NABI Muhammad bersabda bermaksud, “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”
Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya, selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong.
Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan itu, sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan.
Hal itu, kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah.
Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.
wallahua'lam..
Dr Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Jgnlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Jgnlah sebhgian kamu menjual brgan atas jualan org lain. Hendaklah kamu menjadi hamba2 Allah yg bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bg seorang Muslim, dia tdk boleh menzaliminya, membiarkannya (dlm kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini -- sambil Baginda SAW menunjuk ke dadanya sebyk 3 kali -- Cukuplah seorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yg Muslim. Setiap Muslim ke atas org Muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.." (HR Imam Muslim)
__________________
"Perjalanan yang panjang menjanjikan sejuta pengalaman,
sebentar terlena menuju kesesatan"