Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Laluan Syaitan Mauk Ke Dalam Hati Manusia...


Senior

Status: Offline
Posts: 213
Date:
Laluan Syaitan Mauk Ke Dalam Hati Manusia...


Laluan atau pintu masuk syaitan ke dalam jiwa adalah sifat-sifat manusia itu sendiri yang banyak sekali bilangannya. Di sini kami hanya ingin menyatakan beberapa laluan utama syaitan yang tidak sempit walaupun dilalui oleh ramai syaitan-syaitan.

Antara pintu-pintu utama syaitan ke dalam hati ialah:

1. Hasad dengki dan bersikap haloba. Apabila seorang manusia tamakkan sesuatu, ia akan membutakan mata dan memekakkan telinganya. Ia juga melitupi mata hati dari mengenali laluan-laluan syaitan yang lain.

Demikian juga jika seorang berhasad dengki, syaitan mudah mengambil peluang dengan memperelokkan setiap perkara yang diingini oleh hawa nafsu, sama ada perkara itu mungkar atau keji.

2. Perasaan marah, syahwat dan panas baran. Marah boleh melemahkan fikiran. Ketika fikiran menjadi lemah, syaitan akan menyerang dan mempermainkan manusia. Ada riwayat menyatakan bahawa Iblis berkata: Sekiranya seorang manusia itu bersifat keras seperti besi, kami tetap mampu membolak-balikkannya seumpama kanak-kanak menggelek bola.

3. Gemar berlebih-lebih dalam menghiasi rumah, pakaian dan perabot rumah. Sifat ini akan menjadikan manusia menghabiskan masanya dalam mencantikkan rumah, menghiasi atap dan dinding, berhias dalam berpakaian dan perabot rumah. Manusia akan menghabiskan usianya dalam perkara sedemikian.

4. Terlalu kenyang kerana ia akan menguatkan nafsu syahwat dan menjauhkan dirinya dari beribadat dan taat kepada Allah Taala.

5. Tamak atau inginkan apa yang menjadi milik orang lain. Jika dia inginkan sesuatu dari orang lain, dia akan berusaha mendapatkannya sama ada dengan memuji-muji dalam perkara yang tidak sebenarnya dan juga mengampunya. Dia tidak akan menyeru perkara baik dan sekali-kali tidak akan mencegah perkara mungkar.

6. Gopoh-gapah dan tidak tetap pendirian. Nabi s.a.w. telah bersabda: Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat berhati-hati itu adalah dari Allah Taala. (1)

--------------

(1) Riwayat Abu Ya’la dalam musnadnya (3/1054) dan Al-Baihaqi dalam sunannya (10/104) daripada Anas r.a.. Sanadnya hasan.

7. Sayangkan harta-benda. Apabila sifat ini menguasai jiwa, ia akan membinasakannya dan menjuruskannya untuk mencari harta tanpa melalui cara yang betul. Di samping itu ia akan membawa kepada sifat bakhil dan takut kepada kefakiran seterusnya menghalangnya dari menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan.

8. Mengajak orang ramai bersikap fanatik dengan mazhab-mazhab tertentu, tanpa beramal dengan segala ajarannya.

9. Mengajak orang ramai memikirkan zat Allah Taala, sifat-sifat-Nya dan juga dalam perkara yang tidak mampu difikirkan oleh manusia sehingga menjadikan mereka ragu terhadap asas-asas agama mereka sendiri.

10. Bersangka buruk terhadap orang Islam. Orang yang menghukum manusia lain dengan berpandukan sangkaan buruk, pasti dia akan menghina, bermulut celupar dan menganggap dirinya lebih baik dari orang lain. Buruk sangka sebenarnya mencerminkan keburukan orang yang melakukannya kerana seorang mukmin akan sentiasa mencari keuzuran untuk memaafkan sesama mukmin manakala orang munafik pula sentiasa mencari kesalahan orang lain. Selain dari itu, setiap orang juga harus menjaga diri dari situasi yang boleh menimbulkan tohmahan agar dia tidak akan disangka buruk oleh orang lain.

Ini sebahagian dari pintu-pintu masuk syaitan ke dalam hati. Menutup pintu-pintu ini merupakan satu-satunya jalan untuk merawat penyakit-penyakit tersebut. Ia hanya boleh dilakukan dengan proses pembersihan jiwa dari segala sifat yang buruk.






__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite, Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat, Puas kita menangis mencari mana matahari kita, Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

macam maner plak klu  setan bertopengkan manusia


sentiasa mencari kelemahan manusia, apa yg baik diri manusia, buruk pula pada dirinyer.


 


nauzubilah minzalik...



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:
RE: Laluan Syaitan Masuk Ke Dalam Hati Manusia...


ALLAH berfirman, bermaksud: "Syaitan memberikan janji dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka, walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain daripada tipu daya belaka. Tempat mereka itu di neraka Jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya." - (An-Nisa: 120-121). 

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing sebenarnya berkait rapat dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

Melalui pelbagai jenis sifat terkeji itulah dengan secara sedar atau tidak, kita memberikan ruang dan laluan kepada syaitan untuk masuk serta bertapak di dalam diri kita.

Apabila syaitan merajai diri, seseorang itu pasti sanggup melakukan apa saja perbuatan keji kerana keinginan dan semarakan nafsu sudah mula sebati dalam diri.

Suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada setiap manusia ialah hati yang fitrah kejadiannya adalah untuk menerima petunjuk serta hidayah Allah. Hati juga sebenarnya mudah menerima nafsu yang datangnya daripada syaitan.

Berlumba-lumbalah malaikat dan syaitan untuk menguasai hati manusia. Syaitan akan bekerja keras siang dan malam semata-mata untuk menawan pemilik hati itu agar mereka melanggar perintah Allah.

Beruntung golongan manusia yang berjaya menangkis godaan syaitan dan mengelakkan hati daripada dihuni syaitan durjana. Seorang ulama pernah berkata: "Saya sentiasa berfikir dan memerhati, dari pintu mana syaitan menghasut dan menyesatkan manusia. Tiba-tiba saya dapati syaitan datang daripada 10 pintu:

l Pertama ialah pintu kesombongan dan keangkuhan. Kedua-dua sifat ini adalah antara sifat mazmumah yang tidak disukai Allah dan Rasul-Nya. Sifat itu amat mudah subur dalam diri manusia yang merasakan dirinya cukup segalanya - daripada

status hidup hingga kepada wang ringgit dan harta benda yang dimiliki.  Dengan itu berjalanlah manusia yang bersifat sedemikian dengan mendongakkan kepala ke langit tanpa mempedulikan orang di sekitarnya.

Allah berfirman, bermaksud: "Jangan engkau miringkan pipimu terhadap manusia kerana kesombongan dan jangan engkau berjalan di muka bumi dengan sangat riang, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlenggang dalam perjalanannya kerana sombong dan bermegah-megah." - (Lukman: 18).

l Pintu kedua ialah melalui sifat bakhil dan kedekut. Harta benda atau wang ringgit adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya.

Harta benda yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab yang perlu diurus dan dibelanjakan sewajarnya, manusia yang suka menyimpan harta kerana takut akan kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan yang hak seperti berzakat dan membelanjakan ke jalan yang bermanfaat yang lainnya pasti tidak akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah walaupun dianugerahi nikmat melimpah ruah oleh Allah.

Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa jua yang dikehendaki-Nya  (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia

Maha Mendalami Pengetahuan-Nya lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." - (Al-Israk: 30).

l Ketiga ialah melalui sifat takbur yang akan hadir dalam diri seseorang apabila dia merasakan dirinya sudah lengkap memiliki segalanya lalu dia mula rasa tinggi diri terhadap orang di sekelilingnya sehingga kadang kala mereka terlupa segala kurniaan  nikmat itu boleh ditarik balik oleh Allah dalam sekelip mata saja, jika dikehendaki-Nya.

Allah berfirman, bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur" (An-Nahl: 23).

Begitu juga firman-Nya,  bermaksud: "Sesungguhnya orang yang sombong menyembah-Ku, balasannya ialah neraka dan akan rasa terhina." -
(Al-Mukmin: 60).

l Pintu keempat melalui sifat riak dan suka dipuji. Memiliki kesempurnaan peribadi melalui ketinggian ilmu dan darjat yang disegani adalah idaman setiap insan. Namun sering juga terjadi dengan darjat dan ilmu yang dimiliki itu, manusia lupa diri dan asal usulnya. Mereka mula

memandang kecil dan remeh kepada orang lain kerana menyangkakan mereka semuanya lemah dan tidak akan mampu mengatasinya. Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, bermaksud: "Tiga perkara yang membawa kecelakaan ialah orang yang kikir dan disegani, orang yang mengikut hawa nafsunya dan orang yang bangga dengan dirinya sendiri."  l Sifat kelima yang menjadi pintu kepada syaitan untuk masuk ialah melalui sifat hasad dengki. Islam amat membenci umatnya   yang mempunyai perasaan dengki kepada orang lain kerana iri kepada kelebihan dan kepandaian yang diberikan Allah  kepada seseorang yang lain.  Ini kerana sifat itu ada kalanya membawa kepada perasaan sakit hati dan dendam selagi seseorang individu itu masih tidak memperoleh seperti yang dimiliki oleh orang lain.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda, bermaksud: "Hindarilah kamu daripada perbuatan hasad kerana dapat memakan amalan kebaikan kamu seperti api memakan kayu yang kering."

l Pintu keenam ialah melalui sifat suka memandang remeh kepada orang lain, sama ada orang tua atau muda. Pengaruh persekitaran dan budaya liar yang banyak mementingkan diri sendiri mutakhir ini sesekali membuatkan seseorang itu rasa kepandaiannya boleh mengatasi apa jua permasalahan yang dihadapi tanpa sedikit pun mengharapkan bantuan orang lain.

Pada saat itu akan lahir sifat ego dan megah diri dan ia pasti akan mudah memandang rendah kebolehan orang lain. Mereka lupa hakikat tidak ada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya.

Abu Umamah pernah meriwayatkan: "Tiga orang yang tidak boleh dihinakan kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil."  Pintu ketujuh ialah menerusi sifat ujub atau bangga diri. Orang yang mudah membangga diri sendiri sebenarnya dialah orang yang tidak mempunyai apa-apa. Ini kerana keegoan dan kebanggaan terhadap diri sendiri itulah yang akan merendahkan dirinya pada mata orang lain. Dia akan dicemuh masyarakat dan lebih malang, dimurkai Allah.

Allah berfirman, bermaksud: "Jangan engkau turut orang yang hatinya Kami lalaikan (butakan) daripada peringatan kami sedang dia mengikut kemahuan hawa nafsunya dan adalah perbuatan itu melebihi yang patut." 

- (Al-Kahfi: 28).

Pintu kelapan ialah melalui sifat suka bersenang lenang. Manusia yang lebih gemar bersenang linang biasanya mudah alpa dengan kesenangan dan kemewahan yang dikurniakan, seolah-olah apa yang diperolehnya adalah kuasa tertinggi yang boleh menentukan perjalanan hidupnya. Mereka seolah-olah terlupa kepada tanggungjawab terhadap Pencipta dan Rasul-Nya, diri, keluarga dan masyarakat keseluruhannya.

Menurut Imam Ahmad (diriwayatkan oleh Abu Naim daripada Muaz Jabal) bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang lenang sahaja."   Sifat kesembilan yang menjadi pintu bagi laluan syaitan ialah sifat suka berangan-angan. Islam amat antisifat malas. Seseorang yang malas berusaha untuk memperoleh rezeki Allah, sama ada untuk dirinya atau keluarganya tidak akan memperoleh apa-apa kerana lebih suka berharap dan berangan-angan untuk memperolehnya.  Islam amat menggalakkan umatnya berusaha sedaya upaya bagi memperoleh kesenangan, selepas berusaha dan berikhtiar itulah Islam meminta umatnya bertawakal dan menyerah kepada ketentuan-Nya.

 Pintu terakhir yang menjadi laluan syaitan ialah melalui sifat suka berburuk sangka. Meletakkan anggapan buruk terhadap seseorang amat dikeji agama. Seseorang yang sengaja menuduh orang lain melakukan sesuatu perbuatan tidak baik melalui telahan dan anggapan atau sangkaan tanpa bukti dan kebenaran akan dilaknati Allah. Perbuatan sebegini bukan saja dilarang agama, malah ia adalah satu daripada punca lahirnya masyarakat yang kucar-kacir dan sentiasa berdendam dalam kehidupan seharian.

Dalam hubungan ini, Rasulullah bersabda, bermaksud: "Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sebenarnya orang yang berkata itulah yang paling rosak." - (Riwayat Muslim).

Sesungguhnya kecintaan manusia terhadap 10 sifat yang dinyatakan itulah sebenarnya yang membawa kesesatan kepada manusia di dunia ini. Apabila hati sudah bertaut dengan sifat mazmumah akan mudahlah syaitan menyesatkan manusia daripada jalan yang lurus.

Justeru, berlindunglah selalu daripada bisikan syaitan dengan sentiasa menyebut: "Aku berlindung daripada syaitan yang direjam." Kita juga dianjurkan selalu berdoa dengan menyebut: "Ya Tuhan kami, jangan Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan selepas Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Memberi (kurnia)." - (Al-Imran: 8).



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard