Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan Dengan kain kafan yang serba putih Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahad Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
Iringilah dirimu ke masjid Sebelum kamu diiringi ke Pusara Tangisilah dosa-dosamu di dunia Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan Kerana ianya berguna untuk yang tinggal Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada Kamu tetap memijak bumi Tuhan Dan dibumbungi dengan langit Tuhan Serta menikmati rezeki Tuhan Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah Lalu menjadi seketul daging Lalu daging itu membaluti tulang Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah' Dengan penuh rela dan bersedia Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah' Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal Menjadi bekal sepanjang jalan Menjadi teman di perjalanan Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera Isteri, kad kredit dan kereta Kondominium, saham dan niaga Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
yer la kita kena lakukan apa tanggungjawab kita coz tak kan dah mati baru nak menyesal coz tak guna.../// bak kata pepatah SESAL DAHULU PENDAPATAN.../// SESAL KEMUDIAN TIADA BERGUNA.../// SEKIAN...///
Dalam perjalanan kehidupan penuh dengan dugaan,...kerap kali kita lakukan kesilapan,...Lumah sebagai hambaNYA...tetapi biarlah ade keksalan yang menjerumus hati kearah keinsafan,...biar peratusan rendah tapi 'point' dan target nya tinggi.....maksudnya biar perlahan dalam menyingkap kearah kebaikan,...terlalu menekan takut anda bosan,...biar perlahan berjinak-jinak kearah peingkatan keimanan,....biar sedikit-sedikit lama iman membukit...jangan membuak-buka terlalu banyak..belum kukuh cepat runtuh,.....saudara sekalian marilah kita sama-sama buang yang mungkar hindari yang engkar,.....sama-sama kita halusi ,sama-sama kita tegur menegur,sama-sama mengingati, sama-sama mempelajari, sama-sama kita eratkan hubungan sesama kita membentuk lingkaran perpaduan seterusnya membina benteng keimanan bersama kearah Islam yang lebih harmoni,...yang lebih dititikberatkan untuk generasi kita dan mendatang.......samalah kita menyampaikan dan mengingatkan........untuk kita, keluarga ,masyarakat kita ,jemaah kita dan seluruh dunia....bahawa Islam itu indah,..islam itu punyai wadah,..Islam Itulah segalanya,......
Walau diri kita kerdil...Namun jika kita "menyampaikan" dan mengingatkan, juga sentiasa mengingati Allah......Besar sungguh diri kita dipandang oleh Allah S.W.T.