Mendidik Diri Agar Menjadi Anak Soleh dan Solehah Soalan: Bagaimana caranya mendidik hati dan diri agar menjadi anak yang solehah serta doa-doa yang perlu diamalkan? NNMS, Kuala LumpurJawapan: Untuk mendidik diri agar menjadi insan yang solehah adalah dengan banyak melakukan amalan yang terpuji, berusaha untuk meninggalkan dosa-dosa yang kecil apakah lagi dosa-dosa besar. Jangan tinggalkan amalan yang wajib, jalinkan siraturrahim dengan sanak keluarga dan hormati kedua ibu bapa, sebab keredhaan Allah itu tergantung kepada kerdhaan ibu bapa terhadap kita. Namun yang paling penting tutuplah aurat agar kehidupan mendapat keberkahan Allah SWT.
Banyakkan membaca Al Quran dan berzikir insya Allah, hati akan menjadi tenang. Mengenai doa-doa untuk mendidik hati dan diri, diantaranya adalah seperti berikut:- *Doa agar terhindar dari kesesatan (Ali Imran ayat 8). *Doa agar tetap pendirian (Ali Imran 147). *Doa agar diberi rahmat (Al A'raf 23).
Sila rujuk buku-buku berikut: 1. Wanita Solehah 2. Munajat Qiamullail Dikeheningan Malam