Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Nilai Kasih Ibu


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:
Nilai Kasih Ibu


Assalamualaikum...


Buat Renungan Saudara Seperjuangan... & Pembaca Budiman...


Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu



       Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si
ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan
oleh si anak lalu membacanya.

 Kos upah membantu ibu:

 Tolong pergi kedai $4.00

 Tolong jaga adik $4.00

 Tolong buang sampah $1.00

 Tolong kemas bilik $2.00

 Tolong siram bunga     $3.00

 Tolong sapu sampah   $3.00

 Jumlah     :      S$17.00

 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.  Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

 Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
 Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
 Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
 Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
 Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

 Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

 Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.  Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".  Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar  malah terhutang ' pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai
Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?"
Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."


--Syurga Di Telapak Kaki Ibu--


///Cheng,Melaka///



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 78
Date:

 


 Mualaikum salam saudara Bigbos..


 Memang sah la Syurga tu di bawah kaki ibu....tak leh nak di tukar ganti ngan wang ringgit..


 Ibu adalah segala nyer..



__________________
RAMLAN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard