Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Berzikir tanda bersyukur dengan nikmat Allah


Senior

Status: Offline
Posts: 255
Date:
Berzikir tanda bersyukur dengan nikmat Allah


BERZIKIR adalah satu cara mengingati Allah sama ada ketika suka atau duka, susah atau senang, dalam sudut hati atau benak fikiran, melalui lisan dan amal perbuatan. Allah ada memerintahkan setiap Muslim agar sentiasa berzikir kepada-Nya.
Ini sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Wahai orang beriman! (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah dan sebutlah nama Allah dengan ingatan dan sebutan sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang." – (Surah al-Ahzab, ayat 41 - 42).

Baginda Rasulullah saw menggalakkan setiap Muslim merebut kesempatan hidup di dunia ini dengan memperbanyakkan amalan zikrullah sebagai tiket untuk memasuki taman syurga yang penuh kenikmatan.

Sabda Baginda bermaksud: "Apabila kamu melewati taman syurga, hendaklah kamu ikut sama menikmatinya. Sahabat bertanya: Apakah itu taman syurga, wahai Rasulullah saw? Kata Baginda: Ialah perhimpunan zikir." – (Riwayat Tirmizi dan Ahmad).

Berdasarkan nas itu, dapat disimpulkan betapa amalan zikrullah amat digalakkan dalam Islam.

Selain itu, zikrullah dianggap di antara amalan yang menyerlahkan kesempurnaan identiti seseorang Muslim bertakwa.

Pendek kata, zikrullah adalah petanda kepada bertakhtanya iman di sudut hati dan bebasnya seseorang Muslim daripada belenggu sifat nifaq dan fasik yang tercela.

Sebagaimana dijelaskan sebelumnya bahawa zikrullah hendaklah sentiasa mengingati Allah pada waktu suka atau duka, dalam sudut hati atau benak fikiran, melalui lisan dan amal perbuatan.

Ini kerana konsep zikrullah itu mempunyai pengertian luas, bukan sekadar menyebut Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan umat Islam kini.

Malah membaca al-Quran dan menghayati isi kandungannya juga adalah zikir. Zikir itu maknanya ingat kepada Allah. Dalam hal ini, apa saja cara yang menyebabkan kita boleh mengingati Allah, maka itu termasuk dalam pengertian zikir.

Oleh itu, apabila melihat pokok rimbun, lautan tiada bertepi, gunung-ganang dan alam keseluruhannya mencetuskan kesedaran hati mengenai kekuasaan dan kebesaran kuasa Allah hingga kita ingat kepada-Nya saja sebagai Tuhan Pencipta Alam semesta, maka itu dinamakan zikir.

Begitu juga apabila mendengar rakan ditimpa musibah dan bencana, lalu kita insaf dan ingat kepada Allah memohon keampunan dan kesejahteraan daripada sebarang malapetaka di dunia dan akhirat.

Dengan perkataan lain, mengingati Allah dalam benak fikiran membawa maksud untuk menjulang satu idea, gagasan, norma, nilai peri laku yang terbilang selaras dengan tuntutan Islam melalui sumbernya yang tulen iaitu al-Quran dan hadis.

-- Edited by ayen_langkawi at 05:50, 2005-02-21

__________________
salam perjuangan...


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:

\\\  salam perkenalan  \\\



__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard