Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Hukum Berzina


Senior

Status: Offline
Posts: 170
Date:
Hukum Berzina


Hukum Berzina
Soalan:

Orang yang melakukan zina hukumnya dalam Islam ialah sebat 100 kali bagi yang belum berkahwin dan bagi yang sudah berkahwin hukum rejam sampai mati. Masalahnya di negara ini tidak menjalankan hukum tersebut, jadi macam mana caranya untuk bertaubat kepada Allah?
Hamba Allah...Jawapan:
    Sebenarnya setiap umat Islam berkewajipan untuk menjalankan hukum-hukum Islam, namun jika pihak yang berkewajipan seperti para ulama dan pemimpin tidak dapat menjalankannya itu kerana kelemahan kita sendiri. Moga-moga kita dimaafkan Allah. Jika kita telah terlanjur melakukan perbuatan dosa (zina) maka segeralah bertaubat dengan taubat nasuha iaitu taubat yang sebenarnya. Dalam Islam juga dianjurkan untuk merahsiakan dosa yang telah kita kerjakan dan jangan segera mengumumkan apa yang telah dilakukannya.

    Dalam buku Al Muwatta karangan Imam Malik mencatat suatu riwayat yang diambilnya dari Zaid bin Aslam bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Wahai manusia telah tiba masanya kamu menghindarkan diri dari hukuman-hukuman kerana melanggar ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Barangsiapa terjerumus dalam kejahatan ini maka hendaklah ia membentengi dirinya dengan benteng Allah. Sebab barangsiapa yang menyatakannya kepada kami, nescaya kami laksanakan atas ketentuan-ketentuan Allah".

    Jika kita telah betul-betul insaf, maka jalankanlah segala yang diperintahkan oleh Islam dan tinggalkan segala larangan. Kemudian bersegeralah bertaubat dengan menjalankan segala syarat-syaratnya: 1. Taubat itu hendaklah ikhlas kerana Allah SWT.
2. Taubat itu harus memenuhi syarat meninggalkan seluruh kemaksiatan dan benar-benar tidak akan
    mengulanginya lagi.
3. Bertaubat itu juga harus disertai penyesalan, ertinya menyesali atas semua kejahatan yang pernah
    lakukan dan berusaha untuk meninggalkannya.
4. Tidak mahu mengulanginya lagi kejahatan masa lalu.

Sila rujuk buku:
1. 'Taubat - Amalan dan Penghayatannya'



__________________
sudirman
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard