assalamualaikum..saya tertarik apabila melayari web dari jabatan penjara kite..
ikuti lampiran ini..:
Panduan Perjumpaan dan Lawatan ke Institusi Penjara
Jabatan Penjara menggalakkan lawatan-lawatan ke Institusi Penjara bagi tujuan memberi keinsafan kepada masyarakat dan menggalakkan mereka menyumbang ke arah pemulihan banduan-banduan, tertakluk kepada keadaan keselamatan dan risiko pelawat-pelawat berkaitan.
Kebenaran lawatan ini boleh dipertimbangkan kepada pertubuhan-pertubuhan dan organisasi seperti berikut :-
Badan-badan beruniform seperti Polis/Tentera;
Pertubuhan-pertubuhan sukarela, badan-badan berkanun dan bukan kerajaan yang berhasrat menyumbang ke arah pemulihan Jabatan Penjara seperti pertubuhan keugamaan;
Penuntut-penuntut pusat pengajian tinggi yang ada kaitan dengan Jabatan Penjara dalam bidang pengajian mereka;
Pertubuhan-pertubuhan belia bertujuan memberi kesedaran kepada peserta;
Permohonan lain-lain yang difikirkan wajar diberi pertimbangan.
Tatacara permohonan membuat lawatan :-
Semua permohonan hendaklah dihantar kepada :
Ketua Pengarah Penjara, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Bukit Wira, 43000 Kajang, SELANGOR (u.p. : PP Supri b. Hashim ) Tel. - 03-87328205 Fax. - 03-87368545
Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga (3) minggu sebelum tarikh lawatan yang dicadangkan. Walau bagaimanapun penetapan tarikh tertakluk kepada kelulusan Bukit Wira.
Setiap permohonan hendaklah mengemukakan butir-butir lengkap peserta. (Nama/No. Kad Pengenalan/ Alamat Terakhir/Umur)
Bilangan peserta yang akan menyertai lawatan ini hendaklah tidak melebihi lima puluh (50) orang
Sekiranya jamuan disediakan untuk pelawat maka segala kos penyediaan ini hendaklah ditanggung oleh pelawat dan menjelaskannya sebaik sahaja tiba sebelum memulakan lawatan. Perbincangan boleh dibuat terlebih dahulu bagi menentukan menu dan bayaran dengan institusi penjara berkenaan
Pelawat-pelawat hendaklah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan yang akan dikeluarkan bersama surat kelulusan bagi permohonan yang diluluskan
Memastikan semua peserta membawa kad pengenalan semasa lawatan untuk tujuan pemeriksaan keselamatan
di sini saya cadangkan agar...kita dapat anjurkan satu aktiviti utk melawat penjara.tujuan yang amat penting ialah memberi kesedaran kita bersama.disamping dapat beramal.di situ kita juga dapat merapatkan ukhwah dan menaikkan martabat islam.kita tanamkan satu sifat dimana..."Allah tidak menilai seseorang berlandaskan darjat malah amalan seseorang itu.."
bagaimana dengan pendapat kanda sekalian???kalau baik..kite akan usulkan utk dihitam putihkan..
Memang satu cadangan yg baik dan murni .. Saya amat bersetuju dgn lawatan ini .. Saya akan usul kan pada abg mas nanti .. Mungkin ini akan menjadi next event kita. Kita boleh buat konvoi C3 yg menaiki kereta manakala motosikal pula join RD club berjalan bersama sama.
haaa, satu peningkatan untuk kesedaran para pejuang muda dari jatuh ke PENJARA donia. bagus, baguss...
tapi, minta jangan dok gebang saja. Buat kertas kerja dan laksana apa yg hendak di cadang. bukan hanya dok canang-canang sampai kecoh dan heboh (macam ayam betina bertelur, yg jantan tu pula riuh sekampung).
Kenalah ada perancangan dan kerja kumpulan dari si pencadang utk si pengatur. barulah kesan tu ada. ashik nak kesan saja, tapi udah ilang lah pesan. jadi, DO IT. sure abg long kekanda Dr. masjuki akan suka akan kerjasama berkasih-sayang sesama dlm kerja. Tapi, mau lah JALAN. bukan sembang sampai jidah terjelan-jelan. (ekekke...)
harap makluman dpat di fahami.
salam perjuangan dari anak basah yang masih meleleh
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
uiksss...nak buat lawatan ke penjara ker...??? semoga kita dapat kesedaran dan keinsafan ... Baik juga cadangan ini... Harap pihak yg berkenaan mengambil inisiatif atas cadangan ini...sekian...
Berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanahair... I|I
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
Hmmm nak melawat boleh insaf ker? mebi boleh insaf tapi statistik rendah kotz. selalunya yang dah masuk berkali kali masih tak insaf pun banyak, apa kata cuba la g lawat rumah rumah orang tua, bantu keperluan mereka, kita semua kalau panjang umur pasti akan tempuh usia begini, perati kan kesedihan mereka, cuba insaf bagai mana ibu ayah kita yang tua menghadapi hari tua, cuba dekati mereka, dekati kerinduan mereka diletak disitu tanpa anak anak..... dengar rintihan mereka.. siapa yang nak dekati orang tua yang dhoif ini? jika bukan kita... tiada yang tua tiada yang muda.. tiada kesinambungan... or atau melawat rumah orang tua tua ni tak glamer kotz.. wallahualam..
quote: Originally posted by: annuar_vr4 "Assalamualaikum /// Tempat yang pernah saya lawati dan terus insaf ialah RUMAH MAYAT... tak kan le kita semua nak kesana kan ??? ... nak lawat sapa ??? 2 2 cadangan di atas bagus(lawat jail/rumah org tua2)... saya nak tambah lagi cadangan Kita g lawat pulau jerejak ... bole gak jumpa ngan adik beradik belah utara .Bole gak kita berkenalan dengan lebih dekat saudara car_r3nt. Abang car_r3nt ... kalau saya ke sana, bawak jalan2 tau !!!"
wsalam ///
rumah mayatttt???? eeeeeee... baik rasanya kita minta saudara annuar_vr4 ke kawsn tapak perkuburan. lagi insafff tuuu... huhuhuhhu...
pulau jerejak nak wat apa lagi ??? nak mandi sauna ka??? ekekek... tak pun nak urut badan ngan minah philipine??? ekekeke... tapi, hergaaaa tu modalll bebbbb... huhuhuh...
nak mai utara, sila di alu-alukan. kalau tarak tmpat nak berteduh atau nak berbantal tu. mai saja singgah ke teratak buruk saya di bandar perda(umah bujang).
dok panggil abg plak dah kat saya. apa raaa... tak layak rasanyaa.. wahahahah... mai laaa... tapi, halo-halo dulu tauuuu... ekekeke...
*p/s:- suka ziarah menziarah, tambah2 umah adik beradik yg sempoy2 mcm keluarga di kajang sanaaa...
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"