Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: MENGHAYATI IBADAH SOLAT~~~~~~~~~~~~~~


Veteran

Status: Offline
Posts: 32
Date:
MENGHAYATI IBADAH SOLAT~~~~~~~~~~~~~~


MUQADDIMAH :

*  Solat adalah program RASMI seorang usahawan Islam.
*  Satu program yang UTAMA dalam diri seorang Muslim.
*  Ia adalah amalan yang pertama sekali akan ditanya oleh
   Allah S.W.T. di akhirat.
*  Ia adalah hubungan yang paling rasmi antara seorang hamba
   dengan Allah S.W.T.


                TIPS KE ARAH SOLAT YANG SEMPURNA
                --------------------------------

1.  HADIR AWAL KE TEMPAT SOLAT

    > Berada di tempat solat beberapa waktu sebelum azan supaya
      dapat menghadirkan hening rasa dengan Allah S.W.T.  Ia
      adalah saranan Imam Al-Ghazali untuk memperolehi solat
      yang kusyuk.

    > Di isi dengan wirid, zikir, solat sunat atau membaca
      Al-Quran.

    > Sambil duduk di dalam saf sembahyang dan ambil yang paling
      hadapan.


2.  AZAN

    > Usahakan diri untuk menjadi muazin.

    > Kelebihan azan :

      - Diampunkan dosanya sejauh suaranya.
      - Setiap yang keras dan cair akan menjadi saksi di akhirat.
      - Sekiranya manusia tahu mereka akan membuat undian.

    > Para makmum boleh mendapat fadhilat yang sama dengan
      menjawab azan.


3.  SOLAT SUNAT RAWATIB

    > Sebagai penampung kepada yang Fardhu.
    > Sebagai usaha untuk mendapatkan cinta Allah.


4.  SAF SEMBAHYANG

    > Segera bangun untuk dirikan saf bila diseru.

    > Imam yang profesional akan memberikan arahan membetulkan
      saf sebelum memulakan solat.

    > Imam akan mengingatkan supaya :

      - Saf mesti lurus dengan berpandukan tumit.

      - Saf mesti rapat dengan bahu bersentuhan dan anak jari
        kaki bertemu (bagi lelaki) dengan teman di sebelah.

      - NIAT hendaklah dilafazkan ketika berdiri sebelum
        Takbiratul Ihram.


5.  TAKBIRATUL IHRAM

    > Bersegeralah melakukan Takbiratul Ihram selepas Imam
      selesai ber-Takbiratul Ihram.

    > Kelebihannya terlalu besar dan jangan terluput.


6.  JANGAN BERLUMBA DAN MENDAHULUI IMAM

    > Pergerakan fi'li hendaklah berpandukan akhir perkataan
      "Allahu AkBAR" iaitu "BAR" Imam.

    > Hendaklah memberi SALAM selepas Imam selesai memberi salam
      yang KEDUA.  Ini bagi memperolehi kesempurnaan solat
      berjemaah.


7.  QIBLAT DALAM SOLAT

    Ada 3 Qiblat dalam solat iaitu :-

    -  Qiblat MATA iaitu tempat sujud.  Sekiranya mata tidak
       tertumpu kepada tempat sujud, hukumnya adalah makruh.

    -  Qiblat DADA iaitu arah Kaabah.  Sekiranya dada lari
       dari arah Kaabah, hukumnya batal.

    -  Qiblat HATI iaitu mengingati Allah S.W.T. sahaja.
       Sekiranya hati lalai dalam solat, maka sia-sia sahaja
       solat kita kerana tiada berpahala. Oleh itu hati hendaklah
       sentiasa menghayati bacaan solat serta maksud setiap
       pergerakan dalam solat seperti berdiri, rukuk dan sujud.


8.  ZIKIR DAN DOA SELEPAS SOLAT

    Sunnah Rasulullah S.A.W. tidak meninggalkan beberapa perkara
    berikut selepas solat:-

    - Pertama, membaca Istighfar
    - Kedua, membaca La Ilahaillahu Wahdahu La Syarikalah
    - Ketiga, membaca Zikir Sayidatina Khadijah
    - Keempat, membawa Zikir Sayidatina Fatimah
    - Kelima, berdoa


9.  BERSALAMAN

    Dua orang yang bersalaman akan diberikan 10 rahmat.  Satu
    kepada yang lebih awal melepaskan tangannya dan sembilan
    kepada yang melepaskan tangannya kemudian.

    4 cara untuk mendapatkan salam yang sempurna iaitu :-

    - Berjabat tangan dengan erat
    - Menatap wajah (eyes contact)
    - Saling membalas senyum
    - Selawat atas Nabi Muhammad S.A.W.

Sekian, Wasalam.




__________________
\\\SATU CINTA-SATU RASA-SATU HATI///


Senior

Status: Offline
Posts: 198
Date:

assalamualaikum....


thanx bro y..info yang amat menarik.kekadang kite tak amik tau pasal bende2 nih


tapi info ni at least dapat tambahkan amalan..dan naikkan darjat kite


segeralah tunaikan solat..Allah tidak suka akan org2 yang melengahkan solat..


 



__________________
***amar makruf nahyil munkar***


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

sembahyang lah sebelum kamu di sembahyangkan


dah lam tak jumpa ayat nie:


blankstare:



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

alhamdullilah


ada juga yg sudi mengingatkan.



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

 


Solat itu tiang agama ...



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

salam.

ampun maaf

penuhkan

solat itu tiang agama.....

agama ???????? agama apa??? banyak agama ke??

__________________
mohd hawarie


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:


salam agama islam

__________________
mohd hawarie


Veteran

Status: Offline
Posts: 97
Date:

Tq Bro..semuga bermanafaat untuk semua..Allahuakbar !!!

__________________
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard