Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: HAKIKAT PERKAHWINAN


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:
HAKIKAT PERKAHWINAN



A. Tujuan Perkawinan
Perkawinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk
mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan hubungan
perkawinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ia akan melahirkan rasa saling
cinta, sikap saling bekerjasama dgn kebaikan dan bantu membantu untuk
mendidik keturunan. Melalui perkawinan juga, manusia akan dapat
mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa karena perkawinan
yang harmoni dan sesuai munurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat
jasmani maupun rohani. Perkawinan merupakan peristiwa bersejarah di mana ia
takmudah dilupakan bagi orang-orang beriman.


IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali calon isteri kepada calon suami.
QABUL- tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan itu.


Kalimah ini pendek namun mengandung makna yang mendalam.


B. Walimatul Urus
Perkawinan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara nikah dan walimah
dalam bentuk yang sangat sederhana. Hikmah walimah sesuai dengan tuntutan
Rasulullah SAW ialah:
1. Bertujuan untuk melaksanakan ibadah
2. Menghindari dari perbuatan mubazir
3. Mengundang fakir miskin


C. Hikmah Perkawinan
Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi pelabuhan yang aman,
kukuh bagi setiap ahli keluarga. Membincangkan semua hal, baik gembira
maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa aman dan perlindungan yang dirasakan
oleh anak dalam keluarga akan memberi kepadanya kepercayaan pada diri
sendiri dalam menghadapi berbagai persoalan hidupnya. Ibu Bapa adalah orang
pertama diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk dalam
menyelesaikan masalah anak. Seorang ibu adalah lambang kasih sayang,
ketenangan dan juga ketenteraman.


Firman Allah SWT :
" Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita(isteri) oleh krn
Allah telah melebihkan sebagian mereka atau atas sebagian yang lain dan
disebabkan krn para suami telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.
Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara
diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) krn Allah telah
memelihara mereka..." (An-Nisa':34)


Rasulullah SAW menguraikan makna ayat di atas bahwa, lelaki yang paling
baik akhlaknya adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya. Baginda
sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga. Wanita yang paling baik ialah
wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat
bila disuruh dan pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya
di kala suami tiada di rumah.


Perkawinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai keperluan
fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai keluarga dan keturunan
yang sah serta hidup bahagia di dunia dan akhirat. Perkawinan adalah tugas
menunaikan amanah Allah, maka baik suami maupun isteri, niat yang pertama
adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.



D. Nikah dengan Wanita Hamil yang Berzina
1. Dilarang lelaki mengawini wanita hamil yang sah keturunan
kandungannya.
2. a. Dihalalkan lelaki mengawini wanita hamil dengan sebab- sebab
perzinaan.
b. Menurut Mazhab Hanafi, perkawinan itu sah tetapi belum boleh bersama
selagi kandungan belum lahir kecuali kandungan itu adalah dari lelaki
itu sendiri.
c. Menurut Mazhab Hambali, perempuan yang berzina, baik hamil atau
tidak, tidak boleh dikawini oleh lelaki yang tahu keadaannya itu.


Perempuan hamil yang sah keturunan kandungannya tidak boleh dikawini lelaki
lain misalnya perempuan yang bercerai atau hamil krn persetubuhan syubhat
(lelaki yang bersetubuh dengan wanita yang disangka isterinya, kemudian
ternyata bukan isterinya).


E. Mengetahui Masa subur isteri
Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid.Masanya
berbeda. Perbedaan masa bergantung kepada keadaan badan seseorang. Dari
haid yang pertama hingga haid yang berikutnya dapat kita bagikan pada 4
tahap:
a. masa haid
b. masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi
sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih.
c. masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan
mengberhentikan kedatangan haid.
d. masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai
membersihkan krn tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru.


Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke III
adalah minggu subur.


Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah
mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan, utk menyesuaikan waktu
14-16 hari sebelum datang haid sebelum datang haid yang baru. Apakah anda
mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30 hari ataupun 32 hari. Menurut
pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup 2 X 24 jam sebelum
'masa subur' dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur. Maksudnya 2 hari sebelum
dan selepas 'masa subur', masih bisa menjadi benih bila bersetubuh pada
masa itu. Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan
kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa tersebut,
iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun 2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah
hari subur.


Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum
datang haid yang baru.


hari 1 7 14 21 28
tahap -- haid -- -tak subur- -- SUBUR -- -tak subur-



F. Teori membentuk bayi lelaki atau perempuan
Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung
dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang artinya, " Dan pada sisi Allah lah
kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia
sendiri."


Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil.
Siapakah yang menentukan jenis kelamin janin itu, sedang bentuk dan rupa
benih adalah sama dan serupa.


Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman
dan penyelidikan sebab terjadinya jenis kelamin, lelaki dan perempuan.


Kesimpulannya:
"Sel telur yang menghamilkan krn masuknya ke dalam rahim dengan sperma
lelaki bergerak dan berpindah . terkadang letaknya di sebelah kanan, kadang
di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan
lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan
lahir bayi perempuan."


Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan
percobaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris.Hasilnya adalah 97% dari
percobaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan krn ketidakmampuan pihak
wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan
kelahiran.


Teori pembentukan jenis kelamin anak adalah seperti berikut :-
Caranya :
1. Waktunya : Pada masa subur isteri krn pada masa itu sel kelamin wanita
dapat dibuahi sel kelamin lelaki.
2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah
selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur
telentang supaya letak air mani jatuh miring.
3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak
perempuan miring ke kiri.


Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini,
namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semua nya ditentukan Allah
SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.
Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah
(Mesir) yang menyatakan dalam bukunya " Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" -
"Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap
hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesehatan dan
kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B
sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan
lahir kelak, insyaallah lelaki.


Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. bergantung kepada kita.
Hasilnya akan dapat dirasakan apabila telah mencoba.


G. Amalan suami semasa isteri mengandung
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :
1. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
2. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam
kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam
Al-Quran tersebut.
3. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Kamis dll.
4. Suami hendaklah rajin mengerjakan solat berjemaah.
5. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
7. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri
8. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi isteri
rezeki yang tidak halal serta uang riba.
9. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan
keselamatan anak dalam kandungan.
10. Dilarang membuka aurat krn dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang
akan lahir nanti.
11. Suami hendaklah menjauhi diri dari marah dan benci pada isteri.
12. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl
ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.



H. Adab suami ketika isteri sedang mengandung
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab
terhadap isteri krn perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia
sangat memerlukan perhatian dari suami yang disayanginya. Ada beberapa
perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :
1. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang terhadap isteri, sebagai
teman hidup yang paling dekat.
2. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari dari
bersikap kejam terhadap isteri.
3. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang terjadi dengan
isteri sebelum masuk tidur.
4. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "
La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin " maksudnya " Tiada
Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.Engkau Ya Allah,
sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "
6. Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak
dalam kandungan selamat.



I. Dorongan Suami semasa isteri bersalin
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak
secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses menjaga
kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah
memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping
itu suami harus banyak berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini
perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.


Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal,
ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat.
Jantungnya memompa darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya
harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga
mengalami perubahan emosi Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga
dapat menimbul kan tekanan jiwa dan emosi isteri krn ia harus menyusu dan
membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan
berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu
berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang
harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan
keringanan dalam menjalankan tanggung- jawab yang berat itu.


J. Mengapa bayi lahir cacat
Kelahiran bayi cacat mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan
juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia
merasa hampa krn anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat Kecacatan
ini timbul dari berbagai gejala. Puncaknya mungkin disebabkan oleh baka dan
keturunan, jangkitan peny., pemakaian obat2an dan bahan kimia, masalah
makanan, rokok, arak dan sebagainya. Banyak orang percaya bahwa wanita yang
cacat melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan
dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang
dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi
dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan
menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kecacatan ini, jika suami isteri
melakukan kebaikan, Tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu
sebaliknya.



K. Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak
1. Menanam uri
Kebanyakan dari kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di
saat-saat kegembiraan menerima anggota baru, seringkali uri dilupakan.
Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital
mengumpulkan uri-uri itu dan diderma kan kepada Perusahaan swasta.
Kemudian uri itu diproses utk memperoleh hormon yang terkandung di
dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan
dan kosmetik. Sebagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah
tanpa memikirkan uri adalah teman dekat bayi didalam kandungan. Uri amat
penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri
dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam,
Adab ini adalah baik krn menghargai sesuatu.
2. Mengazan dan mengqamatkan anak
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam
menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri.
Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang
pernah dikaitkan dengan Tuhan di alam Rohani.
3. Mendoakan anak
Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna
bukanlah suatu yang dapat dipastikan keberhasilanya. Doa Berdoa adalah
satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah. Lima
perkara yang mempengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:-
a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahwa Allah SWT itu
dekat.
b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya
dari Allah SWT.
c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih
dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah
SWT.
e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan
memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus
asa.
Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak
mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :
a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
4. Panduan menamakan anak
Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak
merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, krn nama yang
diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard