Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Merenung Gejala Murtad Dimalaysia


Senior

Status: Offline
Posts: 254
Date:
Merenung Gejala Murtad Dimalaysia


Kalimah kesyukuran diucapkan kehadrat Ilahi kerana dengan nikmat yang dikurniakan kita masih mengecapi kemanisan iman hingga ke hari ini. Nikmat Iman dan Islam telah dianugerahkan oleh yang maha Esa bersama kemegahan yang dijanjikan oleh Allah Taala.

Sejarah telah mencatkan bahawa kemegahan dan keagongan Islam mula dicarikkan sedikit demi sedikit bersama runtuhnya Daulah Islamiah Othamaniah pada tahun 1942. Daulah yang diamanahkan untuk menjaga hak asasi manusia telah hancur lebur. Malah hari ini kita menyaksikan aqidah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam juga mula diruntuhkan setelah 74 tahun runtuhnya ad-Daulah al-Islamiah.

Mutakhir ini gejala murtad mula menyerang orang-orang Islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak yang kurang berpedidikan agama, walaupun tidak dinafikan kerat daripada mereka telah dibekalkan secangkiran ilmu agama tetapi terlalu nipis untuk menjadi benteng serangan murtad.

Setakat pemerhatian penulis antara agama yang menjadi pilihan untuk dianuti oleh orang melayu (murtad kepada) ialah Kristian, Hindu dan Buddha. Agama Kristian yang merupakan agama paling aktif berbanding dengan agama lain kerana ia melibatkan gerakan Missionarri antarabangsa. Manakala Hindu dan Buddha terlibat hanya melalui perkahwinan dan percintaan secara rambang.

Menurut mufti Wilayah, di ibu kota sahaja terdapat 3000 umat Islam telah murtad dan kesemua mereka telah mendaftar untuk pertukaran nama di pejabat pendaftaran.Manakala di tempat-tempat lain tidak dipastikan bilangannya secara tepat.

Sejarah telah menujukkan proses Kristianisasi ini telah mula bertapak di Tanah Melayu semenjak penjajahan Portugis 1511M lagi. Sekiranya kita melihat Kota Melaka kita akan dapati disana terdapat banyak gereja-gereja yang dicat warna merah. Itulah tempat batu asas agama Kristian di Malaysia. Di dalam Kota Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka berdiri megah dalam A famosa. Walaubagaimanapun proses Kristianisasi Tanah Melayu ini kurang berjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957M.

Kemerdekaan Malaya diharap dapat menghapuskan saki-baki gerakan tersebut. Tetapi peristiwa Natrah menggugat sentimen orang Melayu Islam. Sekali lagi maruah umat Islam tercabar. Peristiwa yang menjadi catatan sejarah penting umat Islam itu amat melukakan hati umat Islam. Tetapi yang menyedihkan apabila kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannya iktibar untuk memelihara kesucian aqidah umat Islam Malaya. Hari ini kesan tersebut telah mula dirasai, generasi era kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh, aqidah islam dibalut dek metarialistik , budaya barat disuap kejantung tampuk pemerintahan. Kesannya, aqidah umat Islam mula goyah. Siapakah yang patut disalahkan dalam hal ini? Kerajaan ? Masyarakat? Ibubapa? Guru?

Peritiwa Jamaluddin@ Jeshua Othman 1987 merupakan titit tolak kepada dakwah terang-terangan Kristian setelah sekian lama berselindung disebalik dinding gereja. Dalam kes tersebut Jeshua telah mendakwa Menteri dalam negeri kerana telah menyumbatnya dalam ISA atas alasan menyebarkan dakyah Kristian. Sehingga tarikh dia diberkas, enam orang anak melayu telah berjaya dikristian. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alasan undang-undang kebebasan beragama untuk melepaskan diri dari lokap ISA. Pemimpin Kristian Melayu tersebut dibebaskan sedangkan ramai pejuang-pejuang gerakan Islam Malaysia ditangkap atas alasan menggugat keamanan beragama. Dalam tahun tersebutlah gugurnya asy-Syahiid Ibrahim Libya bersama pengikut-pengikutnya. Sekarang kita lihat dimanakah keadilan? Dimanakah hak asasi umat Islam? Pendakwah Kristian dibebebaskan dan Pemimpin Islam ditangkap tanpa bicara. Itukah keadilan Malaysia, tanahair kita yang tercinta setelah kemerdekaan, itukah nilai kemerdekaan orang Melayu Islam?

Hari ini orang melayu tidak lagi boleh berdiri megah menyatakan melayu Islam. Hari ini jika kita lihat ramai orang Islam tidak ke masjid, jangan gatal-gatal mulut ajak mereka ke masjid jika kita tidak pasti keislamannya. Saidina Omar pernah berkata:

Mafhumnya: Kita adalah satu bangsa yang diagongkan oleh Allah dengan Islam . Sekiranya kita mencari keagongan selain daripada apa yang diagongkan oleh Allah maka ia akan di hina olehnya.

Sekarang bangsa Melayu tidak lagi agong disisi Allah melainkan mereka yang beriktiqad dijiwanya dengan dua kalimah Shahadah. Kalau dulu seratu peratus Melayu adalah Islam, tetapi sekarang malulah rasanya kalau nak cakap begitu lagi.

Rentetan peristiwa murtad mutakhir ini amat menggerunkan umat islam yang perihatin. Disana kedengaran gadis Islam dilarikan untuk memurtadkannya, dia dilarikan dari rumah ibubapanya sendiri dan ada juga seorang gadis menendang bapanya kerana telah menghalangnya dia berkahwin dengan jejaka idamannya yang bukan Islam dan kedapatan enam pemuda Melayu diKristiankan disekolah tanahair dan dilantik menjadi paderi. Ini diantara kes-kes murtad di Malaysia. Cuba kita bayangkan 3000 umat Islam murtad di ibu kota, seikiranya setiap orang berkeluarga dan mempunyai sekurang-kurangnya lima orang anak. Maka tidak mustahil sepuluh tahun lagi 18,000 melayu Kristian akan bermastautin di ibu kota. Sekiranya 10,000 orang melayu murtad di seluruh Malaysia berapakah bilangan Melayu kafir sepuluh tahun lagi?

Disini penulis ingin mengajak pembaca merenung sepotong hadith Nabi. Sabdanya:

Mafhumnya : Akan terungkai ikatan Islam satu persatu ,dimulai dengan gugurnya hukum perundangan Islam dan diakhir dengan keguguran sembahyang.

Setelah 74 tahun hukum perundangan Islam diporak perandakan oleh tangan-tangan kafir, sekarang kita dapat lihat bilangan yang tidak sedikit umat islam yang meninggalkan sembahyang, dan inilah antara faktor yang melebarkan lagi gejala murtad di Malaysia. Ulamak Islam ada mengatakan bahawa perbezaan antara muslim dan kafir dari segi amalanya ialah sembahyang. Jadi apakah bezanya diantara muslim yang engkar sembahyang dengan yang kafir? Inilah perkara pertama yang umat islam perlu fikirkan sebelum kita membicarakan cara-cara menyekat gejala murtad.

Sekiranya kita mengkaji Fiqh Perundangan Islam, kita akan dapati disana teradapat cara-cara khusus yang telah digariskan oleh islam untuk menyekat gejala syirik dan murtad ini daripada melanda umat islam. Tetapi sayangnya sistem perundangan Islam diketepikan sewenang-wenagnya oleh pemerintah sekarang.Sinar nur ataupun cahaya perundangan Islam dapadamkan terus daripada terus bersinar di Mahkamah Syariah. Firman Allah:

Mafhumnya: Mereka ingin memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka tetapi Allah yang memelihara nurNya walupun dibenci oleh orang-orang kafir.

Kita sebagai seorang mulim sejati, yakin bahawa suatu hari nanti nur Islam akan bersinar kembali di Malaysia. Oleh itu sesiapa yang mengaku dirinya muslim wajib berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi tercinta. Hanya dengan pengakuan Daulah Islamaiah dan sistem perundangan Islam sahaja yang dapat mengembalikan keagongan Melayu di Malaysia.

Ibu bapa yang berperanan sebagai pendidik pertama perlu membekalkan ilmu agama kepada anak-anak. Sekarang dengan kewujudan sekolah-sekolah agama sekurang-kurang dapat membantu merebaknya gejala murtad. Guru-guru agama disekolah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menjelaskan keburukan murtad. Tetapi perlu dingatkan gerakan Missionari sekarang mula memasuki sekolah-sekolah agama. Oleh itu pihak sekolah perlu mengawasi pelajar-pelajar supaya berhati-hati dengan dakyah mereka. Menceritakan tentang murtad dari segi kacamata islam adalah salah satu cara awal menyekat gejala murtad dari meresap disekolah-sekolah.

Apa yang penting perlu diingatkan disini adalah setiap muslim tanpa mengira warna kulit adalah bertanggungjawab memikul amanah amar makruf dan nahi munkar. Firman Allah Taala:

Mafhumnya: Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran serta beriman dengan Allah Taala.

Semoga dengan jalan ini gejala murtad dapat disekat sebelum tertegaknya ad-Daulah al-Islamiah al-U’zmaa.

Sekian, wallahu a’lam



__________________
A d i b T o s h i o™


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

isu yg baik utk di perbincangkan.


mari sama2 memberi pandangan...


beri laluan...///



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama
k


Senior

Status: Offline
Posts: 312
Date:

assalamualaikum adib.....baguslah kau ni sekarang,,, tak sia sia aku rekruit kau

__________________
ive sworn the oath of many thing .3 things if im not mistaken.


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

hmmmmmmmmm



dah tak tahu membezakan ///


yg mana intan


yg mana kaca


yg mana hak


yg mana batil



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 254
Date:

Sungguh berat dan sukar untuk diperkatakan....org islam zaman sekarang digelapkan dengan hiburan.....tanda tanda kecik kiamat semakin berleluasa diamalkan dikalangan remaja ..... di klcc dan area bukit bintang sahaja boleh kita lihat budak melayu sekarang pandai berjinak jinak dengan arak....Dimanakah rasional nya pemikiran muda mudi zaman sekarang mengenai islam??....Sayang Seribu kali Sayang!!!!....Apa yang dapat dilihat zaman sekarang Golongan Missionari sudah bertapak disini antaranya salah satu contohnya ialah dari golongan SKINHEADS....Kalau saudara tidak percaya cubalah anda mendekati dan lihat sendiri kelakuan dan aktiviti mereka di klcc dan bb ...betul atau tidak apa yg saya perkatakan terserah kepada tafsiran anda sendiri...PERCAYALAH!!!!...gejala mereka tak ubah seperti Kristian....ALLAHUALLAM!!!...


** Saya Hanya Merenung akan Gejala Sosial DiMalaysia****




-- Edited by adib at 01:02, 2005-03-05

__________________
A d i b T o s h i o™


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

Antara sebab gejala ini berlaku ialah....



  1. golongan misionari Islam terlalu lama merenung... termenung... dan berangan... merintih dan menangis - TINDAKAN YG SERIUS DAN BERKESAN TIADA SAMA SEKALI.

  2. golongan pemikir Islim sibuk kumpul kertas seminar, kumpul minit mesyuarat, kumpul nota bengkel, sibuk atur forum, buat deklarasi dan memorandum ... terlalu banyak sampai tak tahu yg mana satu nak di laksanakan ...

  3. Pejuang Islam sudah duduk di salah tempat... di suruh jaga kaabah, jaga masjid, jaga kebun Islam, Ladang Islam, Sekolah dan makhad Islam, pejabat Islam, Kilang Islam... LAIN PULAK TEMPAT YANG DI JAGANYA LUAR DAN DALAM.... lepas tu sering salah tingkah ... DI SURUH MENARIK MINAT DENGAN BERLEMAH LEMBUT, MEREKA BERKASAR, DI SURUH MENUNTUT ILMU MEREKA MENGAKU PANDAI... hingga tidak menarik minat lansung... tidak mampu meyakinkan lansung ... tidak mampu sama sekali untuk menarik orang terhadap Islam...

  4. SIFAT HASAD DENGKI SESAMA ISLAM PALING DAHSYAT DALAM DUNIA INI... TERUTAMA DALAM PERTUBUHAN KITA INI SENDIRI... HUHHHH DAHSYAT... Orang yang jahil tidak minat menuntut ilmu... dan yang paling parah menghalang orang lain untuk menuntut hak mereka akan ilmu yg mereka sendiri tidak tahu kebenarannya... lantas lansung membuat pelbagai tanggapan dan telahan tanpa menyelidikki secara first hand info... DIRI SENDIRI JAHIL, TAPI TIDAK MAHU MENGALAH SAMA SEKALI...

  5. Kejahilan dan kelemahan total umat telah membuatkan mereka tidak mampu mencari jalan untuk menangani pencemaran terhadap Islam, baik dari dalam mahupun dari pihak luar... bahkan mencapai ke tahap diri sendiri sudah tidak faham, tidak yakin akan kebenaran Islam itu sendiri dan ikut murtad...

  6. Umat Islam yang murtad dengan yang mengatakan sipolan itu murtad... sudah jadi lebih kurang saja ... kerana yang tidak murtad pada lafaznya ... seakan telah murtad dari perbuatan dan tingkah lakunya... samada dulunya ok... sekarang rusak atau memang belum pernah masuk Islam pun... melainkan kerana keturunan belaka...

  7. Islam kini hanya kelihatan seperti sarang saja, tiada isinya... tidak seperti apa yang telah dilakukan oleh orang terdahulu... Islam dulu melalui proses menanam iman seperti menanam pokok Islam menggunakan benih ayat ayat Allah yang begitu jelas dan meyakinkan... tapi kini tidak lagi. Semua yang lahir dalam keluarga Islam kononnya telah Islam... kita lupa Iman dan Islam tidak boleh di warisi oleh keturunan, anak anak nabi pun tidak diterima Allah jika tidak melalui proses keislaman yg total... spt nabi Nuh contohnya.

  8. bacakan semula dari Iqrak... bukan terus saja terjun berjihad... ilmu.. ilmu ... ilmu... sampai yakin ... sampai beriman... sanggup buat... baru dapat lihat hasilnya...

Mohon laluan... mohon maaf.


 



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

DAN YG LEBIH JELAS LAGI MENGAPA SEMUA INI BERLAKU...?


sebab pejuang yang di harapkan tidak habis habis memikirkan masalah sticker, baju & keychain  pekida... pertikaian mana sempadan kawasan aku... ? kenapa kau langgar atau masuk kawasan aku...?... tanpa sedetik memikirkan apa sebenarnya yg telah dia buat di kawasan dia...? apa program... apa kebajikan... apa hasil dakwah yg telah di lakukan di kawasan mereka dan dapat di lihat dan mampu menarik orang Islam sejagat terhadap mereka dan Islam...?



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Senior

Status: Offline
Posts: 254
Date:

quote:

Originally posted by: pekida

"DAN YG LEBIH JELAS LAGI MENGAPA SEMUA INI BERLAKU...? sebab pejuang yang di harapkan tidak habis habis memikirkan masalah sticker, baju & keychain  pekida... pertikaian mana sempadan kawasan aku... ? kenapa kau langgar atau masuk kawasan aku...?... tanpa sedetik memikirkan apa sebenarnya yg telah dia buat di kawasan dia...? apa program... apa kebajikan... apa hasil dakwah yg telah di lakukan di kawasan mereka dan dapat di lihat dan mampu menarik orang Islam sejagat terhadap mereka dan Islam...?"


Dimana letaknya asas kita ??? Pemikiran kita masih lagi ditakuk lama!!.... HASAD DENGKI!!! ....Oleh itu saya mengajak saudara/saudari merenung dan menasihati buat diri saya dan diri saudara/saudari sendiri supaya mengingatkan bahawasanya "TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH" Marilah kita bersama-sama berpegang kepada janji janji yang kita kotakan .....


"Rukun baiah kita semuanya sepuluh, peliharalah ia dengan sebaik-baiknya dan fahamilah ia Semoga ianya dapat membantu kita menjadi kunci sumber kekuatan kita dalam menghadapi perjuangan".

1. Al-FAHM- Iaitu faham dan seterusnya meyakini bahawa fikrah kita adalah Fikrah Islamiah yang sebenar. Kefahaman adalah kunci kepada keselamatan dan kejayaan dakwah kita kerana tidak mungkin Islam itu diperjuangkan oleh mereka yang tidak memahami Islam itu sendiri


2.AL-IKHLAS-Keikhlasan di sini bermaksud petugas Amal Islami mestilah meletakkan qasad atau niat pada perkataan dan perbuatannya secara menyeluruh kerana Allah, tanpa mempunyai apa-apa maksud terhadap keinginan harta, kemegahan atau gelaran. Dengan demikian itu jadilah ia tentera Fikrah dan Aqidah


3.AL-AMAL-hendaklah bekerja dan melaksanakan kefahamannya serta merealisasikannya sebaik mungkin. Amal di sini meliputi pengelokan diri, pembentukan rumahtangga Muslim, pendidikan masyarakat, pembebasan tanah air, pengislahan pemerintahan dan mengembalikan kedaulatan Islam di peringkat antarabangsa sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu keseluruhannya bagi Allah (al-Anfaal: 39)



4.AL-JIHAD-Iaitu jihad yang kewajipannya berlangsung sehingga ke hari Kiamat. Ia merujuk kepada Hadith (ﺔﻳﻟﻫﺎﺟﺔﺘﻳﻣ ﺖﺎﻣﻭﺯﻐﻠﺍ ﻮﻧﻳﻡﻟﻭ ﺰﻐﻳ ﻢﻟﻭ ﺖﺎﻣﻥﻣ) yang bermaksud “Barangsiapa mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak pernah berniat untuk berperang jihad, maka matinya adalah mati jahiliah”.



5.AT-TADHIYYAH-Iaitu pengorbanan. Ia meliputi pengorbanan diri, harta, masa, hayat dan segala-galanya di jalan matlamat

6.AT-THA’AH-Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah ketaatan di dalam mematuhi perintah pimpinan dan melaksanakannya sama ada di dalam keadaan susah atau senang. Ketaatan ini dipagari oleh batas-batas perkara yang duduk di bawah ketaatan kepada Allah dan Rasul



7.AT-TSABAT-Tsabat yang dikehendaki di sini adalah berkekalannya petugas Amal Islami bekerja dan berjihad ke arah merealisasikan matlamatnya tanpa diganggu gugat oleh panjangnya masa dan berleretan tempoh sehinggalah ia mati bertemu Allah. Dengan demikian itu ia berhasil memperolehi salah satu daripada dua kebaikan iaitu tercapainya kemenangan atau syahid.


8.AT-TAJARRUD-At-Tajarrud bermaksud seorang Petugas Amal Islami itu menyempurnakan fikrahnya tanpa terpengaruh, terganggu atau terbawa-bawa dengan apa-apa campur aduk anasir yang berada di luar fikrahnya sama ada anasir itu berbentuk pengaruh idea, prinsip mahu pun individu. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati bahawa fikrah kita adalah fikrah tertinggi, mulia dan sempurna


9.AL-UKHUWWAH-Ukhuwwah di sini adalah ikatan hati dan jiwa sesama petugas Amal Islami dengan ikatan Aqidah. Sesungguhnya ikatan Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan

10.ATS-TSIQAH-Kepercayaan yang dimaksudkan di sini adalah tenteramnya hati seorang Jundi itu kepada pemimpinnya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu. Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat dan taat.


Semoga informasi diatas dapat membantu .


"Yang BURUK itu dari Saya, Yang murni itu dari ALLAH "



__________________
A d i b T o s h i o™


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

SALAM,

aRTIKEL.... YANG BAIK.... MENEPATI WAKTU

__________________
mohd hawarie


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 4
Date:

pada pandangan cek.. kerajaan patut buat cuti jumaat/sabtu cam kat kedah, kelantan terengganu.. tu baru kurang skit.. murtad..

kalau kita merujuk pengakuan bekas Ketua paderi nih iaitu
Sedara Kamaruddin Hj Ahmad

Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan....

dah terbukti cuti jumaat ni menyukarkan kristianisasi.. walau tindakan ni mengundang bantahan dan kecaman..

__________________
nO zIONis..No frEeMasON ..No wAr... BoYcOt iSraEliAn... -> http://gabanz.kedahan.net gabanz@kedahonline.net
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard