Jama' dan Qasar Hari Jumaat Soalan: Bolehkah saya jama' dan qasar sembahyang zohor dan asar ( hari Jumaat ) dalam perjalanan yang cukup syarat (spt melebihi dua marhalah dan bagi tujuan yg baik ) sekiranya saya memulakan perjalanan saya itu selepas terbitnya fajar pada hari Jumaat atau wajib bagi saya menunaikan solat Jumaat dahulu dan selepas itu terus jamak untuk solat asar ? Hamba AllahJawapan: Musafir, sekalipun waktu solat Jumaat didirikan itu ia sedang berhenti maka ia tidak dituntut mengerjakan solat tersebut. Sebahagian besar ahli berpendapat bahawa bagi musafir tak ada kewajipan Jumaat, sebab Nabi SAW ketika dalam perjalanan tidaklah mengerjakan solat Jumaat Begitu juga halnya ketika baginda mengerjakan haji Wada' di Arafah yang jatuh pada hari Jumaat baginda hanya solat Zohor dan Asar secara jamak taqdim dan tidak melakukan solat Jumaat. Dan demikianlah pula yang dilakukan khalifah setelah wafatnya Rasulullah SAW.