Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: MENGHILANGKAN KEMARAHAN


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
MENGHILANGKAN KEMARAHAN


As'salamualaikum.. 
 


Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong  (ego).  Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya. 


Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. 
Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair : 
"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau". Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah uji! ! an untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". 


Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahna! ! f mengakhiri ceritanya. 


Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. 


Kita mesti ubati hati kita. Kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah : 


*  Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala per! ! lakuan dan sikap biadab kita. 


*  Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina. 


*  Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah. 


*  Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi. 


*  Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah. 


*  Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan. 


*  Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara. 


*  Jikalau tidak boleh hilang m! ! arah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur 


*  Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. 


Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. 




__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

terima  kasih...


sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa tiada yg sempurna pada diri ini yg bergelar MANUSIA.



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

A`KUM...///


betol tu bro ices.../// manusia tiada yang sempurna setiap orang ada kelebihan@kekurangan masing2



__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

apa yg boleh kita dpt dgn marah.................??? dpat musuh adaler.


 takkan nak geng ngan mamat ni kot???



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Veteran

Status: Offline
Posts: 64
Date:

Banyakan berzikir



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:

hidup biar ramai kawan jgn ramai musuh...

__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."


Senior

Status: Offline
Posts: 218
Date:

jepun363 wrote:


A`KUM.../// betol tu bro ices.../// manusia tiada yang sempurna setiap orang ada kelebihan@kekurangan masing2

btull tu wa sokongg

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 177
Date:

I|I INSYALLAH I|I

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 45
Date:

ahli2 pekida yg panas baran kene baca & amal kan ni...hihi..gurau je, jgn marah haa..

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 51
Date:



__________________
///TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA///


Senior

Status: Offline
Posts: 177
Date:

flash wrote:


  *  Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.  * 


Inilah yang paling AFDAL pada pemikiran hamba...


I|I INSYALLAH I|I



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

perbanyakkan istifar.........................///

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

sabar sabar sabar

__________________
alllang


Veteran

Status: Offline
Posts: 88
Date:

jgn pkai EGO ...


pkai EX5 ckup arr..




__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 41
Date:

kalau pakai kriss cam na... keluaran tempatan tu.. hehe

__________________
madagascar


Senior

Status: Offline
Posts: 483
Date:

assalamualaikum,


memang takde manusia yg sempurna,
semua pernah melakukan salah, =)



__________________
yusof
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard