BAHAGIAN bawah Jambatan Tanjung Lumpur diconteng oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. – Gambar oleh Nordin Abdullah
KUANTAN: Jambatan Tanjung Lumpur yang merentangi Sungai Kuantan dibina bagi memudahkan perjalanan penduduk di perkampungan nelayan, Tanjung Lumpur dan Peramu yang dulunya terpaksa menaiki bot untuk ke bandar ini.
Jambatan itu juga berfungsi sebagai laluan alternatif bagi pemandu kenderaan yang hendak ke Pekan, Rompin atau Johor Bahru selain menggunakan Jalan Gambang.
Bagaimanapun, jalan raya di bahagian atas jambatan itu sentiasa bersih dan melancarkan perjalanan kenderaan ke bandar ini, tetapi bahagian bawah jambatan dicemari perbuatan vandalisme.
Tinjauan Berita Harian mendapati seluruh bahagian di bawah jambatan itu diconteng dengan pelbagai perkataan yang sungguh menjijikkan.
Seorang pemancing, Mohamad Nordin, 40, berkata keindahan bahagian bawah jambatan Tanjung Lumpur itu sudah lama dicemari dengan perbuatan vandalisme.
“Tidak ada kebersihan yang boleh didapati di bawah jambatan Tanjung Lumpur itu, selain daripada contengan yang dilakukan oleh kumpulan tidak bertanggungjawab.
“Saya kesal kerana mereka tidak menghargai dan menjaga kebersihan di kawasan itu kerana bahagian bawah jambatan turut menjadi tumpuan ramai termasuk kaki pancing.
“Di bawah jambatan terbabit juga agak tenang dan kita boleh menghirup udara segar Sungai Kuantan, sambil menjalankan aktiviti memancing. Malangnya, ia dicemari perbuatan vandalisme.
“Sehubungan itu adalah wajar kempen kebersihan dijalankan pemimpin tempatan dengan kerjasama penduduk bagi mengindahkan bahagian bawah jambatan itu yang sesuai untuk kegiatan rekreasi sekiranya dilaksana projek pengindahan,” katanya.
Pihak berkuasa tempatan perlu memantau kawasan berkenaan bagi mengelakkan kawasan itu terus dicemari.
quote: Originally posted by: wan_botak "iskk...iskk.iskk.. ape laa nak jadi ngan org kite nih.. kalau die gune bakat die..pd tempat yang betul..sure boleh buka bisnes. zalim namanya tuh.. ASTARGFIRULLAH HAL AZIM "
betul tu...kalau buka bisnes kan bagus...skrg ni budak2 duk sibuk dengan 'air brush'...mahal lak tu...