Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Carilah lelaki yang baik untuk dijadikan suami


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:
Carilah lelaki yang baik untuk dijadikan suami


DALAM al-Quran ada menyatakan wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Yang lebih elok, carilah orang lain untuk dijadikan suami. Dalam konteks kehidupan, kita sudah tahu dia bukanlah lelaki yang baik, jika ada jalan lain, tinggalkanlah dia. Tapi kalau sudah tidak ada jalan lain, hanya ada dia seorang saja, tidak ada pilihan lain, berdoalah bersungguh-sungguh supaya dia berubah.

Sebenarnya, kalau seorang perempuan yang nakal boleh dibimbing oleh seorang lelaki tetapi kalau seorang lelaki yang nakal, agak payah dibimbing oleh perempuan. Kerana jika lelaki itu kembali nakal, perempuan yang sudah bergelar isteri tidak boleh lari meninggalkan lelaki itu begitu saja kerana talak ada di tangan lelaki.

Justeru jalan terbaik, tinggalkan dia selagi ada waktu. Kecualilah kalau sudah suka sangat, sudah memang tidak ada calon lain, cuba cari pendapat beberapa orang lebih dewasa yang boleh dibawa berbincang dan tunaikan sembahyang isytiqarah setiap malam Jumaat. Tunaikanlah dalam 10 kali atau lebih, insya-Allah, Allah akan memberi petunjuk. Petunjuk itu pelbagai dan insya-Allah dalam 10 kali solat, tidak mungkin Allah tidak memberi petunjuk–Nya. Begitupun, untuk mengerjakan solat sunat, pastikan solat wajib anda dibuat sempurna.


wassalam...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 213
Date:

InsyaALLAH...


Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,begitu jugalah sebaliknya...


Nilai diri kita,sebelum kita MENILAI diri orang lain...




__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite, Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat, Puas kita menangis mencari mana matahari kita, Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:

Allah melukiskan menerusi al-Quran mengenai sifat isteri yang solehah, menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya.”(Surah an-Nisaa’ ayat 34).



Ibnu Abbas mengemukakan dua ciri khas mengenai pengertian as-solehah (isteri yang soleh) iaitu mempunyai perilaku baik (berakhlak/sopan) terhadap suami, dan mengerjakan perbuatan kebajikan.



Makna isteri setia dalam ayat itu ialah patuh dan jujur terhadap suami kerana Allah.



Seterusnya, Nabi Muhammad memperincikan tiga sifat isteri solehah, menerusi sabda yang bermaksud: “Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah yang menggembirakan engkau sewaktu engkau melihatnya; yang patuh apabila kamu perintahkan dia (dalam hal kebaikan); yang menjaga dirinya dan harta milikmu semasa ketiadaanmu di rumah.”



Isteri yang menggembirakan suami atau yang bermuka manis bukan bermakna wajah cantik semata-mata. Biar wajah kurang menarik, tetapi jika selalu menguntum senyum, tinggi pekerti, memancar dari keningnya cahaya iman dan keikhlasan, itulah isteri solehah yang meriangkan suami.



Isteri walaupun cantik, tetapi jika wajahnya selalu mencuka, buruk pekertinya, kening selalu berkerut, tidak akan dapat memikat hati suami.



Demikianlah juga halnya dengan soal patuh dan memelihara amanah suami yang Nabi utarakan dalam hadis ini.




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:

Seburuk-buruk Sifat Bagi Kaum Lelaki itu Adalah Sebaik-baik Sifat Bagi Kaum Perempuan

Ali r.a. berkata: " Seburuk-buruk sifat bagi kaum lelaki itu adalah sebaik-baik sifat bagi kaum perempuan, iaitu kedekut dan bersikap keras dan takut. Kerana sesungguhnya perempuan itu jika kedekut, maka ia memelihara harta suaminya dan jika bersikap keras, maka ia menjaga diri dari berbicara kepada setiap orang dengan perkataan yang halus (mesra) yang menimbulkan sangkaan yang buruk, dan jika penakut, maka ia takut dari segala sesuatu. Oleh kerana itu ia tidak berani keluar dari rumahnya dan ia menjauhi tempat-tempat yang menimbulkan kecurigaan yang buruk kerana takut kepada suaminya."


__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


ooooo


 * teringat lagu p. ramlee dlm filem labu labi...




-- Edited by ices at 17:39, 2005-03-06

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

InsyaALLAH...


Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,begitu jugalah sebaliknya...


Nilai diri kita,sebelum kita MENILAI diri orang lain...


 


GOOD MAN DIE YOUNG...




__________________
f l a s h 'd' d a y z
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard