Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kasih ibu


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:
kasih ibu


Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru
bersalin itu  bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang
jururawat.  Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih
merah itu.  Si ibu menyambut
 dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang
menutup wajah  comel
 itu, berada di pangkuan.
 Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar
tingkap. Tidak
sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat
 bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
 Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman
silih berganti sehingga
bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor
bagaimanapun mengesahkan
 pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup
mengembirakan si ibu.
 Masa terus berlalu...
 
 Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang
tiada
cuping  telinga
 itu
 yang kini telah memasuki alam persekolahan
menangis
memberitahu
 bagaimana
 dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya
cacat," katanya
kepada
 si
 ibu.
 Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan
pelbagai
  kata
 semangat. Si
 anak menerimanya dan dia muncul pelajar
cemerlang dengan
 memegang jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa
cuping
telinga,
 si
 anak
 tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus
memujuk
 
 Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin
dapat
 melakukannya jika
 ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah
suatu
pencarian
bagi
 mencari  penderma yang sanggup berkorban.

 Setahun berlalu...

 "Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu
ini. Ibu
 dan
 ayah
 telah
 mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu
dirinya
dirahsiakan,"
kata
si
 ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si
anak
 muncul
 sebagai
 manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya
tambah
 cemerlang
 dan
 rasa
 rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan
 memuji
kecantikan
 parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun
dia tidak
 mengabaikan
 pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak
menjawat
 jawatan
 tinggi
 dalam
 bidang diplomatik.
 "Sebelum saya berangkat keluar negara, saya
ingin tahu
siapakah
 penderma
 telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata
si anak
 berkali-kali.
 "Tak
 mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah
dengan
penderma
 itu
 masih
 berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?"
tanya si
anak.
 "Akan
 tiba
 masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk.
 Keadaan
 itu terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun
lamanya.

 Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak
berdiri
 di
sisi
 keranda
 ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut
ibunya yang
kaku.
 Gelap
seketika pandangan si anak apabila melihat
kedua-dua
 cuping
 telinga
 ibunya
 tiada.

 "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,"
si ayah
berbisik
 ke
 telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah
mengatakan
 ibumu
 cacat,
 dia
 tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita
paling
 cantik
 yang
 pernah
 ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa
pun
 kenalannya."

 Ps :  Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal
tetapi di
hati.
 Cinta
 sejati bukan pada apa yang dilakukan dan
dihebah-hebahkan
tetapi
 pengorbanan tanpa diketahui.
 Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia,
cium
 tangannya,
 sentiasa
 minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya,
bukannya
dengan
 bermasam
 muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah
SYURGA DI
BAWAH
 TELAPAK
 KAKI
 IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna,
selagi
hayatnya
 ada,
 curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya,
'love u mom'

 
 'HAYATILAH KRISTAL KITA'



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

:)


 



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

You taught me everythingand everything you've given mei always keep it insideyou're the driving force in my life

 

you were there for me to love and care for mewhen skies were graywhenever i was downyou were always thereto comfort meand no one else can bewhat you have been to me you'll always be in my life for all timesYou're always down for mehave always been around for me even when i was bad

you showed me right from my wrong


 


Kau ternilai bagi diri
Kesungguhanmu mendewasakanku
Andai semua berubah akhirnya
Sinarmu hilang selamanya



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard