“Jika aku melihat ahli hadis, terbayang olehku sahabat- sahabat Rasulullah. Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan kebaikkan mereka, sebab mereka telah melestari iaitu mengekalkan sesuatu yang asli. Selain itu, mereka memiliki kelebihan di atas kita.
“Semua ilmu, kecuali al- Quran, hadis dan fikah menyibukkan orang. Ilmu yang benar adalah yang jelas rawinya. Sebab, kalau tidak ilmu itu datangnya daripada syaitan.
“Kegilaanmu itu gila dan tidak ada doktor yang mampu mengubati kegilaan itu. Diri yang tidak kau rendahkan itu tidak akan mulia.”
Cita- cita yang agung
“Aku dengar Al- Fadhl Nashr bin Abu Nashr Al- Thusi mengatakan dia pernah mendengar Abu Al Hassan Ali bin Ahmad Al- Qashr berkata: “Sebahagian guru kami pernah menceritakan perjalanan mereka ke kota Samarra’ bersama Imam Syafie memasuki kota itu sambil membawa beberapa pakain compang - camping dan pada waktu itu juga rambut Imam Syafie kelihatan tidak rapi.
“Imam lalu menuju ke tempat gunting rambut, namun ditolak oleh si tukang gunting kerana beliau kelihatan kotor. Suasana seperti itu cukup menyusahkan Imam yang akhirnya memnggil salah seorang anak muda yang ikut dalam perjalanan itu seraya berkata: “Engkau ada wang?”.
Anak itu mejawab: “Sepuluh dinar”. Imam berkata lagi: “Bayar wang itu kepada si tukang gunting ini”. Dan anak itu menyerahkannya.