˛ berjuang demi agama, bangsa dan tanah air///


Senior

Status: Offline
Posts: 489
Date:

Assalamualaikum ...


Bukannya nak melawan tetapi ada yang saya terima dan ada yang saya kurang jelas ... contohnya :


12. membuang sampah atau menyapu dengan kain. <<< habih waiter/waitress tu lap meja pakai apa ???


17. mengelap muka dengan baju. <<< buat kata itu sahajalah kain yang ada ???


22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit <<< nak dapat barangan yang fresh pergilah awal ...


23. lambat pulang dari masjid. <<< masjid adalah rumah Allah, kenapa kena balik awal awal ???


30. memakai seluar sambil berdiri <<< kan susah kalau kita pakai seluar sambil duduk atau baring ???


So kepada mereka yang lebih arif, sila perbetulkan saya ...



 


 



__________________
~~~@|||Andy|||@~~~


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

Salam,



aku tahu apa yang susah utk aku dan aku tahu apa yang senang utk aku,
utk kamu itulah...... kamu. Utk aku itulah........... aku . vs

__________________
mohd hawarie


Veteran

Status: Offline
Posts: 26
Date:

assalamualaikum....


tul tu abg andy....klu nak pakai seluar sambil duduk payah la....hehehe...x dpt nk bayangkan org pakai seluar sambil duduk....cam mano rupa nyer


tiada benda yang senang dlm dunia ini.......



__________________
*Permata Biru Berhati-Hatilah selalu*


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

salam...


susah dahulu senang kemudian


dalah kekerasan ada kelambutan


dalam kepahitan ada kemanisan


pasti ada hikmah yg tersembunyi...




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:

quote:

Originally posted by: Andy_9126

"Assalamualaikum ... Bukannya nak melawan tetapi ada yang saya terima dan ada yang saya kurang jelas ... contohnya : 12. membuang sampah atau menyapu dengan kain. <<< habih waiter/waitress tu lap meja pakai apa ??? 17. mengelap muka dengan baju. <<< buat kata itu sahajalah kain yang ada ??? 22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit <<< nak dapat barangan yang fresh pergilah awal ... 23. lambat pulang dari masjid. <<< masjid adalah rumah Allah, kenapa kena balik awal awal ??? 30. memakai seluar sambil berdiri <<< kan susah kalau kita pakai seluar sambil duduk atau baring ??? So kepada mereka yang lebih arif, sila perbetulkan saya ...    "


hah.. apa lagi jawab la en katak...


xkan pandai post x pandai nk jawab...




__________________
-Hidup Melayu Bersatu-
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard