Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tanda 100 hari sebelum hari mati


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:
Tanda 100 hari sebelum hari mati


Assalamualaikum...


Buat Saudara Seperjuangan dan Pembaca Budiman......


 


Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT
kepada hambanya dan hanya akan disedari
oleh mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan
mendapat tanda ini cuma samada mereka
sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas
waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya
seperti daging lembu yang baru saja disembelih
dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan
bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini
akan berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan
yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang
tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang
letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikat maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya ke
atas kita, antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi
malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang
terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya
cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut
nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa
yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak
makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk
makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi
kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan
maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut
kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan
memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata
hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh
dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana
bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk
ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana
ini menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk di bahagian
pusat
dan ianya akan turun ke pinggang dan
seterusnya
akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan
mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak...


 


///Cheng,Melaka///



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 5
Date:

Assalamualaikum..


Saya hanyalar orang luar yang suka membaca dan mengikuti laman web ini. Baru-baru nie hati saya rasa tak sedap dan tiba-tiba mengingatkan tentang mati. Saya pernah baca artikel ini dan cuba mengingatinya semula tapi gagal.


Alhamdulillah.. akhirnya saya terjumpa juga artikel ini.. Lega rasanya.. sekurang-kurangnya dapat mengingatkan saya semula tanda-tanda kematian. Ada juga amalan ayat AL-QURAN tentang untuk mengetahui akan kematian kita tetapi ia sekadar petunjuk dari ALLAH jika diizinkan. Namun yang mengamal ayat ini masih lagi tidak dapat tahu dengan tepat bila masanya ia akan mati cuma hanya tanda-tandanya sahaja.


Tanda-tandanya apabila seseorang yang mengamalkan ayat itu akan terlupa dan tidak ingat untuk membacanya. Disitulah yang dikatakan masanya akan sampai untuk pergi. Namun mereka tetap tidak dapat mengetahui masa yang sebenar cuma tanda-tandanya sahaja.


Ini kerana ia RAHSIA ALLAH dan tiada siapa yang dapat mengetahuinya..



__________________
NILAM PURI


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

quote:

Originally posted by: nilam puri

"Assalamualaikum.. Saya hanyalar orang luar yang suka membaca dan mengikuti laman web ini. Baru-baru nie hati saya rasa tak sedap dan tiba-tiba mengingatkan tentang mati. Saya pernah baca artikel ini dan cuba mengingatinya semula tapi gagal. Alhamdulillah.. akhirnya saya terjumpa juga artikel ini.. Lega rasanya.. sekurang-kurangnya dapat mengingatkan saya semula tanda-tanda kematian. Ada juga amalan ayat AL-QURAN tentang untuk mengetahui akan kematian kita tetapi ia sekadar petunjuk dari ALLAH jika diizinkan. Namun yang mengamal ayat ini masih lagi tidak dapat tahu dengan tepat bila masanya ia akan mati cuma hanya tanda-tandanya sahaja. Tanda-tandanya apabila seseorang yang mengamalkan ayat itu akan terlupa dan tidak ingat untuk membacanya. Disitulah yang dikatakan masanya akan sampai untuk pergi. Namun mereka tetap tidak dapat mengetahui masa yang sebenar cuma tanda-tandanya sahaja. Ini kerana ia RAHSIA ALLAH dan tiada siapa yang dapat mengetahuinya.."


Assalamualaikum ....


Buat Semua Saudara Seperjuangan Dan Pembaca yang Budiman....


Memang benar apa yang dikatakan oleh saudara nilampuri kita mengenai ayat Al-Quran yang boleh diamalkan untuk mengetahui tanda2 kematian... ayat yang biasa dibaca ialah Surat 9 (At-Taubah) ayat 168-169 (ayat terakhir)...


Jika seringkali kali kita mengamalkannya... ada faedah dan petunjuk2 yang kita dapati.... seperti datangnya sifat yakin... berani... dan sebagainya.. dan selebihnya seperti yang dikatakan diatas iaitu mengetahui saat kematian apabila si pengamal ayat ini terlupa serangkap ayat berkenaan....


-Hanya Allah Yang Maha Mengetahui-


///Cheng, Melaka///



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

quote:

Originally posted by: nilam puri

"Assalamualaikum.. Saya hanyalar orang luar yang suka membaca dan mengikuti laman web ini. Baru-baru nie hati saya rasa tak sedap dan tiba-tiba mengingatkan tentang mati. Saya pernah baca artikel ini dan cuba mengingatinya semula tapi gagal. Alhamdulillah.. akhirnya saya terjumpa juga artikel ini.. Lega rasanya.. sekurang-kurangnya dapat mengingatkan saya semula tanda-tanda kematian. Ada juga amalan ayat AL-QURAN tentang untuk mengetahui akan kematian kita tetapi ia sekadar petunjuk dari ALLAH jika diizinkan. Namun yang mengamal ayat ini masih lagi tidak dapat tahu dengan tepat bila masanya ia akan mati cuma hanya tanda-tandanya sahaja. Tanda-tandanya apabila seseorang yang mengamalkan ayat itu akan terlupa dan tidak ingat untuk membacanya. Disitulah yang dikatakan masanya akan sampai untuk pergi. Namun mereka tetap tidak dapat mengetahui masa yang sebenar cuma tanda-tandanya sahaja. Ini kerana ia RAHSIA ALLAH dan tiada siapa yang dapat mengetahuinya.."

mungkin itu HALLO EFFECT. saya juga pernah mengalaminya

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

berusahalah umpama kamu akan hidup 1000 tahun lagi


beramallah umpama kamu akan mati esok hari..........


 


klu salah tlg betulkan...


 



__________________
f l a s h 'd' d a y z
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard