Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Dua guru wanita bertumbuk ketika perhimpunan pelaj


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:
Dua guru wanita bertumbuk ketika perhimpunan pelaj


KUALA LUMPUR: Dua guru wanita Sekolah Kebangsaan Seri Setia dekat sini dilaporkan bergaduh di hadapan kira-kira 800 pelajar dalam satu perhimpunan mingguan sekolah, Rabu lalu.








Kedua-dua guru berusia 30-an itu dikatakan bertumbuk dan saling bertarik rambut.

Ketika kejadian, seorang daripada mereka dikatakan mengendalikan perhimpunan mingguan itu manakala seorang lagi berada di tempat duduk guru.

Guru yang berada di bawah itu dikatakan naik ke pentas lalu memarahi guru yang mengendalikan perhimpunan, menyebabkan berlaku pergaduhan dan perang mulut.

Pergaduhan menimbulkan tanda-tanya pelajar, bagaimanapun dileraikan beberapa ahli keluarga pelajar yang turut berada di situ selepas menghantar anak mereka ke sekolah.

Berikutan kejadian itu, kedua-dua guru berkenaan membuat laporan polis.

Guru Besar sekolah itu yang hanya dikenali sebagai Ooi berkata, perkara itu amat mengejutkan dan memalukan kerana sepanjang 20 tahun bertugas, beliau tidak pernah menerima laporan kejadian guru bergaduh sesama sendiri.

“Ini suatu yang mengejutkan kerana kami percaya ia berpunca daripada salah faham dan kedua-duanya adalah antara guru terbaik di sekolah ini.

“Saya tidak berada di situ ketika kejadian berlaku tetapi sudah menerima laporan mengenai kejadian.

“Pelajar memaklumkan kepada saya mereka menyaksikan ‘pertunjukan percuma’ dan bertanya sama ada kedua-dua guru itu perlu dihukum termasuk dirotan,” katanya.

Difahamkan, kejadian itu berkaitan masalah peribadi yang berlarutan sejak beberapa tahun dan disebabkan masalah terbabit, kedua-duanya diasingkan mengajar di kelas berlainan blok. Kejadian itu juga sudah dilaporkan kepada Jabatan Pendidikan untuk tindakan susulan.

“Saya tidak kisah siapa yang betul dan siapa yang salah, tetapi mereka mesti bersedia menerima tindakan disiplin,” katanya.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:

sepatutnya guru menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pelajar.inilah yang di katakan cikgu kencing berdiri,murid kencing berlari....

__________________
amal ma'aruf nahi mungkar


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

 


zaman sekarang ni org perempuan pun dah hilang sifat pemalu.


MASYAALLAH



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 177
Date:

flash wrote:


  zaman sekarang ni org perempuan pun dah hilang sifat pemalu. MASYAALLAH

alahainya...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

nak gaduh pun tpt lain laaa malu ngan bebudak

__________________
alllang


Senior

Status: Offline
Posts: 171
Date:

BW2 ah BERSABAR skit...BINCANG ah DL...stp MSLH ade JLN penyelesaian YE...

__________________
HONEYBEE
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard