Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PERINGATAN UNTUK WANITA


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:
PERINGATAN UNTUK WANITA


PERINGATAN UNTUK WANITA
(Diambil dari sabda-sabda Rasulullah S.A.W)

1. Wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak
soleh.
2. Wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan,
memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia
memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.
3. Saidatina Aisyah r.a. berkata: "Saya pernah bertanyakan Rasulullah
S.A.W tentang siapakah manusia yang terlebih berhak terhadap wanita?"
Jawab Rasulullah S.A.W: "Suaminya". Bertanya pula Aisyah: "Siapa pula
terlebih berhak terhadap lelaki?".  Jawab Rasulullah S.A.W: "Ibunya".
4. Apabila kamu dipanggil oleh kedua ibubapamu, maka jawablah panggilan
ibumu terlebih dahulu.
5. Sesiapa yang dikurniakan Allah wanita yang solehah, sesungguhnya ia
telah dikurniakan separuh dari agamanya, maka yang separuh lagi
hendaklah ia berbakti (bertakwa) kepada Allah.
6. Sebaik-baik wanita ialah yang tinggal di rumah, tidak keluar kecuali
atas urusan mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan (digoda)
oleh iblis.
7. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat
wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu
hari ketika Rasulullah S.A.W bersama isteri-isteri baginda
(Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu
Maktum). Rasulullah S.A.W menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam
rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami
ya Rasulullah S.A.W?". Rasulullah S.A.W menjawab: "Bukankah kamu dapat
melihatnya?."
8. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di
hadapan orang sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina yakni seperti
perempuan zina.
9. Tidak memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak
menghina mereka melainkan yang hina.
10. Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.
11. Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikannya,
keturunannya dan agamanya. Hendaklah kamu mendapatkan yang kuat agamanya,
tentu ia akan memberi ketenangan kepada kamu.
12. Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan
cepat pula kehamilannya dan ringan maharnya (mas kahwin).
13. Wanita yang taatkan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di
air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar
baginya selama mana ia masih taatkan suaminya dan diredhai (serta dipelihara
akan sembahyang dan puasanya).
14. Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu
neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu
yang disukainya dengan tidak dihisab.
15. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan rasa tersinggung
hati suaminya, maka ia dimurkai Allah sehingga ia kembali bermanis muka
dan tersenyum mesra terhadap suaminya.
16. Ibnu Umar berkata: Telah datang seorang kepada Rasulullah S.A.W
lalu bertanya: "Apakah hak suami atas isteri?" Jawab baginda: "Tunaikan
hajatnya sekalipun engkau di belakang unta, jangan berpuasa sunat
melainkan dengan izin suami, jika engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk
suami dan dosa untuk isteri, jangan keluar melainkan dengan izinnya: jika
keluar juga akan dilaknat oleh Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab
sehingga kembali kembali engkau ke rumah."

TIGA GOLONGAN DALAM NERAKA
(Dari sabda Rasulullah S.A.W)

Dari Ali bin Abi Talib: "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Tiga
golongan dari umatku akan mengisi neraka jahannam selama umur dunia
tujuh kali, mereka ialah :
a- Orang yang gemuk tetapi kurus.
b- Orang yang berpakaian tetapi telanjang.
c- Orang yang alim tetapi jahil.

Orang yang gemuk tetapi kurus ialah mereka yang gemuk tubuhnya tetapi
kurus ibadatnya. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita
yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama (seperti berpakaian nipis
hingga terbayang tubuhnya atau terlalu ketat). Orang yang alim tetapi
jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan duniawi.

LARANGAN MELIHAT WANITA
(Dari sabda Rasulullah S.A.W)

Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat
wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu
hari ketika Rasulullah S.A.W bersama isteri-isteri baginda
(Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu
Maktum). Rasulullah S.A.W menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam
rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami
ya Rasulullah S.A.W?". Rasulullah S.A.W menjawab: "Bukankah kamu dapat
melihatnya?."


__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


ooo



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 206
Date:

erkkk...


bagos artikel diatas nieee...


 



__________________
marilah bersama² berjuang demi agama, bangsa dan tanah air///


Senior

Status: Offline
Posts: 489
Date:

Assalamualaikum ...


Hmmm ... very interesting article ... Alhamdullilah ...



__________________
~~~@|||Andy|||@~~~


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:

ok jer...

__________________
"WoKeY JeR"


Senior

Status: Offline
Posts: 137
Date:

mmmmmmmmmmmmm

__________________
Tanamkan Azam dan semangatmu Setinggi Bintang Dilangit dan Rendahkan Hatimu Serendah Mutiara Di Laut...


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah berfirman yang bermaksud:

Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti
mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya
kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan)dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui prang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
(surah An-Nur ayat 31)

Allah berfirman yang bermaksud:

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan  (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik. (surah Al-Hadid ayat 16)

Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI
DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala-galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah makin kita jauh dari amalan agama.

Dalam ayat yang sama juga Allah menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang
ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi?

Lihat lagi ayat di atas Allah berfirma "Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.

Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat
adalah sungguh bertentangan. Allah telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.

Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah dan rasulnya dapat
menggembirakan kamu.BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

bukan utk wanita sahaja


utk semuanya sekali........


 


 



__________________
f l a s h 'd' d a y z
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard