Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: HAKIKAT UBUDIYYAH


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:
HAKIKAT UBUDIYYAH








Assalamualaikum...


 


Buat Tatapan Saudara Seperjuangan & Pembaca Budiman


HAKIKAT UBUDIYYAH


WahaiSahabatku,
Perjalanan ini adalah perjalanan 'ubudiyyah kita kepada Allah swt. Kita perlu sentiasa bermuraqabah tentang adab-adab kita dengan Allah swt. Allah tidak melihat amal kebajikan zahiriah semata-mata, tetapi apa yang dilihat ialah sejauh manakah sifat kehambaan kita kepada-Nya. Justeru itu wahai sahabat-sahabatku, kenali dirimu kepada asalmu yang tiada memiliki sesuatu, hidupmu adalah diatas kasih sayang-Nya. Ia menciptakan kamu dengan tujuan untuk sentiasa memuji-Nya dengan penuh kecintaan dan kerendahan diri hingga lahirlah pada dirimu kehinaan yang hakiki disisi-Nya.


Fahamilah,
Apa sahaja yang kita lakukan adalah untuk menuju hakikat kehambaan yang hakiki. Apakah yang dimaksudkan kehambaan? Iaitu dirimu yang fakir, dan orang yang fakir adalah mereka yang tiada memiliki apa-apapun pada dirinya. Jangan kamu terpedaya dengan ibadahmu kerana ibadahmu belum tentu diterima-Nya, jangan kamu terpedaya dengan ilmumu kerana ilmumu belum tentu dapat kamu amalkan, jangan kamu terpedaya dengan duniamu dan apa yang kamu miliki kerena ia adalah milik Tuhan dan segala apa yang ada ditanganmu adalah diatas belas kasihan-Nya.


Sahabatku,
Kasihanilah dirimu jika kamu diselaputi perasaan takabur, ini bermakna kamu jahil dengan apa yang kamu lakukan. Kejahilan akan mengheret kamu kepada kesesatan dan penyelewengan. Allah tidak akan melihat kepada amal kamu jika ia disertai perasaan takabur.


Walau pun kamu menyembah Allah tapi hakikatnya kamu menentang Allah. Seorang hamba ialah seorang yang tidak punya apa-apa. Segala-galanya milik Allah. Jadi mengapa harus merasa sombong dan takabur? Sifat itu hanya layak bagi Allah, ia adalah milik Allah sahaja, siapa yang mengambilnya nescaya amat dimurkai Allah.


Ingatlah kamu adalah pengemis disisi Tuhan, engkau mengemis belas kasihan-Nya, dirimu kotor dan kelaparan. Jadikanlah amal-amal kamu adalah tempurung untuk mengisi belas kasihan-Nya, bukannya kamu berbangga dengan tempurungmu itu. Itu adalah sifat orang yang jahil dengan Allah dan dirinya. Tiada lain maksudmu, hanya Allah menjadi tujuanmu. Hatimu mestilah sentiasa bimbang akan kemurkaan Tuhan. Dengan ilmu, kefahaman dan jalan yang kamu miliki, ia adalah amanah Allah swt yang perlu disebarkan kepada manusia. Setiap amanah akan dipersoalkan oleh Allah swt dari yang kecil hingga yang besar.


Tanamkan dirimu dalam tanah kerendahan agar benih yang ditanam nanti subur dan memberi manfaat. Begitu juga dengan dirimu, sentiasa rendahkan hatimu agar amal dan ilmumu memberi manfaat kepada jiwamu sehingga engkau mencapai maqam hati orang-orang yang arif, jiwa yang tenang dan merindui Tuhan. Apabila engkau menghadap Tuhan, jangan dihitung amal kamu kerana amal adalah melambangkan khidmatmu pada Tuhan sedangkan renungkan sebaik-baiknya, adakah sudah tinggi khidmatmu jika hendak dibandingkan Tuhan yang memberi khidmat pada dirimu. Dia menjaga dirimu setiap masa, perjalanan darah, kerdipan mata, denyutan jantung, nafas yang keluar masuk dan pelbagai lagi nikmat yang tidak terhitung. Hitunglah kehinaan dirimu, maksiatmu dan kelalaianmu. Jangan cemas jika kamu kurang amal untuk menghadap Allah swt kerana merasa hina itulah sifat sejati seorang hamba yang hanya mengharap rahmat kasih sayang dari Tuhan. Jika ditanya, "Apakah amal kamu yang kamu bawa pada-Ku?," Katakan, "Tiada apa-apa wahai Tuhanku, hanya sekeping hati yang cinta padamu, sekeping hati yang merasa hina di sisi-Mu dan sekeping hati yang sentiasa yakin dengan belas kasihan-Mu."


Wallahu 'alam.


 


--Hanya Allah Yang Maha Mengetahui--


///Cheng,Melaka///



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

Mualaikummusalam.....

salam... selamat cheng melaka .

wahai sahabat ...



__________________
mohd hawarie


Veteran

Status: Offline
Posts: 91
Date:

Tidak akan sempurna UBUDIAH tanpa RUBUBIAH dan MULKIAH... PELENGKAP Diinul Islam...


Fikirkanlah...



__________________
\\\ Mencari kebenaran fi sabilillah hingga keakhir hayat ///
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard