Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Semua pemimpin


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:
Semua pemimpin


salam,


 


hormat ampunan buat semua ahli,


MOGA DIJAUHKAN DARI API NERAKA ALLAH


Pemimpin' itu telah  berjaya memimpin dirinya sendiri ,


selepas berjaya dia perlu memimpin yang lain dari itu,(orang lain)


Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, 



__________________
mohd hawarie


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

salammm


Berat mata memandang berat lagi bahu memikul


Berat sama2 di pikul ///



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


semua org boleh jadi ketua,  tapi bukan semua ketua boleh jadi


PEMIMPIN



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

salam,

Ya.. benar ..... ices

pemimpin.
mereka berjaya memimpin diri sendiri, setelah itu

bijak dalam merancang ,
matanya terbuka.............dengan 3 dan 3 kali


......................................................

Manusia tidak merancang untuk gagal,
manusia gagal tidak merancang,

__________________
mohd hawarie


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

salam,

Pemimpin yang sentiasa meniup seruling semangat..

.. tegak berdiri

.. hormat menghormati

..walaupun tinggi sentiasa tunduk

..tunjuk dan selam



__________________
mohd hawarie


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

salam...


apa yang penting, seseorang pemimpin mestilah "RELA DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN" betul tak abang Jantunghati......



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 165
Date:

ANAK TIDAK SEMESTINYA BUDAK, KADANG2 IA MENJADI GURU -renungilah

__________________
PenangKia©


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

SALAM,

BENAR.... UKUR BAJU BADAN SENDIRI ...KATA ORG TUA2...
UKUR TEMPAT.... KATA ...KATA ORG MUDA2

__________________
mohd hawarie


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

SALAM,


BURUNG TERBANG KERANA SAYAP..

MANUSIA HIDUP KERANA AKAL

IKAN BERENANG KERANA APA????

__________________
mohd hawarie


Senior

Status: Offline
Posts: 110
Date:

tanggungjawab seorg pemimpin adalah amat berat... seorg pemimpin mestilah menjadi pejuang..


"The wise man does not set his mind either for anything or against anything. what is right he will follow"



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

ikan berenang kerana tak de kaki kalau ada kaki ikan kena berjalan...


seloka hari jumaat...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 100
Date:

Pemimpin Baik di julang,


Pemimpin zalim di tendang.



__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

betuuuuuuuullll tuuuu

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

flash wrote:


salammm Berat mata memandang berat lagi bahu memikul Berat sama2 di pikul ///


w`salam


ringan bawak sendiri... sebab banyak lagi barang kat belakang tu... heee heee heeee heee


gegurau aje...



__________________
marsos six time


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Raja adil raja disembah,


raja zalim raja disanggah...................


Begitu juga pemimpin..........taatlah kepada pemimpin jika dia selayaknya memimpin kita.........



__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Senior

Status: Offline
Posts: 408
Date:

pimpinan melalui tauladan...


kebaikan menjadi panduan


kesalahan menjadi sempadan


kejujuran menjadi sebutan....


 



__________________
MOHD RASHIDI AHMAD "SIMPANG/// SEREMBAN"


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

 


salam,


ikan kerana ekor


ikan berenang kerana bersyukur


apa yang ada padanya.


Binatang walaupun begitu ia sangat bersyukur..


adakah kita ini manusia bersyukur adanya otak dan akal


kadang2 leka terlupa untuk bersyukur.


nasib manusia takde ekor.



__________________
mohd hawarie


Veteran

Status: Offline
Posts: 94
Date:

seseorang itu tidak layak menjadi pemimpin sekiranya didalam dirinya ada perasaan mementingkan diri sendiri......................



__________________
stella


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

 


semua betullllll



__________________
alllang


Senior

Status: Offline
Posts: 350
Date:

ices wrote:


semua org boleh jadi ketua,  tapi bukan semua ketua boleh jadi PEMIMPIN

betul tu Bro......

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

copy and paste

Rasulullah dalam satu hadis melarang kita menjadi pak turut dalam segala urusan kehidupan dan tidak mempunyai jati diri. Sabda Baginda:

“Janganlah salah seorang kamu menjadi seorang yang bersikap immaah, jika manusia di sekelilingnya baik ia berkata: “Saya juga baik”, apabila mereka semua buruk ia berkata: “Saya pun buruk juga”, akan tetapi tetapkan diri kamu jika manusia semua baik, ia juga baik dan jika mereka buruk, dia akan menjauhi keburukan mereka”. (Riwayat Tirmidzi).

Hadis ini adalah satu prinsip hidup bermasyarakat yang sangat mulia kerana ia membimbing seseorang mempunyai jati diri dan berpendirian kukuh, tidak terpengaruh dengan suasana sekitar, apa lagi yang tidak baik. Individu yang tetap pendirian dan bangga dengan kebenaran akan dapat membangunkan masyarakat unggul dan mantap.

Rasulullah juga memandu Muslim kepada sifat keinsanan unggul dan seseorang itu tidak menjadi seorang Muslim yang sempurna tanpa sifat itu dan tidak akan baik kehidupan individu dan masyarakat kecuali dengan memiliki sifat terpuji ini.

Seseorang itu mesti mempunyai jati diri dan tidak terikut-ikut dengan pendirian dan sikap orang lain, apalagi untuk mengikut keburukan orang lain. Jangan sekali-kali menjadi pengikut falsafah lalang yang ke kiri dan ke kanan mengikut tiupan angin.

Seorang Muslim mesti mempunyai pendirian sendiri dan berterus terang dengan pendirian itu. Dia akan berurusan dalam lingkungan itu selagi ia seiring dengan pendirian itu. Sangat memalukan bagi seseorang bersikap pak turut apabila pendiriannya ditentukan setelah melihat pendirian orang lain di sekelilingnya. Ia akan bersama mereka kalau mereka baik dan terus bersama-sama juga walaupun mereka buruk.

Mereka ini laksana seorang hamba yang mengikut sahaja tuannya atau laksana anjing yang tetap mengekori tuannya ke mana sahaja tanpa mempedulikan bahaya yang mungkin menimpa.

Sifat keinsanan sebenar adalah kemuliaan anugerah Allah kepada bani Adam dan mengangkat mereka daripada taraf haiwan, ialah seseorang itu mempunyai pendapat sendiri yang diyakininya dan meneruskan hidup dengan panduannya. Kalau orang lain baik ia akan baik, bukan kerana mengikut pendirian dan rentak mereka tetapi kerana pendirian mereka selari dengan pendiriannya. Sebaliknya jika orang ramai buruk, ia akan menjauhi keburukan itu dan tetap dengan pendirian dan prinsip asalnya bahkan menegur mereka jika ia berpeluang untuk berbuat demikian.


__________________
mohd hawarie
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard