Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentu buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???
__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah...
|||aJiMsEnT|||
haushinka kamu ada tak kisah mengenai raut wajah seseorang? Menilai sifat seseorang melalui raut wajah.Ada kisahnya kalau kita ahli falak> kita tau kut .,
quote: Originally posted by: annuar_vr4 "tu diaa kisah mengenai jari... haushinka kamu ada tak kisah mengenai raut wajah seseorang? Menilai sifat seseorang melalui raut wajah.Ada kisahnya kalau kita ahli falak> kita tau kut ., kalu ada, Bole kita berkungsi bersama. wassalammm"
erm...buat masa ni saya tak jumpa lagi artikel tersebut...mungkin kekanda Mas boleh kongsikan untuk kita semua...apa yg saya posting kan disin,semua adalah sumber dari email saya...saya perolehi dari ustaz di Pejabat saya ini...apa salah nya kalau kiter berkongsi bersama-sama kan... Ilmu takkan habis jika kita cari...
__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah...
|||aJiMsEnT|||
Maafkan kanda kalau penjelasan ini tidak menepati apa yg pernah dinda semua perolehi... tentang anugerah dan hikmat lima jari...
LIMA JARI - ibarat pelaksana Allah di bumi - MUJAHID
IBU JARI - MUHAMMAD RASULULLAH (KOMANDER),
TELUNJUK JARI - ABU BAKAR ASSIDDIQ (FUNDER YG PALING BANYAK BERSEDEKAH)
JARI HANTU - OMAR IBNUL KHATTAB (PENGUATKUASA DISIPLIN)
JARI MANIS - OSMAN IBNU AFFAN (STRATEGIST, PERANCANG, BANGSAWAN AHLI FIKIR)
JARI KELINKING - ALI IBN ABI THOLIB (PEMUDA PEMUDA PENDOKONG DAN PETUGAS)
Semua pelaksana yg empat memerlukan Muhammad, yang mendapat petunjuk Allah untuk memimpin. Tidak kuat setelah pemergiannya, bayangkan sekuat mana individu jari itu boleh mencengkam tanpa ibu jari... ? Kekuatan jari yang lima ini harus di bina dengan ilmu Allah... itu lah konsep BINAYATUL HAMSA... PEMBINAAN BERLIMA.
Sepemergian baginda diganti pula oleh pelaksana berlima seterusnya seperti
HANG TUAH
HANG JEBAT
HANG LEKIR
HANG LEKIU
HANG KASTURI.
Sepermigian mereka di teruskan pula dari zaman ke zaman mengikut pusingan yang ditetapkan allah.
TAPAK TANGAN DI MANA BERSATUNYA LIMA JARI = TEMPAT
Itu adalah ibarat Mulkiah, atau tapak di mana lima jari dan segala urat dan tulangnya ini bertapak, berpaut dan bersatu melakukan sesuatu ke arah pembangunan Islam. Tanpa tapak ini, lima jari jemari ini akan berselerakkan. Tidak akan dapat melakukan apa apa sekalipun tulang uratnya ada...
ITULAH TEMPAT BERHIMPUN DAN TEMPAT MELAKSANA SETERUSNYA SEPERTI MASJID, ITULAH KEDAI PEKIDA, WORKSHOP PEKIDA, RESTORAN PEKIDA, PEJABAT PEKIDA DLL...
DI TAPAK TANGAN ITU TERTULIS ANGKA 18+81 DALAM BAHASA ARAB |/\ + /\| - 99 NAMA ALLAH MELAMBANGKAN CARA (DIN), SISTEM ATAU KAEDAH ATAU MANUAL PERJUANGAN.
itulah gambaran sistem dan sifat Allah yang Allah ingin KITA usahakan dan zahirkan sebagai menunjukkan Allah maha besar dengan melaksanakan sistemnya. Sifat 99, kemuliaan dan kehebatan yang harus di guna pakai dalam menentukan sistem dan strategi perlaksanaan yang telah ditetapkan allah dalam urusan jihad fi sabilillah ini.
Itu lah 99 nama allah yang membawa maksud besar dalam menusuri dan menyusun perjuangan ini... bahasanya kita semua harus bijaksana, harus lemah lembut, harus berdiri dengan sendirinya (tak perlu minta tolong pada orang luar), harus pemurah, harus kaya, harus perkasa, harus pandai mencipta (bukan duduk jadi pengguna saja) , pengampun, pengasih, penyayang dan sebagainya...
Itulah Din (sistem, cara hidup yang meliputi segala cara yang diperlukan) yang terhimpun dalam Bismillah (dengan nama allah) dan alquran sebagai pedoman dan panduan kita dalam merealisasikan perjuangan berasaskan alfatihah ini...
Kita faham dan ikut bismillah sahingga jelas kita hanya mampu memuji Allah , Alhamdulillah (tidak memuji diri sendiri dan insan lain), mampu mengabdi hanya kepada Allah, iyyakanakbud, bukan masih mengabdi kerana harta, tahta/pangkat atau wanita, dan hasil pengabdian kita akan membangun dan menjayakan perjuangan ini... sehingga ia mampu kita jadikan pusat bantuan dan pertolongan, Waiyyaka nastain, malah memberi syafaat atau pertolongan bukan saja kepada kita yang mengabdi, malah kepada seluruh umat manusia... Huh panjang ni kalau nak terangkan semua...
TANGAN ALLAH ATAS TANGAN MEREKA ... ITULAH FIRMAN ALLAH UTK TANGAN TANGAN MEREKA YANG BERBAIAH... MALANGNYA
JARI JARI INI TIDAK DISATUKAN, TANGAN TANGAN INI BERHIMPUN TIDAK KENE PADA TEMPATNYA DAN TIDAK BERGERAK BERDASARKAN PERINTAH DAN SISTEMNYA...
(PERHATIKAN SEMULA KUNCI KEMENGANGAN DALAM SURAH KEMENGANAN (AL-FATH) AYAT 10 DAN 18)
KESIMPULANNYA :
UNTUK BERJAYA, GUNAKAN TANGAN INI SEBAIK BAIKNYA ...
SATUKAN PELAKSANA DI SATU TEMPAT YANG BERSIH DAN DIDIK SERTA ATURLAH MEREKA DENGAN SISTEM YANG BERSIH.
ALLAHUAKBAR (SISTEMNYA)... NAMA ALLAH 18+18=99
ALLAHUAKBAR (TEMPATNYA)... TAPAK TANGAN YG TERTULIS ANGKA NAMA ALLAH YG BERASASKAN TIGA GARISAN
ALLAHUAKBAR (PELAKSANANYA)... PELAKU BERLIMA YANG MEMBENTUK TULANG YANG BERFUNGSI SEBAGAI PENGGERAK ATAU TANGAN DAN JARI
WALHAMDULILLAH...
-- Edited by pekida at 19:37, 2005-02-23
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Terima kasih Abg Mas atas penjelasan Abg yang lebih tepat mengenai hikmah dan pelaksana 5 jari ini...semoga kita semua dpt mengingati akan kewujudan ciptaan Allah yang begitu kaya dengan maksud tersiratNya....
Terima Kasih Abg Long...sesungguhnyaI lmu Abg Long lebih byk daripada anakanda... anakanda hanya postingkan dari apa yg anakanda dpt dari email...bermakna,terlalu byk Hikmah jari yg kita ada ni...Masyallah...jika ditarik daripada salah satu jari ini,pasti ada cacat celanya...Terima Kasih sekali lagi abg long...sungguh berguna Informasi Abg Long...
__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah...
|||aJiMsEnT|||
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite,
Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis mencari mana matahari kita,
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...